Posts

Showing posts from December, 2021

Siapa Nostradamus?

Image
Siapa tak kenal Nostradamus si tukang tilik atau peramal masa depan? Siapakah Nostradamus? Dalam topik kali ini aku nak share info pasal Nostradamus. Kehidupan Awal Michel de Nostradame dilahirkan pada 14 Disember 1503. Ada yang berpendapat dia dilahirkan pada 21 Disember 1503. Tempat kelahirannya di Saint-Remy-de-Provence, France. Buku Biography Nostradamus yang ditulis oleh Edgar Leoni. Ibunya bernama Reyniere de St-Remy dan ayahnya pula bernama Jaume de Nostradame. Ayahnya merupakan seorang peniaga bijirin dan bekerja sambilan sebagai notary keturunan Yahudi. Tugas notary ialah menjadi saksi untuk perjanjian dalam hak milik hartanah dan memeriksa kesahihan surat perjanjian atau dokumen-dokumen tertentu. Adik-beradik Michel de Nostradame ada 9 orang. Kisah hidup bersama adik-beradiknya sewaktu kecil tidak banyak dikongsikan. Datuk Nostradame iaitu Guy Gassonet telah menganut agama Kristian Catholic kira-kira 50 tahun lebih awal sebelum kelahiran Michel de Notradame. Tujuan datuk dia