Sejarah Hashtag #MESTIBACA
Penggunaan simbol '#' atau disebut hashtag semakin popular sejak tahun 2013 atau 2014. Akan tetapi adakah anda tahu simbol '#' dah wujud sejak abad ke-12?
# = hashtag |
Sejarah Hashtag
Abad ke-12
'#' digunakan dalam nota muzik. Ia digunakan untuk menaikkan tone atau 'pitch' dalam muzik. Pada masa ini '#' dikenali sebagai 'Sharp'.
Abad ke-14
Singkatan lb untuk libra masuk ke dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Penggunaan singkatan lb dalam Bahasa Inggeris ditambah dengan satu garisan menjadikannya seperti ini :
Lama-kelamaan simbol atau singkatan tersebut ditukar kepada '#'. Pada ketika ini simbol '#' dipanggil 'Pound'.
1870
Emile Baudot merupakan jurutera bangsa Perancis telah mencipta abjad telegraf yang pertama. Dalam versi British Post Office, 11011 ialah '£' tetapi dalam versi Amerika ialah '#'. Simbol '£' dan '#' disebut 'PoundSign' pada ketika ini.
Pertengahan abad ke-20
Digunakan dalam permainan 'Chess' atau dikenali sebagai catur dalam Bahasa Melayu. Simbol '#' pada ketika ini bermaksud 'CheckMate'.
1960
Para saintis Bell Labs tambah simbol '#' di kekunci telefon. Ia digunakan untuk operating system telefon. Pada masa ini simbol '#' disebut Octothorpe.
2000
Simbol '#' digunakan dalam IRC (Internet Relay Chat). Ia digunakan untuk namakan/labelkan group atau topic chat di IRC.
23 Ogos 2007
Chris Messina (factoryjoe) mencadangkan penggunaan '#' melalui akaun twitter miliknya :
"How do you feel about using # (pound) for groups. As in #barcamp (msg)?"
1 Jun 2009
Twitter jadikan semua perkataan yang didahului dengan simbol '#' sebagai hyperlink. Simbol '#' mula dikenali sebagai hashtag.
September 2012
Google memperkenalkan '#' sebagai hashtag di Google Plus. (Google Plus ditamatkan perkhidmatannya pada 2 April 2019).
Jun 2013
Facebook juga memperkenalkan '#' sebagai hashtag.
2014 sehingga kini
Penggunaannya semakin meluas. Sampaikan di Instagram, blog, Youtube dan lain-lain pun dah gunakan simbol '#'.

Source
Comments
Post a Comment