12 Kelebihan Selalu Berjalan Kaki

Bukan susah pun nak jalan kaki. Berjalan kaki ni satu senaman yang sangat mudah.
Jom ramai-ramai berjalan kaki.
Kelebihan Kerap Berjalan Kaki :
  1. Menyihatkan jantung.
  2. Merendahkan paras kolesterol.
  3. Mencegah penyakit darah tinggi.
  4. Mencegah strok.
  5. Melancarkan aliran darah.
  6. Mengurangkan risiko penyakit diabetes.
  7. Memproses gula dalam badan dengan lebih baik.
  8. Mengurangkan berat badan.
  9. Menguatkan otot kaki.
  10. Membentuk tubuh badan menjadi menarik.
  11. Merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria.
  12. Mengurangkan risiko osteoporosis.

Bagaimana untuk bermula?
  1. Tetapkan matlamat. Sekiranya anda tidak pernah melakukan apa-apa jenis senaman dalam jangka masa yang lama, mulakan dengan berjalan perlahan-lahan dalam jarak yang dekat. Contohnya berjalan kaki dari ruangtamu ke dapur ulang-alik 10 kali.
  2. Cari tempat yang sesuai untuk berjalan. Seeloknya-eloknya permukaan rata dan tidak merbahaya.
  3. Tetapkan tempoh masa. Pastikan tempoh masa yang ditetapkan mengikut keupayaan tubuh badan anda. Contohnya tetapkan masa berjalan kaki tanpa henti dalam masa 10 minit.
  4. Tambah kelajuan dan tahap kesukaran. Sekiranya langkah nombor 3 berjaya dilakukan, anda boleh menambah kelajuan berjalan.
  5. Berjalan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Sekiranya anda berasa tidak yakin dan kurang seronok berjalan seorang diri, ajak ahli keluarga atau rakan-rakan anda untuk bersama-sama menjalankan senaman ini. Berjalan ramai-ramai lebih menyeronokkan.

Cara Senaman Jalan Kaki yang Efektif.

Jika anda menggunakan teknik berjalan yang betul, anda dapat meningkatkan tahap kesihatan dengan lebih optimum. Lakukannya setiap hari insha Allah anda akan dapat lihat perbezaan pada diri anda.
  1. Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.
  2. Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impakseperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-ototdi bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalanbukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawahnamun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.
  3. Luruskan badan anda sewaktu berjalan. Untuk memastikan anda berada dalam postur yang betul, luruskan bahagian belakang badan anda dan pandang ke hadapan.
  4. Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan anda sentiasa teratur. Sekiranya nafas anda tercungap-cungap sewaktu berjalan, anda perlu mengurangkan kelajuan. Kalau masih tercungap-cungap selepas jalan perlahan-lahan, lebih baik anda berhenti untuk berehat.
  5. Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan, anda boleh menetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.
  6. Sekiranya mampu, anda boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki anda. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang dan ia akan mengira berapa langkah kaki anda.
Pedometer credit to wikipedia.

Cara Mudah Untuk Berjalan Berdasarkan Keadaan atau Situasi Sekeliling Anda.

Terdapat banyak cara untuk anda melakukan senaman berjalan ini. Anda harus pandai mencari peluang dan menjadikan senaman berjalan kaki ini sesuatu yang menyeronokkan.

  1. Sekiranya anda tinggal di kondominium atau pangsapuri, cuba kurangkan penggunaan lif. Lebihkan penggunaan tangga. Sekiranya tidak mampu, anda boleh menaiki lif separuh jalan sahaja dan seterusnya gunakan tangga.
  2. Letakkan kereta di tempat yang agak jauh dari tempat yang ingin dituju. Sebagai contoh, jika anda ke kompleks membeli-belah atau ke pejabat, anda boleh meletakkan kereta jauh sedikit dari pintu masuk. Ini bergantung kepada keadaan sekiranya tidak sesak dan tidak mendatangkan kesusahan yang ketara kepada anda.
  3. Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Anda boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat kerja jika anda tidak sibuk.
  4. Bagi yang berkeluarga, bawalah mereka untuk bersiar-siar di taman rekreasi. Ketika berada di rumah pula, main kejar-kejar bersama anak anda yang berusia 2 atau 3 tahun dengan berjalan laju-laju. Ini juga merupakan salah satu cara untuk membakar kalori dan mengurangkan berat badan.
  5. Maksimumkan berjalan kaki sekiranya anda ingin ke satu-satu tempat. Sebagai contoh anda boleh berjalan untuk ke masjid, kedai runcit, rumah jiran dan sebagainya.

Source


Comments

Popular posts from this blog

Siapakah Sarjan Hassan yang Sebenar?

Kalaulah Aku Owner TM Unifi..

Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita?