Raya Aidilfitri Tahun 2022 bukannya tiba-tiba seperti yang digembar-gemburkan netizen

Adakah korang termasuk golongan yang terkejut sebab Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah tak ikut kalendar?

Seandainya korang rasa terkejut, rasa macam tiba-tiba atau macam kena kejutan budaya atau culture shock maknanya korang tak pernah tengok anak bulan sebelum ni. Aku pun macam tu juga masa dulu. Raya ikut kalendar, tak tengok anak bulan pun.

Anak bulan.

Tahun 2010 kalau tak silap, barulah aku cuba berpuasa dan beraya ikut anak bulan. Family aku pun ikut juga tengok anak bulan.

Tempat tengok anak bulan di Sabah antaranya di Kampung Kuala, Papar. Keluar rumah dongak je sikit kepala dah boleh nampak anak bulan. Kalau tak nampak maknanya esok belum masuk bulan Ramadhan atau Syawal.

Tengok anak bulan untuk nak tahu dah masuk bulan Ramadhan atau Syawal ni ikut cara Rasulullah.

Kalau tak percaya, cuba baca maksud hadis ini :

"Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan dan berbukalah (berhari raya) sekiranya melihat anak bulan. Sekiranya mendung, maka sempurnakanlah 30 hari Syaaban,” (hadis riwayat Abu Hurairah).

“Janganlah kamu berpuasa sebelum melihat hilal (anak bulan), dan jangan kamu berbuka (hari raya) sebelum melihat hilal. Jika mendung menyeliputi kamu, maka perkirakan hilal itu,” (hadis riwayat Ibnu Umar).

Masa mula-mula aku berpuasa ikut anak bulan, aku rasa seronok sangat. Kalau cuaca cerah, tak guna teropong pun boleh nampak anak bulan.

Kalau tak nampak anak bulan sebab cuaca mendung atau hujan, kena tanya kawan-kawan yang tengok anak bulan kat negeri lain. Contohnya Port Dickson di Negeri Sembilan, Muar di Johor atau mana-mana tempat yang berhampiran dengan laut.

Lebih 10 tahun aku perhatikan masih ramai yang berpuasa/beraya ikut kalendar. Aku faham sebab dorang tak tahu. Dulu pun aku macam dorang juga puasa/raya ikut kalendar je.

Pengumuman raya di TV pun ikut kalendar juga sebelum ni..

Alhamdulillah masuk tahun 2022 barulah Malaysia betul-betul tengok anak bulan. Itu pasallah Hari Raya Aidilfitri 2022 tak ikut kalendar.

Dah nampak anak bulan Syawal, buat apa nak puasa lagi sehari?

Mudah-mudahan pada tahun-tahun berikutnya, Malaysia tengok anak bulan untuk pastikan dah masuk bulan Ramadhan/Syawal atau belum.

Sebelum aku tamatkan artikel ni, aku nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' kepada semua orang-orang beriman di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Siapakah Sarjan Hassan yang Sebenar?

Kalaulah Aku Owner TM Unifi..

Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita?