Tips Mudah untuk Mengurangkan Masalah Rabun
Ada orang tak suka pakai cermin mata. Yelah, mula-mula power cermin mata tu sikit je, lama-lama nak kena tambah power. Banyak nak pakai duit tu.
Kalau buat rawatan lasik lagi mahal. Anggaran kos RM3000 ke RM7000. Lagi banyak nak keluarkan duit!
Dalam topik kali ini saya nak kongsikan tips yang tak menelan kos yang tinggi. Tips ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang ada masalah rabun dekat atau jauh. Kalau tak rabun pun boleh juga buat tips ni untuk menjaga kesihatan mata.
Dr. Mao Shing Ni, L.Ac., D.O.M., Ph.D, Dipl. C.H., ABAAP, merangkap penulis buku kesihatan dan panduan hidup popular Secrets of Longevity. |
3 Tips untuk elak mata rabun
1. Makan makanan yang baik untuk kesihatan mata.
2. Lakukan Senaman Mata.
3. Peruntukan waktu rehat untuk mata.
1. Makan makanan yang baik untuk kesihatan mata.
- Mata memerlukan beberapa nutrien untuk berfungsi dengan baik. Vitamin A,C, E dan mineral seperti zink adalah nutrien asas untuk mata.
- Makan banyak sayur berdaun hijau, kuning telur, lada benggala kuning, labu, ubi keledek dan lobak merah kerana ia mengandungi khasiat antioksida yang dapat mengelak keterjejasan yang disebabkan matahari. Tahukah anda bahawa kajian mendapati mengambil sayuran warna kuning dan hijau dapat mengelak sebarang penyakit yang boleh sebabkan mata buta.
- Bawang putih, bawang besar dan bawang merah pula mengandungi kandungan sulfur yang akan memelihara pembentukan katarak pada mata.
- Beri biru, anggur secara tidak langsung mampu pulihkan penglihatan.
- DHA iaitu sejenis asid lemak yang ditemui dalam ikan air sejuk seperti salmon, sardin, makerel dan kod pula boleh menyokong sel untuk menyumbang kesihatan pada mata.
2. Lakukan Senaman Mata.
- Gosokkan tapak tangan anda untuk menghasilkan haba panas. Tekap tapak tangan pada kedua belah mata sambil mata ditutup selama 5 saat. Ulang sebanyak 3 kali.
- Pusingkan bebola mata anda. Mulakan dengan mata pandang ke atas dan dengan perlahan putarkan ia sebanyak 10 kali mengikut arah jam.
- Pegang pen pada aras bahu di hadapan anda. Fokuskan pandangan mata pada pen tersebut dan perlahan-lahan dekatkan pen sehingga ke bahagian batang hidung anda dan jarakkannya kembali ke posisi asal. Dekat dan jauhkan pen sebanyak 10 kali.
- Urut penjuru dahi. Gunakan tulang sambungan ibu jari anda, tekan lembut penjuru dahi dan urut dalam gerakan membulat sebanyak 20 kali untuk arah jam dan 20 kali lagi untuk arah sebaliknya. Ulang urutan di kawasan atas kening, di bawah mata dan di kedua belah penjuru sisi hidung.
- Bersandar, pejam mata, relaks dan rehat selama 3 minit.
3. Peruntukan waktu rehat untuk mata.
- Dapatkan tidur yang cukup. Tidur akan membiarkan mata berehat sepenuhnya, membaiki dan memulih secara semula jadi kondisinya. Tidur yang tidak cukup hanya akan melemahkan penglihatan. Jadi, sila tidur 8 jam setiap malam.
- Individu yang kerjanya perlu menghadap komputer setiap hari, sila cari sekurang-kurangnya 1 jam untuk alihkan pandangan mata anda ke tempat lain. Rehatkan penglihatan anda. Jika mata anda terlalu penat, berasa perit dan tidak selesa, baring dan letakkan hirisan timun pada kelopak mata. Ia akan memberi sensasi kesejukan buat mata dan melegakan kepenatan pada mata.
Semoga berjaya!
Source
Comments
Post a Comment