Masalah Vida dengan Aishah lagi
Bila mahu setel ni? Bukan jutawan ke si Vida tu? Masalah ni boleh selesai lagi awal sebenarnya.
Aishah berdiri depan Pusat Mediasi Mahkamah Kuala Lumpur. |
KUALA LUMPUR, 3 Julai — Penyanyi Aishah, 54, meminta usahawan kosmetik Datuk Seri Vida menggantikan berlian asli bernilai RM80,000 sebelum 17 Julai ini.
Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin pada masa sama turut memohon usahawan kosmetik itu meminta maaf secara terbuka sebelum tarikh tersebut, lapor Harian Metro.
“Saya diberi hak sepenuhnya memilih barangan berlian asli berjumlah RM80,000 di sebuah kedai emas di Bangsar."
Pemilihan barangan kemas ini sudah pun dibuat selepas proses mediasi lalu dan Vida perlu membayarnya paling lewat 17 Julai ini.
“Kami juga mahu beliau membuat permohonan maaf secara terbuka dengan mengadakan sidang media khas pada atau sebelum tarikh itu. Permohonan maaf spesifik perlu dinyatakan sewaktu sidang media itu,” kata penyanyi Janji Manismu itu.
Tahun lalu Aishah mendedahkan hadiah yang dimenanginya sebagai juara program Gegar Vaganza tidak seperti dijanjikan Vida selaku penaja.
Jelasnya, barang kemas yang diberikan bukan berlian asli seperti didakwa..
Namun kelmarin, dilaporkan kontroversi antara mereka akhirnya menemui jalan penyelesaian melalui proses mediasi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Pendapat aku
Tak susah pun nak selesaikan masalah ni. Vida bayar je RM80,000 kat kedai yang Aishah dah pilih barang kemas. Lepas tu buat minta maaf secara terbuka.
Kalau perkara ni dibiarkan nanti ada pulak penaja bagi barang RM20 tapi keluar statement barang tu RM20,000. Mana boleh biar benda-benda mengarut macam ni? Tak boleh biarkan.
Semoga perkara macam ni tak berulang lagi. Ok next!
Sumber
Comments
Post a Comment