Blog "Tajuk Bebas" mengandungi topik-topik bebas. Artikel kategori sejarah, tips, viral, jenayah, berita, agama dan lain-lain juga mungkin, akan, bakal ditambah ke dalam blog ini. Selamat membaca!
#topikbebas #tajukbebas #bebasperibadimu
Sejarah Rohingya dikatakan bermula dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan. Mereka mempunyai bahasa, budaya dan fizikal seperti orang Benggali.
Rohingya merupakan kelompok minoriti Islam di Myanmar. Sebahagian besar orang Rohingya menetap di Arakan tetapi kini dikenali sebagai Rakhine terutamanya di sekitar Maungdaw, Buthidaung, Rathedaung, Sittwe dan Kyauktaw. Rakhine hari ini merupakan tumpuan utama orang Islam semenjak abad ke-8 masihi lagi.
Nama lama bagi Rakhine iaitu Arakan dikatakan berasal daripada perkataan Arab “Arkan” yang bermaksud rukun-rukun. Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan laut menjadi tempat persinggahan pedagang Islam.
Pedagang Arab yang singgah di Arakan sebahagiannya berkahwin dengan masyarakat tempatan dan kemudiannya menetap di Arakan. Orang pertama yang dikatakan mengembangkan Islam di Arakan adalah Muhammad Ibn Hanifiya.
Ini menyumbang kepada kepadatan penduduk Islam yang tinggi di Arakan. Berdasarkan perkembangan sejarah, Rohingya merupakan kacukan daripada pelbagai bangsa termasuklah Arab, Parsi, Afghanistan mahupun dari Bengal dan Chittagong.
Jumlah penduduk Rohingya di Rakhine pula dikatakan 1.4 juta orang, mewakili separuh daripada jumlah penduduk Rakhine. Antara isu utama bagi umat Islam Rohingya adalah status mereka sebagai warganegara Myanmar.
Selama ini kita biasa dengar isu penindasan di Palestin, Syria, Iraq dan sebagainya. Namun isu Rohingya tenggelam timbul dan jarang mendapat perhatian media, mungkin kerana keterbatasan maklumat mengenai mereka.
Episod duka ke atas Rohingya berpanjangan sejak sekian lamanya kerana isu agama dan etnik minoriti. Ramai yang telah berhijrah ke negara lain demi menyelamatkan diri tetapi ada juga yang cedera dan kehilangan nyawa sebelum sempat melarikan diri.
Ketika zaman British, mereka diklasifikasikan Indo-Burman. Ketika Myanmar mencapai kemerdekaan pula, mereka dianggap sebagai bukan warganegara, padahal orang Rohingya dah beratus-ratus tahun mendiami Rakhine.
Pendek kata, status orang Rohingya sebagai minoriti yang terasing adalah merupakan sumbangan penjajahan British di Myanmar. Di Myanmar, terdapat 134 etnik antaranya Karen, Chin dan Mon. Namun, Rohingya tidak diiktiraf sebagai kumpulan dan etnik tersebut.
Kehilangan identiti masyarakat Rohingya berlaku apabila mereka melarikan diri ke Bangladesh pada tahun 1942 ketika berlaku perang etnik. Apabila mereka kembali semula ke Myanmar, dasar negara berubah. Akibatnya mereka tidak lagi diakui sebagai rakyat negara itu.
Mereka menjadi mangsa di negara sendiri. Ketika kerajaan Ne Win berkuasa, pihak tentera yang sedang berhadapan dengan pemberontakan komunis dan etnik menjadikan isu Rohingya sebagai isu yang tidak penting.
Nasib malang terus menimpa mereka apabila Citizenship Act of Burma (Undang-Undang Kewarganegaraan Burma) diperkenalkan pada tahun 1982. Akta ini diluluskan oleh Ne Win yang bertujuan mahu menghapuskan terus etnik Rohingya dari Myanmar.
Ini menyebabkan Kementerian Luar Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai sebahagian daripada kumpulan etnik di Myanmar.
PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) menyenaraikan Rohingya sebagai golongan masyarakat yang menerima penindasan paling teruk di dunia. Penduduk Muslim Arakan dibunuh dan dihapuskan secara besar-besaran sejak Burma menceroboh Arakan pada tahun 1784.
Mereka mahu menukar Arakan menjadi wilayah Buddha yang berpengaruh di Myanmar. Bahkan kira-kira 1.5 juta Muslim Rohingya dipaksa keluar dari tanah air mereka apabila junta tentera berkuasa sejak tahun 1962. Junta ialah majlis atau bentuk pemerintahan keaskaran (military).
Junta tentera menetapkan peraturan yang ketat kepada agama selain Buddha di Myanmar. Antara operasi yang dianggap paling kejam ke atas masyarakat Rohingya adalah Operasi Naga Min (King Dragon Operation) yang merupakan sebahagian daripada Pelan 20 Tahun Penghapusan Rohingya (The 20-year Rohingya Extermination Plan).
Operasi ini yang dimulakan pada 6 Feb 1978, secara umumnya bertujuan menangkap pendatang haram di Myanmar terutamanya dari China, Bangladesh, India dan Nepal. Namun tujuan yang terselindung di sebalik operasi ini adalah ke atas orang Rohingya yang sememangnya tiada pengenalan diri.
Orang Rohingya yang menyedari mereka menjadi sasaran bertindak menentang balas. Orang Rohingya yang bangkit cuba mempertahankan diri dianggap terrorist (pengganas) oleh Myanmar. Serang balas ini kemudiannya dijadikan alasan oleh pihak kerajaan untuk bertindak lebih kejam ke atas mereka.
Ketika operasi ini berkembang ke Buthidaung dan Maungdaw, beratus-ratus Muslim lelaki dan wanita dihumban ke dalam penjara. Ada yang diseksa dan dibunuh. Kekejaman ini menyebabkan sebahagian besar orang Rohingya lari meninggalkan kediaman masing-masing dan menjadi pelarian.
Pada 1991, kempen menghapuskan etnik orang Rohingya dilancarkan dengan kod nama “Pyi Thaya”. Dalam operasi ini, penyeksaan dan kezaliman ke atas orang Rohingya berterusan. Mereka ditangkap, dibunuh malah kaum wanitanya dirogol.
Pada 2001, ratusan masjid dimusnahkan. Banyak tempat-tempat tinggal orang Rohingya turut dirobohkan.
Bukan sahaja masjid malah madrasah dan sekolah agama juga diarahkan supaya dimusnahkan. Masjid dan madrasah yang masih belum dirobohkan akan ditutup secara paksa.
Mereka juga dihalang dari membina masjid baru mahupun membaik pulih masjid sedia ada. Ini menyebabkan banyak masjid dalam keadaan tidak terurus.
Kanak-kanak Rohingya turut terjejas. Mereka berdepan dengan diskriminasi berhubung pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkerjaan. Kanak-kanak yang lahir mesti didaftarkan dengan bayaran yang bertambah mahal sejak 2002.
Konflik membabitkan Rohingya dan Rakhine kembali meletus pada 2012. Khabar yang menyatakan kononnya seorang gadis Rakhine menjadi mangsa rogol oleh pemuda Rohingya menyebabkan penganut-penganut Buddha membalas dengan membunuh 10 orang penduduk Islam.
Lebih 1,000 orang terkorban dibunuh oleh puak Rakhine. Kira-kira 4,000 cedera, 10,000 hilang dan 115,000 hidup merana di khemah penempatan sementara. Malahan ratusan sami Buddha yang jahat berkumpul pada awal September 2012 dalam perarakan menyokong tindakan Presiden agar orang Rohingya dihantar keluar dari Myanmar.
Ini memberi kesan yang besar kepada orang Rohingya lebih-lebih lagi yang tidak mempunyai wang. Mereka juga menghadapi masalah kebuluran. Sebanyak 60% kanak-kanak Rohingya menderita kurang zat makanan sekaligus mendedahkan mereka kepada wabak penyakit dan menjejaskan pertumbuhan fizikal dan mental mereka.
Diskriminasi ke atas pendidikan kanak-kanak Rohingya menyebabkan ramai kanak-kanak buta huruf terutamanya di kawasan Rakhine Utara. Bahkan mereka juga dipaksa menjadi buruh untuk melakukan kerja-kerja berat.
Antara tragedi menyayat hati yang melanda umat Islam Rohingya adalah pembunuhan 400 orang awam pada bulan Oktober 2016. Lebih 430 buah kediaman di 3 buah kampung dibakar oleh tentera. Sekumpulan wanita dan kanak-kanak juga dilaporkan dikurung dan dibakar hidup-hidup di Yay Khae Chaung Kwa Sone.
30,000 orang menjadi pelarian di Rakhine. Tentera Myanmar juga dilaporkan menggunakan pelancar roket serta melepaskan tembakan daripada helikopter untuk membunuh penduduk Rohingya. Beberapa orang penduduk ditembak ketika cuba melarikan diri.
Bahkan ada antara penduduk yang dibakar hidup-hidup atas timbunan rumput kering. Ini jelas menunjukkan pihak tentera Myanmar memang mahu melakukan genosid iaitu pembunuhan beramai-ramai ke atas etnik Rohingya.
Sebahagian orang Rohingya yang berjaya melarikan diri sudah berada di Malaysia sejak kira-kira 20 tahun yang lalu. Anak-anak Rohingya memerlukan pendidikan sama seperti anak-anak lain di Malaysia malangnya mereka tidak dibenarkan bersekolah di sekolah kerajaan.
Kebanyakkan dari mereka tidak mendapat sebarang pendidikan formal namun harus mengharungi kehidupan seperti penduduk Malaysia. Tanpa pendidikan yang secukupnya mereka terdedah kepada pelbagai penipuan, kerugian, penyalahgunaan kuasa dan sindiket pemerdagangan manusia.
Video pelarian Rohingya dipindahkan ke pulau terpencil Bangladesh.
Antara naskhah yang membicarakan secara mendalam mengenai sejarah Rohingya dan masyarakatnya di Malaysia ialah tulisan Azlinariah Abdullah iaitu “Air Mata Kesengsaraan Rohingya: Identiti, Penindasan dan Pelarian”. Asalnya ia adalah hasil tesis penulis di peringkat Sarjana Sejarah Asia Tenggara (Myanmar) dan kemudiannya dibukukan.
Sama-sama kita doakan semoga Allah lindungi saudara-saudara Islam kita dari kezaliman puak-puak yang membenci Islam.
Pernah tengok cerita Sarjan Hassan arahan P.Ramlee? Watak utama yang bernama Sarjan Hassan ni benar-benar wujud menurut anak lelakinya Mohammad Muhsin Hassan, 55. "Sarjan Hassan yang digambarkan dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee memang wujud, cuma dia wira tidak didendang,” kata Mohamad Muhsin Hassan, anak kepada arwah Sarjan Hassan Othman yang pernah menentang komunis dan memperjuangkan kemerdekaan negara. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, watak Sarjan Hassan dalam cerita tu tak diceritakan sepenuhnya. Perkara ini diakui sendiri oleh anak perempuannya Noor Mazni, 55. Noor Mazni berkata, bapanya terdorong untuk menyertai tentera kerana dendam terhadap pengganas komunis yang membunuh ahli keluarga termasuk isteri dan datuk di depan matanya. “Bapa sanggup mengayuh basikal berbatu-batu jauhnya untuk belajar ilmu silat sebelum menyertai askar. Dia belajar dengan beberapa orang guru sebagai bekalan untuk membalas dendam terhadap kematian keluargany...
Dah berapa ramai orang pengguna Streamyx? Ya aku tahu dah banyak pengguna Streamyx diupgrade ke Unifi Lite 8 Mbps tapi itu pun bukan semua tempat dapat speed 8 Mbps. Harga sebulan RM69 tapi kena paksa langgan Unifi TV Pack. Kesian pengguna Unifi Lite terpaksa call atau jumpa terus di TM branch yang berdekatan. Tak boleh ke pengguna Unifi Lite tak dipaksa langgan Unifi TV Pack? Bila pelanggan daftar Unifi Lite RM69 maknanya takde bayar lebih untuk Unifi TV Pack. Jangan paksa pelanggan bayar servis tambahan yang dorang tak nak guna. Walaupun boleh cancel langganan Unifi TV Pack pada bulan berikutnya tapi dah menyusahkan pelanggan tahu tak? Harga RM69 tu belum lagi termasuk SST 6%. Duit cukai SST untuk TM telah ditanggung oleh pelanggan so janganlah susahkan pelanggan. Buat apa iklan berdegar-degar Unifi Free internet dari bulan Oktober sampai Disember 2019? Bukan semua tempat dapat Unifi. Kalau kawasan di apartment atau kondominium, jangan haraplah orang nak lang...
Kalau sebelum ni aku buat topik Kenapa Kita Tiru Luar Negara . Sekarang kita reverse topik. Negara luar pun ada yang tiru lagu kita. Ingat lagi lagu Meniti Hari oleh Amy Mastura? Lagu tahun 1994 tu. Videoklip dia keluar tahun 1996. Lagu dia kena tiru oleh Korea. Lagu OST untuk drama terkenal Full House lak tu. Tajuknya "Destiny" dinyanyikan oleh artis Korea bernama Why. Lagu Meniti Hari pada minit 2.00 dan ke atas ditiru oleh lagu Destiny. Lagu terkenal Amy Mastura pada tahun 1994 diciplak untuk drama Full House pada tahun 2004. Tiru tetap tiru walaupun tak tiru 100% dan takde saman-menyaman kecuali ada bukti menyatakan sebaliknya. Kalau nak sangat tahu pasal saman, teruskan baca. Ada sorang artis tanah air yang berjaya menang saman sebab lagu dia kena ciplak. Siapakah dia? Pernah dengar lagu Iwan berjudul "Yang Sedang Sedang Saja"? Jangan main-main lagu tu pernah kena ciplak jadi lagu hindustan. Lagu Yang Sedang Sedang Saja tu tahun 19...
Sedihnya bila saudara islam kita di tindas dgn kejam..semoga Allah s.w.t melindungi semua saudara islam kita yg d tindas d seluruh dunia..😢
ReplyDeleteMemang sedih tapi janji Allah itu pasti terjadi.
Delete