Posts

Showing posts from August, 2022

Merdeka?

Image
Secara ringkasnya maksud merdeka ialah bebas. Kalau sebut Malaysia sudah merdeka maknanya Malaysia sudah bebas. Merdeka! Bebas dari apa? Bebas dari penjajahlah. Dulu orang dari luar negara contohnya British dan Jepun datang ke Tanah Melayu sebagai penjajah. Sekarang dorang datang sebagai pelancong. Ada juga yang datang atas urusan kerja dan lain-lain asalkan bukan untuk menjajah lagi.  Kalau nak cerita pasal bebas ni adakah bermakna bebas melakukan apa sahaja tak kira buat baik atau buat jahat? Kalau orang tu bebas buat apa sahaja termasuk perkara-perkara jahat seperti mencuri, merompak, membunuh dan lain-lain jenayah tu bukan bebas namanya. Itu namanya masih di"jajah" nafsu. Mungkin ada orang rasa kalau tak dapat buat dosa dengan sewenang-wenangnya itu belum bebas. Golongan orang macam ni rasa terkongkong bila asyik nak kena buat perkara baik je. Terus-teranglah golongan yang suka menganiaya orang lain ni suka tak kalau diri dorang sendiri dianiaya juga? Seronok tak kalau do