Blog "Tajuk Bebas" mengandungi topik-topik bebas. Artikel kategori sejarah, tips, viral, jenayah, berita, agama dan lain-lain juga mungkin, akan, bakal ditambah ke dalam blog ini. Selamat membaca!
#topikbebas #tajukbebas #bebasperibadimu
Siapa tak kenal Nostradamus si tukang tilik atau peramal masa depan?
Siapakah Nostradamus?
Dalam topik kali ini aku nak share info pasal Nostradamus.
Kehidupan Awal
Michel de Nostradame dilahirkan pada 14 Disember 1503. Ada yang berpendapat dia dilahirkan pada 21 Disember 1503. Tempat kelahirannya di Saint-Remy-de-Provence, France.
Buku Biography Nostradamus yang ditulis oleh Edgar Leoni.
Ibunya bernama Reyniere de St-Remy dan ayahnya pula bernama Jaume de Nostradame. Ayahnya merupakan seorang peniaga bijirin dan bekerja sambilan sebagai notary keturunan Yahudi. Tugas notary ialah menjadi saksi untuk perjanjian dalam hak milik hartanah dan memeriksa kesahihan surat perjanjian atau dokumen-dokumen tertentu.
Adik-beradik Michel de Nostradame ada 9 orang. Kisah hidup bersama adik-beradiknya sewaktu kecil tidak banyak dikongsikan.
Datuk Nostradame iaitu Guy Gassonet telah menganut agama Kristian Catholic kira-kira 50 tahun lebih awal sebelum kelahiran Michel de Notradame. Tujuan datuk dia masuk Katolik dan tukar nama keluarganya kepada Nostradame adalah untuk elak dari dizalimi oleh pihak Inquisition.
Inquisition ialah satu kumpulan atau organisasi yang ditubuhkan untuk menghukum orang-orang yang tidak menganut agama Kristian di seluruh Eropah dan Amerika. Bermula dari abad ke 12 hingga beberapa ratus tahun, Inquisition terkenal dengan kezalimannya menyeksa orang-orang beragama Islam dan kaum Yahudi.
Sewaktu kecil, Michel dibimbing oleh datuk sebelah emaknya iaitu Jean de St. Remy. Jean ajar cucunya Bahasa Latin, Bahasa Greek, Bahasa Hebrew dan Matematik. Selain itu Michel juga telah diajar oleh datuknya berkenaan tradisi Yahudi dan sains astrology.
Pendidikan
Pada usia 14 tahun, Nostradame telah memasuki University of Avignon untuk belajar bahagian perubatan. Setahun kemudian, dia terpaksa berhenti belajar disebabkan wabak Bubonic melanda di Eropah pada ketika itu.
Wabak Bubonic (Bubonic Plague) ialah virus yang datang dari gigitan kutu.
Nostradame telah mengembara ke kawasan-kawasan luar bandar untuk mengkaji herba-herba dan bekerja sebagai apothecary. Tugas apothecary ialah membuat formula atau buat ubat untuk dijual.
Pada tahun 1522, Notradame masuk University of Montpelier untuk habiskan pengajiannya dalam bahagian perubatan. Kadangkala dia meluahkan pendapatnya yang tidak puas hati dengan ajaran dari paderi-paderi Catholic yang menolak tanggapan astrology.
Ada beberapa laporan mengatakan pegawai-pegawai universiti telah menghentikan pembelajaran Notradame setelah mengetahui pengalamannya sebagai seorang apothecary. Secara jelas pihak university pada masa itu memandang negatif terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dengan "manual trade". (Manual perniagaan?).
Walau bagaimanapun, ada pendapat mengatakan Notradame tidak dibuang keluar oleh pihak universiti malah telah menerima lesen untuk mengamalkan perubatan pada tahun 1525. Pada ketika ini dia telah me"Latin"kan namanya dari Nostradame ke Nostradamus.
Menghadapi Wabak
Beberapa tahun kemudian, Nostradamus mengembara ke seluruh Perancis dan Italy untuk merawat pesakit-pesakit wabak. Masih belum ada kaedah rawatan yang tepat untuk menghadapi wabak pada masa ini.
Kebanyakan doktor pada masa ini menggunakan ubat yang dibuat dari merkuri, mengeluarkan darah pesakit dan memakaikan pesakit dengan jubah yang telah direndam bawang putih.
Nostradamus menggunakan kaedah yang berbeza untuk menangani wabak. Pesakit yang dirawatnya tidak perlu dikeluarkan darah tetapi perlu menjaga kebersihan. Selain itu dia menggalakkan penyingkiran mayat-mayat yang dijangkiti dari laluan-laluan di bandar.
Dia dikenali sebagsai orang yang membuat "rose pill" iaitu herba yang dibuat dari rosehip. Rosehip ialah herba yang kaya dengan vitamin C. "Rose pill" digunakan untuk merawat pesakit wabak pada tahap awal atau ringan.
Selain dari memberi "rose pill" kepada pesakitnya, Nostradamus menyuruh pesakitnya jaga kebersihan, jaga makan dan selalu hirup udara segar. Nostradamus menjadi semakin terkenal dengan kaedah rawatannya dan mendapat bantuan kewangan dari kebanyakan penduduk di Provence, France.
Pada tahun 1531, Nostradamus dijemput untuk bekerja dengan Julius Caesar Scaliger seorang cendekiawan di Agen, France. Di Agen, Nostramadus berkahwin dan beberapa tahun kemudian mempunyai dua orang anak.
Pada tahun 1534, isteri dan dua orang anak Nostradame telah mati berkemungkinan besar dijangkiti wabak. Mereka mati sewaktu Nostradame dalam misi perubatan di Italy. Tidak dapat selamatkan ahli keluarga sendiri telah menyebabkan Nostradamus dibenci oleh masyarakat termasuk Julius Caesar Scaliger.
Kuasa Psikik?
Pada tahun 1538, Nostradamus telah mengeluarkan kenyataan negatif atau kurang jelas mengenai patung berhala Virgin Mary. Nostradamus diarahkan untuk ke Church Inquisiton tetapi dia pilih untuk melarikan diri. Selama beberapa tahun dia mengembara ke Italy, Greece dan Turki.
Sewaktu dalam pengembaraannya di Italy, Nostradamus dipercayai telah mempunyai kuasa psikik. Kononnya dia telah berjumpa dengan sekumpulan sami Franciscan dan meramal bahawa seorang dari mereka yang bernama Felice Peretti akan menjadi Pope Sixtus V pada tahun 1585.
Setelah Nostradamus merasakan dirinya selamat dari Inquisition, dia kembali ke France untuk sambung kerja merawat pesakit-pesakit wabak.
Pada tahun 1547, dia menetap di Salon-de-Province dan berkahwin dengan seorang janda kaya bernama Anne Ponsarde. Mereka mempunyai 3 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan.
Pada ketika ini, Nostradamus telah menghasilkan dua buah buku sains perubatan. Satu buku terjemahan Galen, pakar perubatan Roman dan buku 'The Traite des Fardemens' iaitu buku cara buat ubat untuk merawat sakit wabak dan penyediaan kosmetik.
Selang beberapa tahun kemudian, Nostradamus mula beralih dari perubatan kepada ramalan.
Pada waktu malam, Nostradamus dipercayai akan menghabiskan masa beberapa jam dalam sebuah bilik di rumahnya untuk bermeditasi di hadapan mangkuk berisi air dan herba. Kononnya meditasi itu menyebabkan dia boleh melihat masa depan.
Pada tahun 1550, Nostradamus menulis buku ramalan pertamanya iaitu maklumat mengenai astrology dan ramalan-ramalan pada tahun yang akan datang. Penulisannya mendapat sambutan hangat di seluruh France.
Ramalan
Pada tahun 1554, Nostradamus kononnya mempunyai penglihatan masa depan yang semakin hebat. Rancangan dia ialah untuk membuat buku berjudul Centuries yang mempunyai 10 jilid, setiap jilid mengandungi 100 ramalan untuk menilik masa 2000 tahun akan datang.
Pada tahun 1555, Nostradamus menghasilkan buku bertajuk Les Prophesies. Disebabkan bimbang akan ditahan oleh pihak Inquisition, dia tulis dalam bentuk quatrains iaitu puisi berirama gaya barat 4 rangkap dan gabungan bahasa Greek, Italy, Latin dan Provencal (loghat bahasa Perancis Selatan).
Walaupun Nostradamus menulis buku ramalan tetapi dia mempunyai hubungan yang baik dengan pihak Gereja Roman Catholic. Selain itu dia juga tidak ditahan oleh pihak Inquisition sebab penulisannya tidak mengandungi amalan-amalan sihir.
Notradamus pernah menghadapi kecaman disebabkan membuat ramalan. Ada yang mengatakan dia adalah hamba syaitan dan ada juga yang mengatakan dia penipu atau gila. Namun dia tetap diminati oleh golongan elite di Eropah.
Catherine de Medici, isteri King Henri II of France, merupakan seorang peminat tegar Nostradamus. Selepas membaca buku ramalan Nostradamus berkenaan ancaman terhadap keluarganya, dia panggil Nostradamus datang mengadap di istana untuk memberikan laporan dan buat horoskop untuk anak-anaknya.
Beberapa tahun kemudian Notradamus dilantik oleh Catherine sebagai Counselor dan Pakar Perubatan bagi pihak istana.
Pada tahun 1556, Nostradamus menjelaskan ramalan terhadap King Henri berdasarkan buku tulisannya iaitu Centuries I. Ramalan tersebut ialah berkenaan singa muda yang akan membunuh singa tua dalam medan pertempuran. Cara singa muda membunuh ialah dengan menusuk mata singa tua.
Nostradamus memberi amaran kepada King Henri supaya tidak menyertai pertandingan jousting bagi mengelak kematian. Jousting ialah perlawanan yang menggunakan tombak.
Video jousting zaman moden
Tiga tahun kemudian, King Henri menyertai pertandingan jousting. Dalam pertandingan tersebut tombak pihak lawannya telah menusuk helmet bahagian mata King Henri dan tembus sampai belakang kepala. Akibatnya King Henri merana selama 10 hari sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Nostradamus mendakwa ramalannya berdasarkan astrology iaitu seni meramal peristiwa akan datang melalui pengiraan planet dan bintang. Sumber ramalannya yang lain ialah hasil penulisan ahli sejarah klasik seperti Plutarch dan ahli-ahli sejarah lain pada zaman Medieval.
Dalam sejarah Eropah, Medieval ialah zaman pertengahan yang bermula dari abad ke 5 hingga abad ke 15.
Kebanyakan cendekiawan percaya bahawa Nostradamus membuat ramalan berdasarkan kitab Bible yang menceritakan pasal dunia akhir zaman dan juga berdasarkan pembacaan astrology masa lalu.
Kematian
Nostradamus menderita sakit gout dan arthritis sejak usianya meningkat dewasa. Penyakitnya semakin menjadi-jadi setelah umurnya semakin tua. Pada tahun-tahun terakhir hidupnya, dia mengalami edema atau dropsy iaitu jumlah cecair yang tidak normal berkumpul di bawah kulit dan di rongga-rongga badannya.
Nota kecil 77, Notradamus pernah meramalkan kematiannya 2 tahun lebih awal.
Nostradamus telah meramalkan bahawa dia akan mati pada November 1567.
Video Ustaz Auni berkenaan Nostradamus
Akan tetapi Nostradamus telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 2 Julai 1566.
Maksudnya : "Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad."
(Riwayat Ahmad nombor 406)
Apa hukum ramalan cuaca?
Ramalan cuaca (meteorology) tidak sama dengan tilik nasib seperti meramal masa depan menggunakan horoskop atau tanda zodiak (astrology) yang boleh membawa kepada syirik.
Meteorology ialah kajian tentang atmosfera bumi, perbezaan suhu dan kelembapan udara yang menyebabkan keadaan cuaca berubah. Contohnya seperti hujan, salji, ribut, petir, puting beliung dan taufan.
Pernah tengok cerita Sarjan Hassan arahan P.Ramlee? Watak utama yang bernama Sarjan Hassan ni benar-benar wujud menurut anak lelakinya Mohammad Muhsin Hassan, 55. "Sarjan Hassan yang digambarkan dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee memang wujud, cuma dia wira tidak didendang,” kata Mohamad Muhsin Hassan, anak kepada arwah Sarjan Hassan Othman yang pernah menentang komunis dan memperjuangkan kemerdekaan negara. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, watak Sarjan Hassan dalam cerita tu tak diceritakan sepenuhnya. Perkara ini diakui sendiri oleh anak perempuannya Noor Mazni, 55. Noor Mazni berkata, bapanya terdorong untuk menyertai tentera kerana dendam terhadap pengganas komunis yang membunuh ahli keluarga termasuk isteri dan datuk di depan matanya. “Bapa sanggup mengayuh basikal berbatu-batu jauhnya untuk belajar ilmu silat sebelum menyertai askar. Dia belajar dengan beberapa orang guru sebagai bekalan untuk membalas dendam terhadap kematian keluargany...
Dah berapa ramai orang pengguna Streamyx? Ya aku tahu dah banyak pengguna Streamyx diupgrade ke Unifi Lite 8 Mbps tapi itu pun bukan semua tempat dapat speed 8 Mbps. Harga sebulan RM69 tapi kena paksa langgan Unifi TV Pack. Kesian pengguna Unifi Lite terpaksa call atau jumpa terus di TM branch yang berdekatan. Tak boleh ke pengguna Unifi Lite tak dipaksa langgan Unifi TV Pack? Bila pelanggan daftar Unifi Lite RM69 maknanya takde bayar lebih untuk Unifi TV Pack. Jangan paksa pelanggan bayar servis tambahan yang dorang tak nak guna. Walaupun boleh cancel langganan Unifi TV Pack pada bulan berikutnya tapi dah menyusahkan pelanggan tahu tak? Harga RM69 tu belum lagi termasuk SST 6%. Duit cukai SST untuk TM telah ditanggung oleh pelanggan so janganlah susahkan pelanggan. Buat apa iklan berdegar-degar Unifi Free internet dari bulan Oktober sampai Disember 2019? Bukan semua tempat dapat Unifi. Kalau kawasan di apartment atau kondominium, jangan haraplah orang nak lang...
Kalau sebelum ni aku buat topik Kenapa Kita Tiru Luar Negara . Sekarang kita reverse topik. Negara luar pun ada yang tiru lagu kita. Ingat lagi lagu Meniti Hari oleh Amy Mastura? Lagu tahun 1994 tu. Videoklip dia keluar tahun 1996. Lagu dia kena tiru oleh Korea. Lagu OST untuk drama terkenal Full House lak tu. Tajuknya "Destiny" dinyanyikan oleh artis Korea bernama Why. Lagu Meniti Hari pada minit 2.00 dan ke atas ditiru oleh lagu Destiny. Lagu terkenal Amy Mastura pada tahun 1994 diciplak untuk drama Full House pada tahun 2004. Tiru tetap tiru walaupun tak tiru 100% dan takde saman-menyaman kecuali ada bukti menyatakan sebaliknya. Kalau nak sangat tahu pasal saman, teruskan baca. Ada sorang artis tanah air yang berjaya menang saman sebab lagu dia kena ciplak. Siapakah dia? Pernah dengar lagu Iwan berjudul "Yang Sedang Sedang Saja"? Jangan main-main lagu tu pernah kena ciplak jadi lagu hindustan. Lagu Yang Sedang Sedang Saja tu tahun 19...
Comments
Post a Comment