Posts

Showing posts from December, 2020

Sejarah Rohingya

Image
Sejarah Rohingya dikatakan bermula dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan. Mereka mempunyai bahasa, budaya dan fizikal seperti orang Benggali. Rohingya merupakan kelompok minoriti Islam di Myanmar. Sebahagian besar orang Rohingya menetap di Arakan tetapi kini dikenali sebagai Rakhine terutamanya di sekitar Maungdaw, Buthidaung, Rathedaung, Sittwe dan Kyauktaw. Rakhine hari ini merupakan tumpuan utama orang Islam semenjak abad ke-8 masihi lagi. Nama lama bagi Rakhine iaitu Arakan dikatakan berasal daripada perkataan Arab “Arkan” yang bermaksud rukun-rukun. Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan laut menjadi tempat persinggahan pedagang Islam.  Pedagang Arab yang singgah di Arakan sebahagiannya berkahwin dengan masyarakat tempatan dan kemudiannya menetap di Arakan. Orang pertama yang dikatakan mengembangkan Islam di Arakan adalah Muhammad Ibn Hanifiya. Ini menyumbang kepada kepadatan penduduk Islam yang tinggi di Arakan. Berdasarkan perkembangan sejarah, Rohingya merupakan kacukan