Posts

Showing posts from March, 2021

As-Sayyid Habib Nuh Al-Habsyi Rahimahullah 1788M – 1866M

Image
Nasab dan keturunan Nama penuh beliau ialah As-Sayyid Habib Nuh bin Muhammad Al-Habsyi. Beliau yang datang dari Kedah adalah merupakan seorang yang berbangsa arab berasal dari Yaman dan asal-usul keturunan beliau juga adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w. menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Makam Habib Nuh. Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang kehidupan awal Habib Nuh. Beliau yang hidup sekitar tahun 1788M – 1866M datang dari keluarga empat adik-beradik lelaki iaitu Habib Nuh, Habib Ariffin dan Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin yang meninggal di Daik, Indonesia. Dari perkahwinan beliau dengan Anchik Hamidah yang berasal dari Province Wellesley, Pulau Pinang, mereka dikurniakan hanya seorang anak perempuan bernama Sharifah Badaniah. Sharifah Badaniah kemudiannya berkahwin dengan Syed Mohamad bin Hassan Al-Shatri di Jelutong, Pulau Pinang. Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib Nuh hanya seorang cucu perempuan bernam