Posts

Abam Bocey Meninggal Dunia

Image
Berita sedih bagi peminat-peminat Abam Bocey. Arwah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan untuk solat Subuh. Tarikh beliau meninggal ialah 10 February 2020, Innalillah. Abam Bocey dalam kenangan. Menurut Ali Puteh, abangnya tidak sedarkan diri setelah diberitahu oleh kakak iparnya. "Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri. Saya bergegas ke kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas." Kata Ali yang gagal mengawal emosi. Nor Hidayah sebagai isteri Abam mengesahkan perkara tersebut. Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey. Sewaktu arwah Abam hidup, aku paling suka lawak dia dalam kumpulan Bocey. Aku pun tumpang sedih juga walaupun tak sesedih macam ahli keluarga...

Sejarah Hashtag #MESTIBACA

Image
Penggunaan simbol '#' atau disebut hashtag semakin popular sejak tahun 2013 atau 2014. Akan tetapi adakah anda tahu simbol '#' dah wujud sejak abad ke-12? # = hashtag Sejarah Hashtag Abad ke-12 '#' digunakan dalam nota muzik. Ia digunakan untuk menaikkan tone atau 'pitch' dalam muzik. Pada masa ini '#' dikenali sebagai 'Sharp'. Abad ke-14 Singkatan lb untuk libra masuk ke dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Penggunaan singkatan lb dalam Bahasa Inggeris ditambah dengan satu garisan menjadikannya seperti ini : Lama-kelamaan simbol atau singkatan tersebut ditukar kepada '#'. Pada ketika ini simbol '#' dipanggil 'Pound'. 1870 Emile Baudot merupakan jurutera bangsa Perancis telah mencipta abjad telegraf yang pertama. Dalam versi British Post Office, 11011 ialah '£' tetapi dalam versi Amerika ialah '#'. Simbol '£' dan '#' disebut 'PoundSign' pada ketika in...

8 Tips Pilih & Beli Durian Yang Sedap

Image
Kalau makan di tempat jual durian, tak perlulah bersusah-payah guna tips yang saya kongsikan ini. Sebab kalau terkena durian yang masam atau tak sedap boleh terus minta penjual durian tukar yang lain. 8 tips pilih durian terbaik ini sangat sesuai untuk anda kalau nak beli dan bawa balik. 1. Tangkai Pastikan tangkainya kelihatan 'bergigi'. Kalau tangkai 'licin' bermakna durian belum masak dan berkemungkinan  juga ia dipetik atau gugur disebabkan ribut yang melanda. Anda boleh gunakan kuku anda untuk cungkil sedikit bahagian kulit tangkai. Kalau kulit tangkai tebal, isinya pun tebal. Kalau bahagian dalam kulit tangkai berwarna kuning maka isi di dalam durian juga kuning. 2. Berat Buah durian yang lebih berat tidak bermaksud isinya banyak. Ambil dua biji durian dan rasa mana satu lebih ringan. Buah durian yang lebih ringan mempunyai lebih banyak isi. Buah durian yang lebih berat pula berkemungkinan besar masih mentah atau isinya terlalu berai...

Kisah Menarik Tok Ku Paloh

Image
Siapakah Tok Ku Paloh dan apa yang anda perlu tahu tentang beliau? Latar Belakang Nama penuh beliau ialah Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad al-Aidrus. Beliau lebih dikenali sebagai Tok Ku Paloh. Gelaran lain beliau ialah Engku Sayyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu. Beliau lahir pada tahun 1233 Hijrah bersamaan dengan 1817 Masihi dan meninggal dunia pada bulan Zulhijjah 1335 Hijrah bersamaan dengan September 1917 Masihi. Ayahanda beliau ialah Sayyid Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin al-Aidrus atau dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar di Terengganu. Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus yang dikenali sebagai Engku Sayyid Seri Perdana, Sayyid Ahmad al-Aidrus yang dikenali sebagai Tok Ku Tuan Ngah Seberang Baruh dan Sayyid Mustafa al-Aidrus yang dikenali sebagai Tok Ku Tuan Dalam, Tuan Embung Abu Bakar yang dikenali sebagai Tuan Embung Solok atau Tok Ku Tuan Kecik dan Tuan Nik (Senik). Tok Ku Paloh ial...

Kleptocracy (Kleptokrasi) Sangat Bahaya Kepada Rakyat

Image
Apa akibat Kleptokrasi? Segala khazanah atau kekayaan negara dibazirkan oleh penguasa atau pemimpin demi kepentingan dirinya. Seandainya pemimpin-pemimpin yang tidak amanah berjaya diturunkan dari tampuk pemerintahan, mereka sudah mempunyai banyak duit di akaun bank, tanah, rumah dan lain-lain di luar negara hasil daripada sumber kekayaan negara. Sesebuah negara yang maju boleh jadi mundur dan menghadapi kegawatan ekonomi disebabkan kleptokrasi. Selain itu negara yang ada masalah kleptokrasi juga bakal berdepan dengan hutang yang semakin meningkat. Negara yang hutangnya sangat tinggi berkemungkinan akan diambil kesempatan oleh negara lain yang memberi pinjaman. Apa itu Kleptokrasi? Kleptokrasi atau Kleptocracy berasal dari bahasa Yunani Purba κλέπτης kléptēs bermaksud "pencuri", κλέπτω kléptō bermaksud "saya mencuri" dan -κρατία -kratía daripada κράτος krátos bermaksud "kuasa" merujuk kepada sebuah pemerintah yang dipimpin ahli-ahli korup...

Perkara yang Patut Anda Tahu Pasal Coronavirus

Image
Apa itu Coronavirus? Coronavirus adalah kumpulan virus yang menyebabkan penyakit terhadap mamalia. Nama "coronavirus" berasal dari bahasa Latin corona dan Greek κορώνη (korṓnē, "garland, wreath"), yang bermaksud mahkota atau halo. Kesan virus ini agak berbeza pada manusia atau haiwan. Elektron micrograf Coronavirus virion. Contohnya manusia, virus ini menyebabkan jangkitan pernafasan yang kurang merbahaya pada tahap awal tetapi dalam kes yang jarang berlaku, boleh menyebabkan kematian. Sekiranya virus ini menjangkiti lembu atau babi, boleh menyebabkan cirit-birit. Jika Coronavirus ada pada ayam, ia boleh menyebabkan penyakit pernafasan. Ada tujuh jenis Coronavirus iaitu : Human coronavirus 229E (HCoV-229E). Human coronavirus OC43 (HCoV-OC43). SARS-CoV. Human coronavirus NL63 (HCoV-NL63, New Haven coronavirus). Human coronavirus HKU1. Middle East respiratory syndrome coronavirus (MERS-CoV), sebelum ini dikenali sebagai novel coronavirus 201...

Perkara Yang Anda Patut Tahu Pasal 5G

Image
APAKAH itu teknologi 5G? 5G merupakan teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima. Teknologi ini merupakan lanjutan daripada generasi sebelumnya daripada 1G ke 4G. Akan tetapi teknologi 5G mempunyai keupayaan yang nyata berbeza berbanding teknologi sebelumnya. 5G di Langkawi - Astro Awani. Pada zaman teknologi 1G dan 2G, sambungan dibuat bagi tujuan menyampaikan perkhidmatan suara, diikuti dengan 3G untuk sambungan data mudah alih manakala teknologi 4G dibangunkan untuk internet mudah alih. Teknologi 5G pula mempunyai keupayaan untuk mengubah fungsi teknologi mudah alih kepada masyarakat. Adakah ia mempunyai kelajuan yang tinggi semata-mata? Keupayaan teknologi 5G ini bukan sahaja mampu memberikan pengalaman internet berkelajuan tinggi pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding teknologi 4G, ia juga datang dengan sambungan yang lebih berkualiti. Berdasarkan demonstrasi yang dibuat TM di Langkawi, kadar kelajuan maksimum yang berjaya dicapai mencatatkan ...