Perkara yang Patut Anda Tahu Pasal Coronavirus

Apa itu Coronavirus?

Coronavirus adalah kumpulan virus yang menyebabkan penyakit terhadap mamalia. Nama "coronavirus" berasal dari bahasa Latin corona dan Greek κορώνη (korṓnē, "garland, wreath"), yang bermaksud mahkota atau halo. Kesan virus ini agak berbeza pada manusia atau haiwan.

Elektron micrograf Coronavirus virion.
Contohnya manusia, virus ini menyebabkan jangkitan pernafasan yang kurang merbahaya pada tahap awal tetapi dalam kes yang jarang berlaku, boleh menyebabkan kematian. Sekiranya virus ini menjangkiti lembu atau babi, boleh menyebabkan cirit-birit. Jika Coronavirus ada pada ayam, ia boleh menyebabkan penyakit pernafasan.

Ada tujuh jenis Coronavirus iaitu :
  1. Human coronavirus 229E (HCoV-229E).
  2. Human coronavirus OC43 (HCoV-OC43).
  3. SARS-CoV.
  4. Human coronavirus NL63 (HCoV-NL63, New Haven coronavirus).
  5. Human coronavirus HKU1.
  6. Middle East respiratory syndrome coronavirus (MERS-CoV), sebelum ini dikenali sebagai novel coronavirus 2012 dan HCoV-EMC.
  7. Novel coronavirus (2019-nCoV) juga dikenali sebagai Wuhan pneumonia atau Wuhan coronavirus. 'Novel' bermaksud baru ditemui.

Kita sedia maklum Coronavirus ke-tujuh yang paling dikenali di seluruh dunia. Buat masa ini sudah beberapa orang rakyat China yang datang ke Malaysia didapati positif Coronavirus.

Pada hari Sabtu 25 Januari 2020, tiga orang dari Wuhan, China didapati positif 2019-nCoV. Mereka datang dari China pergi ke Singapura kemudian nak masuk Malaysia pula.

Pada hari Ahad 26 Januari 2020, seorang lagi dari China didapati positif Novel Coronavirus. Jumlah ini tak mustahil meningkat selagi Malaysia masih membenarkan rakyat China datang. Tidak mustahil jika ada orang tempatan pula yang dijangkiti Novel Coronavirus jika keadaan ini diteruskan.

Menurut KKM, pesakit nCoV keempat tiada kaitan dengan 3 pesakit nCoV baru-baru ini.
Kerajaan China dah kuarantin Wuhan. Maknanya orang dalam tak boleh keluar dari Wuhan dan orang luar tak boleh masuk Wuhan. Setakat ini 2700 orang dari China didapati positif Novel Coronavirus. 80 orang di China pula dilaporkan mati akibat dijangkiti virus tersebut.

Kuarantin di Wuhan.
Tiada vaksin atau ubat antivirus yang diluluskan secara rasmi untuk pencegahan atau rawatan buat masa artikel blog ini dibuat.

Update 28 Januari 2020
Kes positif Novel Coronavirus di China meningkat kepada 4428 orang. Angka kematian akibat Novel Coronavirus terkini ialah 106 orang di China.

Update 31 Januari 2020
Kes positif Novel Coronavirus di China meningkat kepada 9809 orang. Angka kematian akibat Novel Coronavirus terkini ialah 213 orang di China.

Update 3 Febuari 2020
China - 14,380 positif 2019-nCoV, 304 mati.

Update 3 Febuari 2020
24,324 orang diserang Coronavirus dan 490 orang telah dilaporkan mati di China.

Update 3 Febuari 2020
18 orang didapati positif 2019-nCoV di Malaysia.

Cara Terbaik Menghadapi Novel Coronavirus
Untuk berdepan dengan situasi ni, marilah kira ikut pesan Rasulullah S.A.W.

Baginda bersabda yang bermaksud:

"Penyakit taun adalah suatu peringatan dari Allah SWT untuk menguji hamba-hamba-Nya dari kalangan manusia. Maka apabila kamu mendengar penyakit itu berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu masuk ke negeri itu. Dan apabila wabak itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, jangan pula kamu lari daripadanya."

(Muslim, Sahih Muslim. Kitab al-salam, Bab al-ta‘un wa al-tirah wa al-kahanah wa nahwaha).

Wallahua'lam.

Source
Wiki Coronavirus
What is Virion?
Tiga Pelancong China Positif Coronovirus (2019-nCoV) di Malaysia
Kes keempat positif Koronavirus dikesan di Malaysia
Coronavirus Wuhan and Hubei in China.
Hadis berdepan masalah wabak atau taun (PDF)
Coronavirus latest updates China says death toll-rises
China Coronavirus deaths infections latest updates
China Coronavirus Outbreak Latest Updates
18th person diagnosed with Novel Coronavirus in Malaysia

Comments

  1. ada hikmahnya Allah turunkan bala bencana ,supaya kita ingat kepada PeciptaNya

    ReplyDelete
  2. Wabak yang memberi kebimbangan seluruh umat manusia di dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang merisaukan sampai Malaysia dah sekat kemasukan rakyat China.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Siapakah Sarjan Hassan yang Sebenar?

Kalaulah Aku Owner TM Unifi..

Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita?