Tinggalkan Solat Punca Perceraian

Apakah yang paling ringan? Meninggalkan solat. Walaupun meninggalkan solat itu paling ringan tapi akibatnya sangat berat.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang gagal mempertahankan keharmonian rumah tangga sehingga berlaku penceraian didapati berpunca daripada sikap keengganan menunaikan solat lima waktu.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, kegagalan menjaga rukun Islam kedua itu menyebabkan wujudnya habluminassyaitan iaitu hubungan yang terbina antara manusia dengan syaitan.

“Kalau solat ini merupakan hablumminannas (hubungan sesama manusia), bila mana wujudnya hablumminallah (hubungan manusia dengan Allah), hablumminannas akan terwujud.

“Bila wujudnya hablumminallah, maknanya tak wujud lagi hablumminasyaitan kerana sifat syaitan akan pisahkan suami isteri, tetapi apabila ini berlaku, dia akan jadi kukuh dan ampuh,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya pada Jumaat.

Menurut Zulkifli, antara tanggungjawab Nabi Muhammad SAW apabila berada di rumah adalah mengajak keluarganya menunaikan solat.

“Mintalah keluarga kamu untuk solat dan sabar dalam mengerjakannya. Itu tiang agama.

Tuan-tuan minta maaf cakap secara ekstrem sikit, kenapa rumah tangga keluarga bercerai-berai? Minta maaf kita minta berlindung daripada Allah SWT biarlah keluarga kita baik-baik semua.

“Salah satu puncanya tak pernah solat jemaah dan bersama-sama, sebab itu Allah bila cerita ayat cerai dalam al-Quran seperti surah Al-Baqarah,” katanya.
 
Jelasnya, di celah-celah ayat cerai, Allah sengaja menyebut sepotong ayat yang menyuruh umat manusia menjaga solat yang lima waktu dan juga solat pertengahan penuh taat serta patuh.

“Kemudian bincang balik ayat cerai, ulama fikir apa puncanya. Fikir punya fikir, mereka kata apa, siapa yang jaga solat, rumah tangga dia kukuh,” ulasnya.
-Astro Awani-

Oleh itu marilah kita jaga solat sama ada belum atau sudah berkahwin. Kalau ada yang dah bercerai sekalipun jangan abaikan solat. Walaupun cacat, takde tangan atau kaki dan hanya terbaring sekalipun, solat lima waktu tetap wajib dilaksanakan.

Wallahua'lam.

Source

Comments

  1. cuai pada solat memang tidak dinafikan menjadi faktor kepada penceraian.
    Bagaimanapun ada juga penyebab lainnya.

    Banyak sebab untuk dikaji dan dikupas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan anda. Dari segi logik memang macam-macam penyebab perceraian di antaranya curang dan salah faham.

      Mufti atau ulama Malaysia dah fikir punya fikir kalau jaga solat, rumahtangga dia kukuh.

      Segala masalah timbul bila abaikan solat dan begitulah sebaliknya.

      Wallahua'lam.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Siapakah Sarjan Hassan yang Sebenar?

Kalaulah Aku Owner TM Unifi..

Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita?