Khasiat Madu Kelulut Yang Perlu Diketahui
Dah biasa makan madu kelulut? Kalau tak pernah rasa, lebih baik baca dulu khasiatnya.
MADU kelulut antara madu yang kian popular dalam kalangan penggemar madu. Kandungan madu kelulut ini sangat tinggi dengan komposisi antiseptik, antimikrobial, anti kanser, anti radang, ejen penyembuhan luka dan pertahanan dari fungsi sel eritrosit.
Komposisi dalam madu kelulut telah terbukti lebih berkhasiat dari segi perubatan jika dibandingkan dengan jenis-jenis madu lain. Kelebihan pada madu kelulut inilah yang melonjak permintaan terhadapnya sehingga mempunyai nilai tinggi dan berpotensi dijadikan sumber perniagaan.
Malah harga madu kelulut boleh mencecah sehingga ke ratusan ringgit bergantung kepada tahap kualiti madu serta kaedah pemprosesannya. Biasanya lebah kelulut terdapat di negara beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia, Afrika, India, Brazil dan Amerika Selatan kerana lebah ini tidak mampu bertahan dalam cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk.
Lebah kelulut juga mempunyai kelebihan untuk bertahan dalam udara yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi. Tanaman yang disukai lebah kelulut adalah dari pokok buah-buahan seperti rambutan, mangga, manggis, belimbing madu dan durian. Lebah kelulut juga amat menggemari pokok-pokok bunga seperti bunga air mata pengantin, bunga selasih, bunga markisa dan bunga biden.
Pokok liar yang tumbuh di hutan juga banyak memberi kelebihan kepada lebah kelulut seperti pokok akasia di mana terdapat jumlah penghasilan nektar tinggi pada celahan batang dan dahan pokok ini. Kelebihan ini menyebabkan lebah kelulut hutan dapat mengumpul banyak hasil madu dalam masa singkat.
Rasa madu kelulut ini sedikit masam dan mempunyai warna yang sedikit gelap. Namun warna madu sebenarnya bergantung kepada musim bunga dan jenis tanaman yang didekati lebah kelulut. Sebagai contoh, sekiranya pada musim bunga tersebut banyak madu daripada bungaan berwarna lebih cerah, maka madu kelulut yang bakal terhasil akan berwarna sedikit cerah.
Hasil utama yang boleh diambil daripada sarang lebah kelulut adalah madu, roti lebah dan propolis. Kelulut membina sarang mereka di dalam dahan pohon kayu. Pada kebiasaannya, penternak kelulut akan mencari batang pokok hutan yang telah mempunyai koloni kelulut dan memotong sarang tersebut untuk diternak serta dibiak.
Penternak akan memecahkan koloni dengan memotong bahagian dalam batang kayu tersebut dan memindahkan telur ratu serta sebahagian telur lebah pekerja ke dalam batang kayu buatan sendiri bagi membentuk koloni yang baharu.
Justeru, bagi memastikan pelaburan dalam perniagaan madu kelulut ini menghasilkan pulangan yang tinggi, penternak akan memastikan cuaca yang sesuai bagi memastikan perkembangan koloni yang normal serta sihat.
Malah faktor habitat juga seharusnya sesuai dengan habitat madu kelulut supaya hanya madu yang berkualiti sahaja bakal dihasilkan. Sebenarnya amalan meminum madu pada setiap pagi semasa perut masih kosong didapati berkesan untuk menjaga kesihatan diri.
Kandungan madu yang terdiri daripada glukosa, fruktosa, asid amino, sebatian fenolik, asid organik, vitamin, mineral, lipid, enzim dan fitokimia juga menyumbang kepada kualiti jenis madu yang ada di pasaran.
Pilih mengikut kesesuaian bajet dan tahap kesihatan. Pilih makanan berasa sumber alami untuk kesejahteraan kesihatan berpanjangan.
PENULIS ialah Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Kampus Pasir Gudang.
-Utusan-
Secara ringkasnya, madu kelulut ni baik untuk menguatkan imun dalam badan mabusia. Kalau setiap hari makan madu kelulut insha Allah anda akan nampak hasilnya.
Lebah kelulut lebih mudah diternak sebab lebah kelulut tak menyengat. Cara jaga pun senang, asalkan ada pokok-pokok buah atau bunga berdekatan dengan sarang lebah kelulut. Macam bukan ternak pulak sebab lebah kelulut tak perlu diberi perhatian lebih seperti ayam, puyuh, kambing, lembu dan seumpamanya.
-Utusan-
Secara ringkasnya, madu kelulut ni baik untuk menguatkan imun dalam badan mabusia. Kalau setiap hari makan madu kelulut insha Allah anda akan nampak hasilnya.
Lebah kelulut lebih mudah diternak sebab lebah kelulut tak menyengat. Cara jaga pun senang, asalkan ada pokok-pokok buah atau bunga berdekatan dengan sarang lebah kelulut. Macam bukan ternak pulak sebab lebah kelulut tak perlu diberi perhatian lebih seperti ayam, puyuh, kambing, lembu dan seumpamanya.
Source
Comments
Post a Comment