Free Market yang Free?

Wujud ke pergi pasar untuk dapatkan barang tanpa keluar duit? Kalau pergi pasar kena keluar duit untuk beli barang tu biasalah.

Eco Free Market MBSA datang lagi


SHAH ALAM, 24 JUL: ECO Free Market anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kembali sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di Seksyen 14, pada 4 Ogos.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, program yang bermula jam 11 pagi dan berakhir jam 1 tengah hari itu dijangka membabitkan 80 penyumbang barangan keperluan.


Katanya, penyaluran dan edaran semula barangan terpakai secara percuma itu adalah alternatif bagi mengelakkan pembaziran serta mengurangkan pembuangan ke tapak pelupusan.

"Penganjuran program itu bertujuan memupuk semangat dan sifat bersedekah kepada golongan memerlukan.

“Ia adalah inisiatif MBSA menggalakkan penyertaan komuniti Shah Alam dengan akitiviti kebajikan selain memberi galakan untuk mereka menyertai aktiviti amal menerusi edaran barangan keperluan secara percuma kepada orang awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shahrin berkata, selaras dengan konsep ‘Free Market’, penyumbang akan membawa barangan sumbangan ke tapak program yang akan disediakan MBSA.

“Penyumbang boleh mendermakan barangan atau perkhidmatan secara percuma kepada pengunjung. Sekiranya pengunjung berminat, pengunjung hanya perlu meminta izin untuk mengambil barang terbabit.

“Malah, pengunjung diingatkan untuk mengambil barang mengikut keperluan sahaja dan dikehendaki membawa beg sendiri kerana beg plastik tidak akan dibekalkan,” katanya.



Antara barangan yang disumbangkan adalah barang baru atau terpakai seperti pakaian, aksesori, dekorasi hiasan rumah, permainan kanak-kanak, alat elektronik, alat tulis dan bahan bacaan.

Pada masa sama, Shahrin berkata, dua kupon iaitu kupon biasa dan VIP disediakan kepada pengunjung.

Katanya, penerima kupon VIP hanya perlu membuat pertukaran barang kitar semula seperti botol air, botol kaca, tin aluminium, dan surat khabar lama.

“Penerima kupon VIP diberikan keistimewaan untuk menjadi pengunjung awal semasa acara bermula dan mendapat 10 kupon berbanding hanya lima kupon untuk pengunjung biasa,” katanya.
-Selangorkini-

Kepada sesiapa yang nak pergi ke Free Market, lokasinya di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di Seksyen 14. Tarikhnya ialah 4 Ogos 2019. Kalau anda betul-betul terdesak memerlukan barang percuma, silalah ke sana.

Source

Comments

Popular posts from this blog

Siapakah Sarjan Hassan yang Sebenar?

Kalaulah Aku Owner TM Unifi..

Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita?