Kumpulan Botak yang Berdaftar dengan ROS

Kalau dulu kumpulan botak tu Skin Head. Cukup terkenal masa tahun 90-an. Orang botak sekarang pun nak ada kumpulan jugak tapi bukan gangster macam Skin Head.
Kumpulan BOTAK di Malaysia.
Ada apa dengan botak? Baca dulu artikel ni..

APABILA melihat lelaki berkepala botak, pasti pelbagai tanggapan muncul dalam kepala seseorang.

Mungkin ada menganggap penampilan botak itu melucukan, menarik dan seksi, malah tidak dinafikan ada berpandangan negatif terhadap lelaki berkepala botak.

Bagi sesetengah individu, penampilan tanpa rambut disebabkan masalah keguguran, ada disebabkan fesyen dan ada yang sengaja membotakkan kepala bagi memudahkan pengurusan diri.

Namun, pernahkah anda terfikir, mahu menubuhkan persatuan lelaki berkepala botak semata-mata kerana masalah keguguran rambut mahupun minat tidak berambut?

Jangan sangka tidak wujud persatuan lelaki berkepala botak kerana anda boleh menemukannya menerusi carian di Facebook. Menurut Presiden Pertubuhan Abang Botak Malaysia (PABM), Sofyan Faris Saleh, persatuan itu bukan satu rekaan, malah berdaftar secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).



"Bermula perkenalan dengan individu berpenampilan sama iaitu botak di Facebook, kami seramai lapan orang wujudkan satu ‘group’ Abang Botak VVIP Club (ABVC), hanya untuk suka-suka pada 2013.

"Kami sering bertemu untuk minum dan lepak bersama selepas waktu kerja, semuanya atas satu persamaan itu kami gemar membotakkan kepala dan bukan disebabkan masalah keguguran rambut.

“Sehingga 2016, kami adakan pertemuan rasmi dan bersetuju menukar nama kumpulan kepada Pertubuhan Abang Botak Malaysia dan didaftarkan ke ROS pada 8 Ogos 2016, sebelum 19 Oktober tahun sama, pendaftaran pertubuhan ini diluluskan sebagai pertubuhan kemasyarakatan dan perniagaan,” katanya ketika ditemui di Puchong Prima, Puchong.

Beliau yang juga ahli perniagaan berkata, pada awal penubuhan PABM, mereka mempunyai 200 ahli dan kini mempunyai pengikut seramai 3,000 orang di Facebook. 

Katanya, selepas diluluskan ROS, pelbagai rancangan diatur untuk kebajikan ahli melalui kunjungan ke rumah ahli di luar Kuala Lumpur, bagi mengeratkan silaturahim.

“Kini keahlian PABM mencecah 300 orang di seluruh negara membabitkan ahli seawal usia 21 tahun dan mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan dan sosial.

“Ketika menubuhkan kumpulan ABVP dahulu, isteri saya sering menegur tabiat selalu keluar malam semata-mata mahu berkumpul dan berjumpa kenalan, namun sejak kumpulan itu ditubuh secara rasmi, dia tidak memandang serong lagi,” katanya.  
Beliau berkata, ada suara sumbang kedengaran ketika abang botak terbabit berkumpul di warung, kedai makan atau di mana sahaja.

“Ada yang berbisik kami ni kumpulan samseng ke apa. Tapi tidak hiraukan kerana kami tahu tujuan kami.

“Malah, saya diberitahu, sebaik pendaftaran ke ROS dibuat, polis menjalankan siasatan mengenai latar belakang setiap ahli didaftarkan, namun saya syukur kerana kami tidak mempunyai rekod jenayah, malah tiada pangkat atau gelaran tertentu digunakan dalam PABM,” katanya.

Ketika ditemui bersama 20 ahli lain, Sofyan Faris berkata, bagi setiap aktiviti dianjurkan PABM, mereka menekankan ahli membawa keluarga bersama-sama, sama ada percutian dan sebagainya.

Katanya, aktiviti terbaru mereka adalah 20 ahli PABM ke Terengganu untuk mencandat sotong selama seminggu.

Mengenali ahli persatuan itu amat menyenangkan kerana mereka sangat mengalu-alukan individu ingin berkenalan dengan mereka.

Ada dalam kalangan ahli terbabit langsung tiada rambut, malah lebih ramai sentiasa bercukur bagi mengekalkan kepala botak.

Kelihatan ahlinya bukan sahaja berkepala botak, malah mempunyai misai simpul, kelihatan garang dan tidak ketinggalan agak melucukan.

Menariknya, PABM mempunyai pelbagai produk menggunakan nama persatuan itu baik pakaian, aksesori dan apa sahaja berasaskan kulit dan fabrik.

Mereka berpesan supaya tidak memandang serong kepada mereka dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai PABM, termasuk mereka yang tidak botak kerana boleh menjadi ahli bersekutu.

PABM adalah penyokong kuat kumpulan BOTAK yang kini menyertai pertandingan jenaka di sebuah stesen TV tempatan dan tiga selebriti iaitu Black, Achey dan Abam Bocey adalah ahli PABM.
-Hmetro-

Dari kiri Black, Abam dan Achey dalam Muzikal Lawak Superstar credit to Gempak.
Berkepala botak tak jadi masalah malah ada kelebihannya. Kalau kepala asyik ada kelemumur je, cukur je rambut sampai botak. Lagi senang nak cuci kepala.

Kutu takde, kelemumur pun takde. Orang lelaki OKlah botak. Orang perempuan janganlah botak.

Kalau botak disebabkan penyakit tu memang takpelah walaupun perempuan. Dah namanya disebabkan penyakit kan?

Biar botak, jangan mati katak.

Source
B O T A K Baru Orang Tahu Aku Kacak


Comments

Popular posts from this blog

Siapakah Sarjan Hassan yang Sebenar?

Kalaulah Aku Owner TM Unifi..

Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita?