Posts

Showing posts from July, 2019

Free Market yang Free?

Image
Wujud ke pergi pasar untuk dapatkan barang tanpa keluar duit? Kalau pergi pasar kena keluar duit untuk beli barang tu biasalah. Eco Free Market MBSA datang lagi SHAH ALAM, 24 JUL: ECO Free Market anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kembali sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di Seksyen 14, pada 4 Ogos. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, program yang bermula jam 11 pagi dan berakhir jam 1 tengah hari itu dijangka membabitkan 80 penyumbang barangan keperluan. Katanya, penyaluran dan edaran semula barangan terpakai secara percuma itu adalah alternatif bagi mengelakkan pembaziran serta mengurangkan pembuangan ke tapak pelupusan. "Penganjuran program itu bertujuan memupuk semangat dan sifat bersedekah kepada golongan memerlukan. “Ia adalah inisiatif MBSA menggalakkan penyertaan komuniti Shah Alam dengan akitiviti kebajikan selain memberi galakan untuk mereka menyertai aktiviti amal...

Khasiat Madu Kelulut Yang Perlu Diketahui

Image
Dah biasa makan madu kelulut? Kalau tak pernah rasa, lebih baik baca dulu khasiatnya. Madu Kelulut MADU kelulut antara madu yang kian popular dalam kalangan penggemar madu. Kandungan madu kelulut ini sangat tinggi dengan komposisi antiseptik, antimikrobial, anti kanser, anti radang, ejen penyembuhan luka dan pertahanan dari fungsi sel eritrosit. Komposisi dalam madu kelulut telah terbukti lebih berkhasiat dari segi perubatan jika dibandingkan dengan jenis-jenis madu lain. Kelebihan pada madu kelulut inilah yang melonjak permintaan terhadapnya sehingga mempunyai nilai tinggi dan berpotensi dijadikan sumber perniagaan. Malah harga madu kelulut boleh mencecah sehingga ke ratusan ringgit bergantung kepada tahap kualiti madu serta kaedah pemprosesannya. Biasanya lebah kelulut terdapat di negara beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia, Afrika, India, Brazil dan Amerika Selatan kerana lebah ini tidak mampu bertahan dalam cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk. Leba...

12 Kelebihan Selalu Berjalan Kaki

Image
Bukan susah pun nak jalan kaki. Berjalan kaki ni satu senaman yang sangat mudah. Jom ramai-ramai berjalan kaki. Kelebihan Kerap Berjalan Kaki : Menyihatkan jantung. Merendahkan paras kolesterol. Mencegah penyakit darah tinggi. Mencegah strok. Melancarkan aliran darah. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Memproses gula dalam badan dengan lebih baik. Mengurangkan berat badan. Menguatkan otot kaki. Membentuk tubuh badan menjadi menarik. Merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria. Mengurangkan risiko osteoporosis. Bagaimana untuk bermula? Tetapkan matlamat. Sekiranya anda tidak pernah melakukan apa-apa jenis senaman dalam jangka masa yang lama, mulakan dengan berjalan perlahan-lahan dalam jarak yang dekat. Contohnya berjalan kaki dari ruangtamu ke dapur ulang-alik 10 kali. Cari tempat yang sesuai untuk berjalan. Seeloknya-eloknya permukaan rata dan tidak merbahaya. Tetapkan tempoh masa. Pastikan tempoh masa yang ditetapkan mengi...

Kumpulan Botak yang Berdaftar dengan ROS

Image
Kalau dulu kumpulan botak tu Skin Head. Cukup terkenal masa tahun 90-an. Orang botak sekarang pun nak ada kumpulan jugak tapi bukan gangster macam Skin Head. Kumpulan BOTAK di Malaysia. Ada apa dengan botak? Baca dulu artikel ni.. APABILA melihat lelaki berkepala botak, pasti pelbagai tanggapan muncul dalam kepala seseorang. Mungkin ada menganggap penampilan botak itu melucukan, menarik dan seksi, malah tidak dinafikan ada berpandangan negatif terhadap lelaki berkepala botak. Bagi sesetengah individu, penampilan tanpa rambut disebabkan masalah keguguran, ada disebabkan fesyen dan ada yang sengaja membotakkan kepala bagi memudahkan pengurusan diri. Namun, pernahkah anda terfikir, mahu menubuhkan persatuan lelaki berkepala botak semata-mata kerana masalah keguguran rambut mahupun minat tidak berambut? Jangan sangka tidak wujud persatuan lelaki berkepala botak kerana anda boleh menemukannya menerusi carian di Facebook. Menurut Presiden Pertubuhan Abang Botak Ma...

Badiuzzaman

Image
“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya”. (Al Baqarah 2:207). Badiuzzaman Said Nursi. 1.0 SEJARAH PERJUANGAN MUJAHID DAKWAH DAN MUFAKKIR, MUJADDID ABAD 20 Badiuzzaman Said Nursi dianggap sebagai Mujahid Dakwah, Mufakkir dan Mujaddid abad ke 20 serta penyelamat aqidah Bangsa Turki oleh ramai Sejarawan Turki mutakhir ini kerana perjuangannya menyelamatkan aqidah Bangsa Turki dari badai sekularisme yang melanda Turki setelah robohnya Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924. Kegigihannya berjuang menyelamatkan iman Bangsa Turki dengan mengarang Kitab Risalah an-Nur bagi menjawab segala tuduhan palsu mengenai agama Islam dianggap begitu berkesan sehingga Kerajaan Turki di bawah kepemimpinan Recep Tayyib Erdogan melalui Parti Keadilan dan Pembangunan atau AKParti sejak tahun 2002, telah kembali meletakkan Islam di landasan yang asal dalam pemerintahan Negara. Apa yang diperjua...

Tips Mudah untuk Mengurangkan Masalah Rabun

Image
Ada orang tak suka pakai cermin mata. Yelah, mula-mula power cermin mata tu sikit je, lama-lama nak kena tambah power.  Banyak nak pakai duit tu. Kalau buat rawatan lasik lagi mahal. Anggaran kos RM3000 ke RM7000. Lagi banyak nak keluarkan duit! Dalam topik kali ini saya nak kongsikan tips yang tak menelan kos yang tinggi. Tips ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang ada masalah rabun dekat atau jauh. Kalau tak rabun pun boleh juga buat tips ni untuk menjaga kesihatan mata. Dr. Mao Shing Ni, L.Ac., D.O.M., Ph.D, Dipl. C.H., ABAAP, merangkap penulis buku kesihatan dan panduan hidup popular Secrets of Longevity. 3 Tips untuk elak mata rabun 1. Makan makanan yang baik untuk kesihatan mata. Mata memerlukan beberapa nutrien untuk berfungsi dengan baik. Vitamin A,C, E dan mineral seperti zink adalah nutrien asas untuk mata. Makan banyak sayur berdaun hijau, kuning telur, lada benggala kuning, labu, ubi keledek dan lobak merah kerana ia mengandungi khasiat ant...

Tinggalkan Solat Punca Perceraian

Image
Apakah yang paling ringan? Meninggalkan solat. Walaupun meninggalkan solat itu paling ringan tapi akibatnya sangat berat. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang gagal mempertahankan keharmonian rumah tangga sehingga berlaku penceraian didapati berpunca daripada sikap keengganan menunaikan solat lima waktu. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, kegagalan menjaga rukun Islam kedua itu menyebabkan wujudnya habluminassyaitan iaitu hubungan yang terbina antara manusia dengan syaitan. “Kalau solat ini merupakan hablumminannas (hubungan sesama manusia), bila mana wujudnya hablumminallah (hubungan manusia dengan Allah), hablumminannas akan terwujud. “Bila wujudnya hablumminallah, maknanya tak wujud lagi hablumminasyaitan kerana sifat syaitan akan pisahkan suami isteri, tetapi apabila ini berlaku, dia akan jadi kukuh dan ampuh,” katanya menerusi akaun Instagram mil...

Viral Nur Asilah yang hilang

Image
Ayat copy paste dari abang mangsa.. Salam, Minta tolong kawan2, adik saye hilang. Semalam 15 Jul 2019 jam 3.00 ptg adik saye keluar then sampai sekarang tak balik2 lagi. Report telah dibuat, harap sesapa yg nampak kelibat atau ternampak adik saye sila hubungi keluarga saye atau tahan die dulu . Harap semuanye dipermudahkan. Nama: Nur Asilah Umur : 16 Tahun Last location dekat keramat AU3 Contact no: Khaery (ayah) : 019-2578564 Noor (mak) : 016-2890412 Muhammad Fahmi (abang) : 012-4006169 Acoy (abang) : 011-10360117 Minta tolong sebarkan perkara ini. Sejak 15 July Nur Asilah hilang tanpa khabar. Semoga Allah tolong kembalikan Nur Asilah ke pangkuan keluarganya dalam keadaan selamat.

Masalah Vida dengan Aishah lagi

Image
Bila mahu setel ni? Bukan jutawan ke si Vida tu? Masalah ni boleh selesai lagi awal sebenarnya. Aishah berdiri depan Pusat Mediasi Mahkamah Kuala Lumpur. KUALA LUMPUR, 3 Julai — Penyanyi Aishah, 54, meminta usahawan kosmetik Datuk Seri Vida menggantikan berlian asli bernilai RM80,000 sebelum 17 Julai ini. Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin pada masa sama turut memohon usahawan kosmetik itu meminta maaf secara terbuka sebelum tarikh tersebut, lapor Harian Metro. “Saya diberi hak sepenuhnya memilih barangan berlian asli berjumlah RM80,000 di sebuah kedai emas di Bangsar." Pemilihan barangan kemas ini sudah pun dibuat selepas proses mediasi lalu dan Vida perlu membayarnya paling lewat 17 Julai ini. “Kami juga mahu beliau membuat permohonan maaf secara terbuka dengan mengadakan sidang media khas pada atau sebelum tarikh itu. Permohonan maaf spesifik perlu dinyatakan sewaktu sidang media itu,” kata penyanyi Janji Manismu itu. Tahun lalu Aishah ...

Bahaya Budaya Fandom

Image
Apa itu Fandom? Kenapa budaya fandom ni bahaya? Kena tengok dulu video ni kalau nak faham. Dah tengok video tu sampai habis? Dah sampai masa untuk kita tolak budaya fandom. Mari kita berubah dari tak baik kepada baik, dari baik kepada lebih baik. Wallahua'lam.