8 Tips Pilih & Beli Durian Yang Sedap

Kalau makan di tempat jual durian, tak perlulah bersusah-payah guna tips yang saya kongsikan ini. Sebab kalau terkena durian yang masam atau tak sedap boleh terus minta penjual durian tukar yang lain.


8 tips pilih durian terbaik ini sangat sesuai untuk anda kalau nak beli dan bawa balik.

1. Tangkai

Pastikan tangkainya kelihatan 'bergigi'. Kalau tangkai 'licin' bermakna durian belum masak dan berkemungkinan  juga ia dipetik atau gugur disebabkan ribut yang melanda.

Anda boleh gunakan kuku anda untuk cungkil sedikit bahagian kulit tangkai. Kalau kulit tangkai tebal, isinya pun tebal. Kalau bahagian dalam kulit tangkai berwarna kuning maka isi di dalam durian juga kuning.

2. Berat

Buah durian yang lebih berat tidak bermaksud isinya banyak. Ambil dua biji durian dan rasa mana satu lebih ringan. Buah durian yang lebih ringan mempunyai lebih banyak isi.

Buah durian yang lebih berat pula berkemungkinan besar masih mentah atau isinya terlalu berair.

3. Goncang

Ambil sebiji durian dan goncangkan berdekatan dengan telinga (hati-hati buat teknik ni supaya telinga tak cedera). Jika terdengar bunyi goncangan dalam durian bermakna isi buahnya kering dan sudah masak ranum. Jika buah durian yang digoncang tersebut tidak mengeluarkan apa-apa bunyi, berkemungkinan isinya masih mentah.

4. Bentuk

Pilih durian yang bentuknya bulat atau seakan-akan bulat. Apabila bentuk buah tersebut 'bulat' berkemungkinan besar ada banyak isi.

Jika durian jenis yang lonjong maka pastikan bahagian pangsa buahnya kembong kerana berkemungkinan besar isi di dalamnya banyak dan kelihatan seperti kucing tidur.

5. Kulit

Bagi buah durian yang durinya besar dan jarang biasanya mempunyai isi yang tebal. Kalau nak guna teknik ini, penglihatan mesti peka supaya mudah membuat perbandingan.

6. Tepuk

Tepuk-tepuk manja kulit buah durian dengan tangan dan pastikan tangan tidak luka akibat durinya yang tajam. Kalau boleh gunakan parang atau benda lain yang sesuai untuk dengar bunyinya.

Kalau berbunyi 'buk-buk' bermakna durian tu dah masak. Kalau bunyinya macam pantul cepat seperti bunyi 'kedepek' maknanya durian tu mengkal. Buah durian yang masak mempunyai ruang udara dalam pangsa, jadi kita boleh dengar goncangan isi 'buk-buk' di dalamnya.

Di Thailand ada alat khas untuk mengenali kematangan buah durian.


APKD (Alat Pengesan Kematangan Durian) dibuat dari batang rotan sepanjang 30 - 40 cm dengan bahagian hujungnya dimasukkan getah putih sepanjang 5 -10 cm. Plastik padat setebal 3 - 4 mm berwarna jernih pula dimasukkan di hujung rotan dengan kuat.

7. Lihat Juring atau Tampok


Pilih buah durian yang ada tampuk 5 di bahagian bawahnya. Kalau ada 6 atau lebih, jangan ambil sebab isinya berkemungkinan besar tidak banyak. Pastikan juring atau tampuk durian kelihatan jelas sampai ke sisi kulit durian.

8. Hidu Bau

Ambil durian dan dekatkan di hidung anda untuk menghidu baunya tetapi jangan sampai hidung terluka akibat tercucuk duri. Kalau baunya harum dan manis bermakna aurian tu dah masak ranum. Kalau berbau busuk maknanya durian itu sudah rosak atau ada ulat di dalamnya.

Kalau tiada bau berkemungkinan buah durian itu dah masuk angin atau mengkal. Seandainya hidung anda tidak peka dengan bau, teknik ini tidak menjadi.

Semoga bermanfaat!

Kalau nak beli durian biar berbaloi dengan harganya.

Source
Ciri-ciri buah durian berkualiti

Alat pengesan kematangan buah durian

Comments

Popular posts from this blog

Siapakah Sarjan Hassan yang Sebenar?

Kalaulah Aku Owner TM Unifi..

Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita?