Badiuzzaman
“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya”. (Al Baqarah 2:207).
Badiuzzaman Said Nursi. |
Badiuzzaman Said Nursi dianggap sebagai Mujahid Dakwah, Mufakkir dan Mujaddid abad ke 20 serta penyelamat aqidah Bangsa Turki oleh ramai Sejarawan Turki mutakhir ini kerana perjuangannya menyelamatkan aqidah Bangsa Turki dari badai sekularisme yang melanda Turki setelah robohnya Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924.
Kegigihannya berjuang menyelamatkan iman Bangsa Turki dengan mengarang Kitab Risalah an-Nur bagi menjawab segala tuduhan palsu mengenai agama Islam dianggap begitu berkesan sehingga Kerajaan Turki di bawah kepemimpinan Recep Tayyib Erdogan melalui Parti Keadilan dan Pembangunan atau AKParti sejak tahun 2002, telah kembali meletakkan Islam di landasan yang asal dalam pemerintahan Negara.
Apa yang diperjuangkan oleh Badiuzzaman Said Nursi seperti mempertahankan tulisan Arab Turki Uthmaniyyah, al-Quran, pakaian menutup aurat bagi wanita Islam, dasar Negara dan luar Turki yang pro-Islam telah dan sedang dilaksanakan oleh AKParti pada hari ini.
Maka tidaklah keterlaluan jika sekiranya Badiuzzaman Said Nursi dianggap sebagai salah seorang Mujaddid abad 20 sebagaimana hadith Nabi yang berkenaan dengannya.
Diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daawud As-Sijistaaniy
rahimahullah :
Telah menceritakan kepada kami Sulaimaan bin Daawud Al-Mahriy, telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Wahb, telah mengkhabarkan kepadaku Sa’iid bin Abi Ayyuub, dari Syaraahiil bin Yaziid Al-Mu’aafiriy, dari Abu ‘Alqamah, dari Abu Hurairah –radhiyallaahu ‘anhu-, yang mana aku mengetahuinya dari Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda, “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini di setiap awal 100 tahun, seseorang yang akan memperbaharui agama ini.”
[Sunan Abu Daawud 6/349, Daar Ar-Risaalah Al-‘Aalamiyyah]
1.1 Gelaran Badiuzzaman
Badiuzzaman Said Nursi lahir pada tahun 1293 Hijrah bersamaan 1877 Masihi di kampung Nurs, Daerah Khizan di Wilayah Bitlis, Timur Turki.
Beliau diberikan gelaran Badiuzzaman atau maknanya Keajaiban atau Kekaguman Zaman kerana sejak kecil ternyata kecerdikannya amat luarbiasa dan kepetahannya berhujjah mampu mengalahkan sesiapa sekalipun termasuk alim ulama yang jauh lebih dewasa dan berpengalaman darinya.
Malah ada sejarawan mengatakan bahawa Said Nursi telah dianugerahkan oleh Allah SWT dengan “photographic mind” iaitu minda yang mampu merekodkan apajua yang dibaca dan mengingatinya semula sebagaimana asalnya tanpa sebarang masalah atau tertinggal mana-mana bahagian atau satu huruf sekalipun.
Ada beberapa insiden bilamana beliau diuji dengan ulama-ulama terkenal mengenai kitab-kitab agama yang penting ketika itu, dan bila ditanyakan beberapa soalan berkenaan kitab-kitab tersebut, beliau mampu menjawabnya tanpa sebarang masalah.
Beliau juga bukan saja diuji dengan pengetahuan agama Islam, tetapi juga diuji dengan ilmu sains moden yang sangat popular di kalangan rakyat Turki ketika itu.
Pihak Pemerintah dalam rangka untuk menyaingi kuasa Barat yang semakin dominan di pentas antarabangsa, telah menggalakkan rakyatnya untuk menggali ilmu sains moden di Barat.
Tahir Pasya, Gabenor Wilayah Bitlis, seorang yang meminati bidang ilmu ingin menguji kehebatan ilmu Said Nursi telah menganjurkan perdebatan antara Said Nursi dengan Professor Geografi dan Professor Kimia dan Fizik mengenai Islam dan Ilmu Sains.
Professor ini adalah pelajar Turki graduan dari Barat yang memandang remeh tentang agama Islam yang dianggap sebagai faktor yang melemahkan Bangsa Turki dan Khilafah Uthmaniyyah.
Apa yang mengejutkan Tahir Pasya ialah walaupun Said Nursi tidak pernah didedahkan dengan ilmu Sains moden, Said Nursi tanpa ragu menyatakan kesediaannya dengan syarat sediakan bahan bacaan mengenai Ilmu Geografi dan Ilmu Kimia dan Fizik untuk dibacanya dulu sebelum berdebat dengan para Professor tadi.
Said Nursi mengambil masa 24 jam untuk menelaah buku-buku Geografi dan empat hari untuk membaca buku-buku Kimia dan Fizik sebelum berdebat dengan mereka.
Apabila perdebatan berlaku, ternyata sekali gelaran Badiuzzaman memang selayaknya diberi kepada Said Nursi, kerana para Professor tersebut amat terkejut dalam masa beberapa hari sahaja, Said Nursi telah menguasai ilmu-ilmu yang diperdebatkan dengan mematahkan apa jua hujjah yang dikemukakan.
Kebiasaannya, seorang pelajar akan mengambil masa paling kurang empat tahun untuk menguasai sesuatu ilmu.
Sejak peristiwa perdebatan tersebut, Said Nursi berazam untuk menguasai semua ilmu Sains moden dengan membaca buku-buku tersebut di Perpustakaan Tahir Pasya dengan tujuan untuk dakwah dan meyakinkan generasi muda yang terlalu kagum dengan Barat untuk kembali kepada akar Islam yang telah menjadikan Bangsa Turki, Bangsa Khalifah.
Usahanya begitu berjaya sehingga beliau mampu menguasai pelbagai ilmu Sains moden seperti Sejarah, Geografi, Matematik, Fizik, Kimia, Astronomi, Falsafah Moden, Kaji Hayat dan Kaji Bumi.
Sejak itu Said Nursi, selesa memakai gelaran Badiuzzaman dan dengan paduan ilmu agama dan sains moden yang telah dikuasainya, beliau telah mengarang Risalah an-Nur, sebuah Tafsir Al-Quran yang bersifat Maudhu’i yang terasnya menekankan soal Tauhid, Keesaan Allah SWT.
Kitab Risalah An-Nur mengandungi 130 risalah yang dibahagikan kepada empat buah kitab iaitu Sozler (33 risalah), Maktubat (33 risalah), Lamaat (30 risalah) dan Syualar (15 risalah).
Uniknya Kitab Risalah An-Nur ini ialah Badiuzzaman Said Nursi mengambil pendekatan Maqasid al-Quran, tujuan al-Quran diturunkan dengan menggunakan hujjah-hujjah akal dan perumpamaan–perumpamaan yang mudah difahami oleh generasi yang dipaksa untuk meninggalkan Islam oleh pemerintah ketika itu. Penguasaan Badiuzzaman Said Nursi dalam ilmu agama dan Sains Moden juga adalah antara ciri penting Risalah An-Nur bila mana beliau telah memanfaatkan panduan ilmu agama dan Sains Moden tersebut dalam menafsirkan ayat mengenai alam semesta.
1.2 Fasa Perjuangan Said Lama
Badiuzzaman Said Nursi membahagikan perjuangannya kepada dua fasa iaitu Fasa Said Lama dan Fasa Said Baru.
Fasa Said Lama adalah fasa di mana perjuangannya menumpu kepada perjuangan politik untuk menyelamatkan Khilafah Uthmaniyyah dari hancur di tangan Para pejuang Sekularis Turki yang dipelopori oleh Mustafa Kamal Ataturk.
Beliau telah banyak menulis dan membangkitkan semangat Bangsa Turki untuk bersatu menentang Penjajahan Barat yang memperalatkan rakyat Turki sendiri bagi menghancurkan Khilafah Uthmaniyyah dari dalam.
Di medan politik beliau menyeru agar umat Islam di ambang Zaman Penjajahan kembali kepada ajaran Quran yang sebenar bagi menangani tiga penyakit besar umat ketika itu iaitu Kejahilan, Kemiskinan dan Permusuhan.
Bagi menangani kejahilan umat, beliau mencadangkan agar sebuah Universiti ditubuhkan bagi menggabung ilmu agama dan ilmu sains moden yang beliau namakan Madrasah al Zahra.
Umat Islam mesti menguasai ilmu sains moden untuk maju dan juga keluar dari kepompong kemiskinan. Namun, sains moden harus berpaksikan ilmu tauhid.
Bagi menangani kemiskinan pula, beliau menegaskan Sains dan Teknologi adalah ilmu yang amat penting untuk menebuskan kemiskinan umat. Beliau begitu tertarik dengan Modul Pembangunan Jepun yang hancur selepas Perang Dunia Kedua dan mampu bangkit semula dengan cepat melalui penguasaan Sains dan Teknologi.
Uniknya Model Pembangunan Jepun bagi beliau ialah bangsa Jepun tetap mempertahankan nilai tradisi Jepun dan Bahasa Jepun di samping menguasai Sains dan Teknologi.
Bagi menangani penyakit permusuhan pula beliau menyarankan agar semangat kesatuan umat mesti diperkukuhkan supaya Pihak Penjajah Barat tidak dapat mengadu-domba umat Islam menjadi lemah dan berpecah.
Hadith Nabi telah menegaskan akan hal ini:
Dari An Nu’man bin Basyir dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya) ‘ (HR Muslim No: 4685).

Namun perjuangannya untuk menyelamatkan Khilafah Uthmaniyyah ternyata gagal dan akhirnya runtuh. Beliau yang begitu ikhlas berjuang itu setelah Khilafah Uthmaniyyah jatuh, kini dianggap sebagai musuh Negara yang perlu dimusuhi oleh Rejim Pemerintah yang baru.
1.3 Fasa Perjuangan Said Baru
Badiuzzaman Said Nursi menganggap Fasa Perjuangan Said Baru ini sebagai fasa terpenting dalam perjuangannya. Ini adalah kerana ketika beliau mulai aktif berceramah mengenai agama di Wilayah Timur Turki di sekitar akhir abad ke 18, beliau terbaca kenyataan Perdana Menteri Britain ketika itu, William Ewert Gladstone yang berkata di dalam Parliament Britain :
“Selagi al-Quran ini masih ada di tangan umat Islam, kita tidak akan mampu untuk menguasai mereka! Apa yang perlu kita buat dan laksanakan ialah merampas al-Quran ini daripada tangan mereka. Ataupun kita perlu mendinginkan umat Islam daripada al-Quran.”
Kenyataan Gladstone ini telah membakar semangat Badiuzzaman Said Nursi dan lantas berkata :
“Aku akan menisbatkan (membuktikan) dan memperlihatkan bahawa al-Quran adalah mentari maknawi yang tidak akan padam dan tidak akan dapat dipadamkan!”
Pernyataan azam Badiuzzaman Said Nursi ini rupanya menjadi kenyataan apabila beliau mulai secara serius menulis Kitab Risalah an-Nur ketika menjalani hidup sebagai orang buangan dan musuh Negara oleh Pemerintah Sekularis yang baru.
Pada tahun 1925, Badiuzzaman Said Nursi memulakan Fasa Perjuangan Said Baru bila beliau dibuang daerah ke Barla, Isparta dengan menulis Kitab Risalah an-Nur. Beliau berada di Barla selama lapan tahun dan di situlah dia menghabiskan hampir tiga perempat dari Risalah an-Nur yang mengandungi 6,000 perkataan.
Turki berada di zaman gelapnya apabila Kamal Ataturk mulai melaksanakan Dasar Sekularisasi secara drastik dan kejam sekali. Pandangan Gladstone dilaksanakan dengan mengharamkan al-Quran, mengharamkan tulisan Arab Uthmaniyyah, mengharamkan pakaian tradisi Uthmaniyyah sebagai usaha terancang dan nekad untuk memutuskan Bangsa Turki dari akar sejarah Islam dan memadamkan warisan agung Khilafah Uthmaniyyah.
Turki berada di zaman gelap selama 25 tahun iaitu dari 1925-1950, dan ketka itulah Badiuzzaman Said Nursi melalui zaman yang begitu mencabar dalam hidupnya. Beliau telah melalui berbagai penganiayaan, penindasan dan kezaliman semata-mata kerana pejuangan menyelamatkan aqidah Bangsa Turki dengan penulisan Risalah an-Nur.
Ketika berada di penghujung hayatnya, Badiuzzaman Said Nursi telah mencatatkan pengalaman perjuangannya dengan penuh jujur menggambarkan cahaya keikhlasan yang begitu menyinar di dalam dirinya. Katanya :
“Adakah mereka fikir bahawa diriku begitu penting dan aku hanya berfikir untuk menyelamatkan diriku sendiri?
Aku telah mengorbankan seluruh kehidupan duniaku demi menyelamatkan Iman saudara seIslamku.
Sepanjang hayatku lebih 80 tahun ini, aku tidak mengenali langsung akan nikmat kehidupan dunia ini. Seluruh hidupku ditakdirkan untuk berjuang di medan perang, meringkuk di dalam penjara, merana di kem tahanan perang atau berpindah randah membela diriku dari sebuah mahkamah ke mahkamah yang lain atas tuduhan yang direkacipta terhadap diriku.
Tidak ada penyiksaan dan penderitaan yang tidak aku lalui. Aku telah dilayan umpama binatang ganas oleh Mahkamah Tentera, dan dikenakan perintah buang negeri dari satu daerah ke daerah yang lain umpama orang gelandangan yang tiada nilainya.
Aku telah dikenakan hukuman kurungan seorang diri (solitary confinement) selama beberapa bulan di penjara negaraku sendiri. Aku juga telah diracun entah berapa kali agar aku mati, dan dihina dengan pelbagai cara yang mengaibkan.
Adalah menjadi sifat semulajadiku, pantang dihina dan diaibkan. Pasti akan ku lawan demi mempertahankan maruahku kalau diperlakukan demikian oleh sesiapa. Semangat Islam dan semangat juangku tidak mengizinkan akan sebarang penghinaan terhadap diriku.
Aku tidak akan merendahkan martabat diriku jika diperlakukan demikian. Dengan segala kudratku, aku akan mempertahankan diriku dengan menampar muka si zalim waima dia seorang komander yang sangat ganas lagi kejam. Mungkin aku akan dihumban ke penjara yang paling dahsyat atau kepala aku akan dipenggal kerana melawan.
Itu semua tidak penting dan tidak menakutkan aku pun. Seandainya aku mati, maka aku telah berjaya mengikut jejak maqam para syuhada yang telah mendahului diriku…..
Jadi, biarkan apa yang berlaku terhadap diriku. Aku tidak peduli. Malah aku tidak pun menyumpah seranah akan mereka yang pernah menzalimi diriku.
Sebaliknya, dengan kehendak Allah SWT jua, aku telah dipanjangkan umur olehNya. Terima kasih Ya Allah, kerana itu, Risalah an-Nur telah dapat disiapkan dan dibaca oleh ratusan ribu, malah jutaan manusia. Aku tidak tahu berapa ramai jumlah sebenarnya……
Apa yang pasti begitu ramai manusia yang mendapat manfaat darinya dan dapat diselamatkan Iman mereka. Jika aku mati akibat seksaan kejam yang kulalui, aku hanya dapat menyelamatkan diriku seorang sahaja. (Mungkin aku akan mendapat syurga idamanku).
Tetapi, dengan terus hidup walau terpaksa melalui pelbagai penyiksaan mental dan fizikal yang amat pedih dan perit, dengan Risalah an-Nur, aku telah berjaya menyelamatkan Iman begitu ramai manusia. Oleh itu, jutaan terima kasih Ya Allah atas takdirMU yang sangat indah ini.
(Terjemahan Bahasa Melayu, Nursi Tarihce-i-Hayat- Isparta Hayati, 604).
1.4 Perjuangan berakhir dengan kemenangan
Allah SWT tidak mensia-siakan perjuangan dan pengorbanan Badiuzzaman Said Nursi apabila di penghujung hayatnya, beliau telah diberikan nikmat yang begitu besar, iaitu dapat melihat usahanya untuk menyelamatkan Iman Bangsa Turki melalui Risalah an-Nur telah berhasil dengan cara yang luarbiasa.
Dari tahun 1950 hingga 1960, apabila Parti Demokrat berjaya mengalahkan Parti Republikan yang diasaskan oleh Kamal Ataturk dalam Pilihanraya Kebangsaan Turki, ruang Islam kembali berkembang di bawah kepemimpinan Presiden Adnan Menderes. Azan sudah dilaungkan kembali dari Bahasa Turki ke Bahasa Arab, Risalah an-Nur yang sebelum ini diharamkam sudah boleh disebarkan dan dicetak seluas yang mungkin.
Walaupun perkembangan Islam terbantut seketika apabila Pihak Tentera merampas kuasa dan menggantung mati Presiden Adnan Menderes, namun pada tahun 2002, Islam kembali menyinar dengan kemenangan politik Parti Keadilan dan Pembangunan dibawah kepemimpinan Recep Tayyib Erdogan hingga kini. Apa yang diperjuangkan oleh Badiuzzaman Said Nursi mulai dilaksanakan semula oleh Erdogan dengan cara yang berhikmah.
Badiuzzaman Said Nursi kembali ke Rahmatullah pada hari Rabu, 23 March, 1960 bersamaan 25 Ramadan 1379 ketika berumur 83 tahun di Urfa, Timur Turki.
Hari ini, Risalah an-Nur telah berkembang ke seluruh dunia dan telah dicetak dengan pelbagai bahasa di samping telah memperbaharui Iman ribuan umat Islam, dan telah mengIslam ribuan bukan Islam. Banyak Gerakan Dakwah Turki yang menjadikan Risalah an-Nur sebagai asas perjuangannya dan di antara ialah Hayrat Vakfi atau Yayasan Hayrat yang diasaskan oleh murid terbaik kesayangan Badiuzzaman Said Nursi iaitu Ahmed Husrev Effendi bulan Ogos 1977.
2.0 IMPLIKASI DAKWAH DI MALAYSIA, IBRAH UNTUK PARA DA’I
2.1 Optimisme dalam perjuangan
Ketika Khilafah Uthmaniyyah berada di penghujung hayatnya, Badiuzzaman Said Nursi telah menyatakan :
“Masa depan adalah milik Islam, dan hanya Islam” (The Future shall be Islam’s, and Islam’s alone ).
Firman Allah SWT :
"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya.” (Surah As-Saff 61:8)
2.2 Perjuangan menuntut pengorbanan
Badiuzzaman Said Nursi memilih untuk berjuang menyelamatkan Iman manusia dengan mengorbankan seluruh kehidupan dunianya, dibuang daerah, dipenjara, dihina, diracun serta berbagai lagi penyiksaan mental dan fizikal tanpa menyesali walau sedetik dari pengalaman pahit ini.
Malah ketika beliau uzur kerana usia yang lanjut beliau masih diburu oleh Pihak Pemerintah. Hatta, walaupun beliau telah meninggal dunia, Pihak pemerintah masih memburunya dan ingin memadam pengaruh dakwahnya. Kuburnya di Urfa digali semula 111 hari kemudian dan ditanam di kubur yang tidak diketahui hingga hari ini.
Firman Allah SWT :
"Boleh jadi kamu tidak menyukai akan sesuatu, tetapi baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, tetapi tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah 2:216)
2.3 Perjuangan menuntut kesabaran
Kesabaran adalah kunci kejayaan bagi sesuatu perjuangan. Perjuangan dakwah menuntut kesabaran ketika datang ujian kesenangan dan apalagi ujian kesusahan.
Ketika Ataturk menawarkan jawatan penting dalam kerajaan dengan pakej gaji dan kemudahan yang lumayan kepada Badiuzzaman Said Nursi untuk tujuan memenangi hatinya agar menyokong Dasar Pembaharuan yang hendak dilaksanakan, beliau lantas menolaknya kerana tahu jika dia menerimanya maka perjuangan untuk menyelamatkan iman bangsa Turki akan terkongkong. Lantas setelah penolakan tawaran itu, maka bermulalah fasa kehidupan beliau yang sarat dengan penghinaan, kezaliman dan penyiksaan.
Namun beliau tidak pun mengeluh atau menyesali takdir. Beliau menghadapinya dengan sabar. Malah beliau menamakan zaman beliau di penjara sebagai memasuki Madrasah Yusuf, mengambil iktibar dari ibrah Nabi Yusuf ketika dipenjara akibat difitnah.
Firman Alah SWT :
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” ( Al Baqarah 2:155 )
2.4 Perjuangan berpaksikan Al-Quran, Ummah dan Akhirat
Badiuzzaman Said Nursi telah menjadikan Al-Quran sebagai sumber untuk mengarang Kitab Risalah an-Nur, Ummah sebagai mad’u dan kejayaan hidup di akhirat sebagai matlamat hidupnya.
Firman Allah SWT :
“Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Kitab (Al-Quran) kepada hamba-Nya dan Dia tidak menjadikannya bengkok, sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan akan siksa yang sangat pedih dari sisi-Nya dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan kebajikan bahawa mereka akan mendapat balasan yang baik, mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.” (Al-Kahf 18:1-3)
2.5 Tiada kalimah rehat dalam kehidupan dunia
Badiuzzaman Said Nursi menegaskan bahawa bagi orang yang benar-benar beriman, tiada kalimah rehat bagi kehidupan di dunia. Hidup di dunia hanyalah untuk berjuang menegakkan kalimah Allah dan menanggani setiap jua ujian yang datang baik dalam bentuk kesenangan ataupun kesusahan.
Beliau terus menulis Risalah an-Nur tanpa mengira keadaan yang dilaluinya. Ketika perang melawan Rusia dalam Perang Dunia Pertama, beliau telah menulis Kitab “Isyaaratul I’jaz”, dalam penjara, ketika sesi perbicaraan dalam Mahkamah, ketika menderita kesejukan musim salji, beliau tetap terus menulis tanpa henti.
Firman Allah SWT :
"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui.” (Al-Ankabut 29:64)
2.6 Responsif kepada cabaran zaman, bukan reklusif atau apati (apathetic)
Badiuzzaman Said Nursi sentiasa responsif kepada permasalahan umat. Ketika Khilafah Uthmaniyyah berada di ambang kejatuhan, beliau membantu dengan mempelopori agenda kesatuan umat dan menyeru agar Khalifah kembali kepada semangat dan ajaran al-Quran.
Ketika Ataturk melaksanakan Dasar Sekularisasi Turki, beliau menentang keras dengan Risalah an-Nur walaupun terpaksa menghadapi hukuman penjara dan penyiksaan. Ketika Parti Demokrat melawan Parti Republikan Ataturk dalam Pilihanraya Kebangsaan Turki pada tahun 1950, beliau mengarahkan anak muridnya untuk membantu dan menyokong Parti Demokrat sehingga menang dan menubuhkan Kerajaan.
Firman Allah SWT :
“Kamu (Umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (karena kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” (Ali ‘Imran 3:110)
2.7 Kemenangan hakiki milik Allah, manusia hanya berusaha
Walaupun Badiuzzaman Said Nursi disekat dan dihalang untuk menggembangkan Risalah an-Nur dengan menggunakan segala instrumen Negara dari mempengaruhi rakyat jelata, namun bila Allah berkehendak, tiada kuasa yang mampu menghalangnya.
Risalah an-Nur makin berkembang dan terus memberi manfaat kepada pengukuhan Iman umat Islam di seluruh dunia, walaupun Badiuzzaman Said Nursi telah lama meninggalkan kita.
Firman Allah SWT :
“Dan tiada kemenangan itu, selain dari Allah Yang Maha Perkasa Maha Bijaksana“. (Ali ‘Imran 3:126)
Allahu A’lam
Al-Faqir il Allah Ahmad Azam Ab Rahman 10 Ogos 2015M / 25 Syawal 1436H
Rujukan:
1. Badiuzzaman dan Dakwah Risalah an-Nur, Biro Kajian Ilmiah Altinbasak, Penerbitan Altibasak. 2011
2. Badiuzzaman Said Nursi, Sukran Vahide, Sozler Publication. 1992.
3. Badiuzzaman Said Nursi, Abdul Latip Talib, PTS Litera Utama Sdn. Bhd. 2012.
Dibentangkan di Konvensyen Pemikiran Badiuzzaman Said Nursi 13 Ogos 2015 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan Anjuran Bersama Jabatan Agama Islam Perak & Jabatan Mufti Negeri Perak

Source
Comments
Post a Comment