Posts

Maula pandai 3 Bahasa

Image
Masa Maula Muhammad Amin al-Idrisi al-Hasani datang ke Malaysia, ada je puak-puak yang menghina dan melontarkan fitnah terhadap beliau. Maula Muhammad kata golongan yang tak percaya dia keturunan Rasulullah tu sayangkan agama. Tinggi akhlak Maula. Semoga tiada lagi fitnah terhadap Maula Muhammad Amin. Dalam topik kali ni aku nak share video Maula Muhammad pandai dalam tiga bahasa. Bahasa Arab, English dan France. Tak salah kalau kita nak berselawat beramai-ramai. Tak salah kalau kita nak menziarahi kubur. Boleh ingatkan kita pada kematian. Semoga aku dan pembaca-pembaca blog aku diberikan hidayah.

Merdeka?

Image
Secara ringkasnya maksud merdeka ialah bebas. Kalau sebut Malaysia sudah merdeka maknanya Malaysia sudah bebas. Merdeka! Bebas dari apa? Bebas dari penjajahlah. Dulu orang dari luar negara contohnya British dan Jepun datang ke Tanah Melayu sebagai penjajah. Sekarang dorang datang sebagai pelancong. Ada juga yang datang atas urusan kerja dan lain-lain asalkan bukan untuk menjajah lagi.  Kalau nak cerita pasal bebas ni adakah bermakna bebas melakukan apa sahaja tak kira buat baik atau buat jahat? Kalau orang tu bebas buat apa sahaja termasuk perkara-perkara jahat seperti mencuri, merompak, membunuh dan lain-lain jenayah tu bukan bebas namanya. Itu namanya masih di"jajah" nafsu. Mungkin ada orang rasa kalau tak dapat buat dosa dengan sewenang-wenangnya itu belum bebas. Golongan orang macam ni rasa terkongkong bila asyik nak kena buat perkara baik je. Terus-teranglah golongan yang suka menganiaya orang lain ni suka tak kalau diri dorang sendiri dianiaya juga? Seronok tak kalau do...

Boleh Percaya Ke Kawan Baik?

Image
Kawan baik. Korang ada kawan baik? Kawan baik lebih 10 tahun ada? Aku bagi satu cerita sebagai contoh. Mira dengan Shiela berkawan baik sejak sekolah rendah. Setiap kali Mira ada masalah, dia akan kongsikan masalahnya dengan Shiela. Dari sekolah rendah sampailah habis sekolah menengah, Mira dan Sheila tetap berkawan baik. Selepas tamat zaman persekolahan, Mira dan Shiela bekerja di sebuah restaurant yang sama. Setelah 3 bulan bekerja, Shiela ajak Mira join TikTok. Shiela : Mira, kau belum ada TikTok lagi ke? Mira : Takde, kenapa? Shiela : Kalau kau ada TikTok nanti kau follow aku, aku follow kau balik. Mira : Best ke ada TikTok? Shiela : Kau install je dulu nanti kau tahulah. Mira pun download app TikTok dari Google Play Store. Sejak Mira ada TikTok, followers dia semakin bertambah malah lebih banyak dari followers Shiela. Pada hal masing-masing upload video pasal produk kosmetik yang dorang sendiri beli. Sekali-sekala ada jugalah dorang upload video lawak atau menari sebab nak ikut tr...

Raya Aidilfitri Tahun 2022 bukannya tiba-tiba seperti yang digembar-gemburkan netizen

Image
Adakah korang termasuk golongan yang terkejut sebab Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah tak ikut kalendar? Seandainya korang rasa terkejut, rasa macam tiba-tiba atau macam kena kejutan budaya atau culture shock maknanya korang tak pernah tengok anak bulan sebelum ni. Aku pun macam tu juga masa dulu. Raya ikut kalendar, tak tengok anak bulan pun. Anak bulan. Tahun 2010 kalau tak silap, barulah aku cuba berpuasa dan beraya ikut anak bulan. Family aku pun ikut juga tengok anak bulan. Tempat tengok anak bulan di Sabah antaranya di Kampung Kuala, Papar. Keluar rumah dongak je sikit kepala dah boleh nampak anak bulan. Kalau tak nampak maknanya esok belum masuk bulan Ramadhan atau Syawal. Tengok anak bulan untuk nak tahu dah masuk bulan Ramadhan atau Syawal ni ikut cara Rasulullah. Kalau tak percaya, cuba baca maksud hadis ini : "Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan dan berbukalah (berhari raya) sekiranya melihat anak bulan. Sekiranya mendung, maka sempurnakanlah 30 hari Syaaban,” (h...

Siapa Nostradamus?

Image
Siapa tak kenal Nostradamus si tukang tilik atau peramal masa depan? Siapakah Nostradamus? Dalam topik kali ini aku nak share info pasal Nostradamus. Kehidupan Awal Michel de Nostradame dilahirkan pada 14 Disember 1503. Ada yang berpendapat dia dilahirkan pada 21 Disember 1503. Tempat kelahirannya di Saint-Remy-de-Provence, France. Buku Biography Nostradamus yang ditulis oleh Edgar Leoni. Ibunya bernama Reyniere de St-Remy dan ayahnya pula bernama Jaume de Nostradame. Ayahnya merupakan seorang peniaga bijirin dan bekerja sambilan sebagai notary keturunan Yahudi. Tugas notary ialah menjadi saksi untuk perjanjian dalam hak milik hartanah dan memeriksa kesahihan surat perjanjian atau dokumen-dokumen tertentu. Adik-beradik Michel de Nostradame ada 9 orang. Kisah hidup bersama adik-beradiknya sewaktu kecil tidak banyak dikongsikan. Datuk Nostradame iaitu Guy Gassonet telah menganut agama Kristian Catholic kira-kira 50 tahun lebih awal sebelum kelahiran Michel de Notradame. Tujuan datuk dia ...

Scammer Guna Nama Celcom

Image
Hari tu aku terima whatsapp kononnya dari Celcom. Aku sempat screenshot sebelum report kat Whatsapp. Scammer guna nama Celcom. Kalau korang perasan nombor sender bermula dengan +62. Nombor dari mana tu? Aku tak pernah main loteri tiba-tiba menang loteri RM5700? Terus aku tahu ini memang scam. Silah layari webs resmi? Tengok url guna bit.ly terus aku tak nak click. Nombor sender whatsapp aku tak sempat save sebelum report tapi kat screenshot tu ada nombor 01125316742. Kalau korang ada terima whatsapp macam tu, baik korang report atau block je.

Mamat Khalid Meninggal Dunia

Image
Penerbit dan Pengarah, Mamat Khalid meninggal dunia di Hospital Slim River pada pukul 12.30 pagi, tarikh 24 Oktober 2021. Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan, Hafiz Nafiah. Arwah Mamat Khalid. Hafiz mengatakan bahawa Arwah Mamat Khalid jatuh pengsan di restorannya Sarang Art Hub sebelum dibawa ke hospital. Menurut Hafiz lagi, Arwah bakal dikebumikan di Ipoh pada hari Ahad, 24 Oktober 2021. Arwah Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad bin Mohamad Khalid dilahirkan pada 6 April 1963. Arwah telah menghembuskan nyawa pada usia 58 tahun dan meninggalkan isterinya Hasmah Hassan serta lima orang anak. Sebelum ini, arwah pernah dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas pada bulan Oktober 2019. Arwah Mamat Khalid cukup terkenal dengan filem-filem komedi seperti Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, 16 Puasa dan Hantu Kak Limah. Arwah Mamat Khalid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh, Ipoh, Perak pada pukul 2.20 petang hari Ahad 24 Okt...

Hang Tuah di India?

Image
Sebelum buat keputusan perkara ini benar atau palsu, sila tengok video ni dulu. Dah tengok habis video tu? OK, sila bagi pendapat anda pasal Hang Tuah.

Dipukul sebab Menghina

Image
 Kejadian ni berlaku di Singapura. Orang Cina tu bising-bising hina perempuan India. Sekali suami India tu datang terus pukul orang Cina tu. Suami mana tahan bila isteri dia dihina? Takkan nak diam je. Nanti naik lemaklah orang yang menghina tu. Bila lelaki Cina tu kena belasah, mana ada orang tolong. Sebab memang salah orang Cina tu. Video ni jadi pengajaran kepada kita semua. Jangan sesuka hati nak hina orang lain. Jangan ingat perempuan sorang-sorang dan tak melawan tu boleh dihina. Mana tahu ada suami, abang atau bapak dia kat situ? Tak pasal-pasal kena belasah.

As-Sayyid Habib Nuh Al-Habsyi Rahimahullah 1788M – 1866M

Image
Nasab dan keturunan Nama penuh beliau ialah As-Sayyid Habib Nuh bin Muhammad Al-Habsyi. Beliau yang datang dari Kedah adalah merupakan seorang yang berbangsa arab berasal dari Yaman dan asal-usul keturunan beliau juga adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w. menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Makam Habib Nuh. Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang kehidupan awal Habib Nuh. Beliau yang hidup sekitar tahun 1788M – 1866M datang dari keluarga empat adik-beradik lelaki iaitu Habib Nuh, Habib Ariffin dan Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin yang meninggal di Daik, Indonesia. Dari perkahwinan beliau dengan Anchik Hamidah yang berasal dari Province Wellesley, Pulau Pinang, mereka dikurniakan hanya seorang anak perempuan bernama Sharifah Badaniah. Sharifah Badaniah kemudiannya berkahwin dengan Syed Mohamad bin Hassan Al-Shatri di Jelutong, Pulau Pinang. Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib Nuh hanya seorang cucu perempuan bernam...

Sejarah Rohingya

Image
Sejarah Rohingya dikatakan bermula dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan. Mereka mempunyai bahasa, budaya dan fizikal seperti orang Benggali. Rohingya merupakan kelompok minoriti Islam di Myanmar. Sebahagian besar orang Rohingya menetap di Arakan tetapi kini dikenali sebagai Rakhine terutamanya di sekitar Maungdaw, Buthidaung, Rathedaung, Sittwe dan Kyauktaw. Rakhine hari ini merupakan tumpuan utama orang Islam semenjak abad ke-8 masihi lagi. Nama lama bagi Rakhine iaitu Arakan dikatakan berasal daripada perkataan Arab “Arkan” yang bermaksud rukun-rukun. Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan laut menjadi tempat persinggahan pedagang Islam.  Pedagang Arab yang singgah di Arakan sebahagiannya berkahwin dengan masyarakat tempatan dan kemudiannya menetap di Arakan. Orang pertama yang dikatakan mengembangkan Islam di Arakan adalah Muhammad Ibn Hanifiya. Ini menyumbang kepada kepadatan penduduk Islam yang tinggi di Arakan. Berdasarkan perkembangan sejarah, Rohingya merupakan kacu...

Cara Betul Tanam Ubi Kayu

Image
Kalau nak dapatkan isi ubi kayu yang banyak, ikutlah cara pakcik ni tanam. Nak tahu cara-caranya. Tengok je video ni.. Ada bunyi ayam kokok masa pakcik tu tengah bercakap. Biasalah kawasan kampung kan? Siapa ada tanah kat belakang rumah bolehlah praktikkan cara-cara tanam pokok ubi ni.

Tak Mengaku Bangla Dalam Kes Pukul Orang

Image
Kejadian berlaku di Jalan Tebrau, Johor Bahru. Masa mula-mula tengok video orang gaduh ni tajuknya ada sebut Bangladesh. Korang tengoklah sendiri video ni. Tak tahulah aku apa kes dorang ni. Seorang ketuk guna batang besi dan yang sorang lagi terbaring/tertiarap tak dapat buat apa-apa. Petikan dari Berita Harian JOHOR BAHRU: Lelaki dicari polis berhubung kes pergaduhan di Jalan Tebrau, di sini, sudah ditahan kira-kira jam 7.20 malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata berdasarkan akuan lisan, suspek mendakwa diri adalah warga Iraq dan bukan Bangladesh sebagaimana dilaporkan sebelum ini. Beliau berkata, pemeriksaan mendapati suspek berusia 41 tahun yang diberkas di kaki lima hadapan premis di Taman Sri Tebrau itu tidak memiliki sebarang dokumen peribadi. "Polis turut merampas sebatang besi panjang dipercayai senjata digunakan untuk memukul mangsa dalam kes itu," katanya dalam satu kenyataan, di sini. Dalam i...

Lagu Sherry Show sama macam lagu TMNT?

Image
First time aku dengar lagu rancangan Sherry Show terus aku teringat kartun TMNT (Teenage Mutant Ninja Turtle). Kalau tak percaya boleh dengar sendiri lagu Sherry Show dalam blog ni. Try dengar 40 saat yang pertama je video ni. Lepas tu try dengar lagu kartun Teenage Mutant Ninja Turtle pulak. Mentang-mentang Sherry Alhadad berbadan "sihat", dorang boleh pulak buat lagu macam kartun Ninja Turtle. Tak pasal-pasal aku tengok Sherry Show terus teringat Ninja Turtle. Secara tak langsung Sherry Show dah promote kartun Ninja Turtle. Heroes in a half shell turtle power! P/s : Raphael the strongest Ninja Turtle.

Pegawai Gred 19 ada Rolls Royce Phantom?

Image
Tahu tak berapa harga pasaran Roll Royce Phantom? Di USA anggaran harganya USD450,000 iaitu RM1,841,625 (menurut currency exchange semasa). Di Malaysia anggaran harganya RM6,000,000. Enam juta!!! Tahu tak berapa gaji seorang pegawai gred 19? Dalam anggaran RM4,000 ke bawah. Kereta Rolls Royce Phantom yang dirampas oleh SPRM. Macam mana orang kerja gaji tak cecah RM5000 boleh beli kereta Rolls Royce Phantom bernilai RM6 juta? Ini kereta untuk orang multi millionaire beli tau. Kalau nak servis tukar parts kereta ni entah berapa puluh ribu habis. Orang kerja makan gaji ribu-riban tak terbeli kereta harga RM6 juta. Pegawai gred 19 atau kerani imigresen dapat banyak habuan dari agen-agen pekerja warga asing China. Dia dapat rasuah sebab buat setting counter di pintu utama negara. Apa itu counter setting? Counter-setting Two common ways was initiated (there are others ways) At a specific time of outbound flight, the illegal is to approach a specific counter to exit, the corrupted officer wil...

Filem Kontroversi Namewee bertajuk "Babi"

Image
Kalau korang kenal Namewee, korang mesti tau yang dia ni suka buat benda-benda yang kontroversi. Di antaranya pernah buat lagu bodoh berjudul "Negarakuku". Namewee, pembuat filem 'Babi'. Ada lagi benda bodoh lain yang Namewee dah buat. Cuma dalam topik kali ini aku nak kongsi pasal filem terbaru dia bertajuk 'Babi'. Poster Babi. Aku nampak di poster tu ada tulisan 'Melayu' kat bawah 'BABI'. Cuba tengok ni lepas kena zoom dekat. Bawah huruf I ada perkataan 'Melayu'. Kenapa tak letak je Cina? Kenapa mesti letak Melayu? Kat poster je dah timbul kontroversi. Kononnya nak bagi pendedahan moral kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum tapi kat poster pun dah racist. Sekarang tengok movie trailer 'Babi' yang diupload oleh Namewee : Info Movie Babi dari Namewee ‘Babi’ will be available in all Taiwan cinemas on November 20 onwards! The film is also scheduled to debut internationally at the ‘Taipei Golden Horse Film Festival’ on the 6 a...