Kleptocracy (Kleptokrasi) Sangat Bahaya Kepada Rakyat

Apa akibat Kleptokrasi?

Segala khazanah atau kekayaan negara dibazirkan oleh penguasa atau pemimpin demi kepentingan dirinya. Seandainya pemimpin-pemimpin yang tidak amanah berjaya diturunkan dari tampuk pemerintahan, mereka sudah mempunyai banyak duit di akaun bank, tanah, rumah dan lain-lain di luar negara hasil daripada sumber kekayaan negara. Sesebuah negara yang maju boleh jadi mundur dan menghadapi kegawatan ekonomi disebabkan kleptokrasi.


Selain itu negara yang ada masalah kleptokrasi juga bakal berdepan dengan hutang yang semakin meningkat. Negara yang hutangnya sangat tinggi berkemungkinan akan diambil kesempatan oleh negara lain yang memberi pinjaman.


Apa itu Kleptokrasi?


Kleptokrasi atau Kleptocracy berasal dari bahasa Yunani Purba κλέπτης kléptēs bermaksud "pencuri", κλέπτω kléptō bermaksud "saya mencuri" dan -κρατία -kratía daripada κράτος krátos bermaksud "kuasa" merujuk kepada sebuah pemerintah yang dipimpin ahli-ahli korup yang menyalahgunakan kuasa mereka terhadap rakyat dan sumber negara agar dapat menambahkan kekayaan dan tampuk kekuasaan mereka sendiri. Sistem sebegini biasanya melibatkan penyelewengan simpanan negara sehingga menyusahkan rakyat.

Source
Kleptokrasi

Comments

Popular posts from this blog

Siapakah Sarjan Hassan yang Sebenar?

Kalaulah Aku Owner TM Unifi..

Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita?