Perkara Yang Anda Patut Tahu Pasal 5G
APAKAH itu teknologi 5G?
5G merupakan teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima.
Teknologi ini merupakan lanjutan daripada generasi sebelumnya daripada 1G ke 4G.
Akan tetapi teknologi 5G mempunyai keupayaan yang nyata berbeza berbanding teknologi sebelumnya.
5G di Langkawi - Astro Awani. |
Pada zaman teknologi 1G dan 2G, sambungan dibuat bagi tujuan menyampaikan perkhidmatan suara, diikuti dengan 3G untuk sambungan data mudah alih manakala teknologi 4G dibangunkan untuk internet mudah alih.
Teknologi 5G pula mempunyai keupayaan untuk mengubah fungsi teknologi mudah alih kepada masyarakat.
Adakah ia mempunyai kelajuan yang tinggi semata-mata?
Keupayaan teknologi 5G ini bukan sahaja mampu memberikan pengalaman internet berkelajuan tinggi pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding teknologi 4G, ia juga datang dengan sambungan yang lebih berkualiti.
Berdasarkan demonstrasi yang dibuat TM di Langkawi, kadar kelajuan maksimum yang berjaya dicapai mencatatkan lebih 1.5GB sesaat untuk muat turun data.
5G speedtest : 1111.17Mbps - Astro Awani. |
Ini bermakna anda hanya perlu beberapa saat untuk menyiapkan muat turun filem kegemaran anda pada kualiti HD.
Kalau sebelum ini contohnya 4G, kadar lengahan (atau lebih dikenali sebagai latency) pada sekitar 20 ms (milisaat) tetapi melalui teknologi 5G, kadar lengahan (ping latency) ini menjadi sangat minimum iaitu sekitar 1 ms (milisaat). Itu pun, seandainya ping 4G di Malaysia di bawah 35ms dah dianggap OK.
Kadar ping yang sangat rendah membolehkan pengguna internet menikmati kelajuannya tanpa tersangkut-sangkut. Contohnya kalau nak main game PUBG (Players Unknown Battle Ground) atau MLBB (Mobile Legend Bang Bang), tiada masalah lagging atau pergerakan karakter jadi lembab/stuck. Game jadi smooth je asalkan telefon yang anda gunakan boleh support grafik game tersebut.
Selain itu, teknologi ini juga mampu menghubungkan sejuta peranti pada keluasan satu kilometer persegi berbanding teknologi LTE yang hanya mampu menghubungkan 1,000 peranti dalam keluasan sama.
Lebih mudah, tiga sifat utama 5G ialah :
- Kelajuan yang tinggi.
- Kadar ping (lengahan) yang rendah (1milisaat).
- Mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1 km persegi.
Apa pentingnya sambungan internet yang cekap?
Kecekapan sambungan internet mudah alih menerusi 5G menjadikan kadar penggunaan tenaga lebih rendah pada peranti.
Maksudnya, penggunaan bateri lebih jimat dan peranti boleh tahan lebih lama.
Malah, kapasiti internet yang tinggi pada 5G juga mampu menampung peningkatan kadar sambungan internet pada peranti seiring dengan permintaan yang dipacu oleh internet benda (IoT).
Kenapa perlu 5G ? 4G pun belum lengkap di Malaysia...
Sehingga Oktober 2019, kadar penembusan rangkaian 4G di Malaysia berada pada tahap 82.2 peratus.
Bermula Oktober 2019, TM memulakan pembangunan infrastruktur 5G di Subang Jaya dan kemudian diikuti dengan 11 kes penggunaan yang dilakukan di Pulau Langkawi di bawah Projek Pembangunan 5G (5GDP).
Sebagai langkah memastikan Malaysia berada ‘kebal masa depan’, adaptasi teknologi 5G bakal melengkapkan kesalinghubungan sambungan sedia ada malah mempercepatkan proses pembangunan ekosistem digital di Malaysia.
Hal ini kerana teknologi 5G yang telah diuji di Langkawi berupaya untuk memberi liputan yang lengkap di semua kawasan (bandar atau luar bandar) dengan kos yang lebih cekap.
Sebagai analoginya, ketika ini anda sedang guna Samsung S8. Adakah perlu untuk anda beli Samsung S9 dan Samsung S10 terlebih dahulu sebelum naik beli Samsung S11?
Jawapannya tidak kerana dengan membeli Samsung S11, ia sudah memenuhi keperluan teknologi semasa seperti yang ada pada Samsung S8, S9 dan S10 malah melengkapkan keperluan teknologi terkini seperti yang ditawarkan Samsung S11.
5G akan mentransformasi teknologi sedia ada
Setakat ini, teknologi mudah alih telekom tidak diklasifikasikan sebagai “teknologi kegunaan umum” seperti teknologi elektrik, internet mahupun teknologi enjin pembakaran dalaman.
Kesemua teknologi kegunaan umum ini telah banyak mengubah gaya hidup manusia dan cara perniagaan dijalankan.
Namun, dengan kehadiran teknologi generasi kelima (5G), ia berpotensi besar untuk merancakkan komunikasi mudah alih melalui inovasi di samping mewujudkan industri baharu yang membawa manfaat besar kepada keseluruhan ekonomi negara.
Ini bermakna kewujudan 5G berpotensi tinggi dalam meningkatkan lagi penggunaan simkad dan telefon pintar yang boleh menerima rangkaian 5G. Melalui penambahbaikan teknologi, rakyat Malaysia menjadi semakin celik IT atau semakin kuat main game atau lain-lain.
Source
Comments
Post a Comment