Pegawai Gred 19 ada Rolls Royce Phantom?

Tahu tak berapa harga pasaran Roll Royce Phantom?

Di USA anggaran harganya USD450,000 iaitu RM1,841,625 (menurut currency exchange semasa).

Di Malaysia anggaran harganya RM6,000,000. Enam juta!!!

Tahu tak berapa gaji seorang pegawai gred 19?

Dalam anggaran RM4,000 ke bawah.

Roll Royce Phantom
Kereta Rolls Royce Phantom yang dirampas oleh SPRM.

Macam mana orang kerja gaji tak cecah RM5000 boleh beli kereta Rolls Royce Phantom bernilai RM6 juta?

Ini kereta untuk orang multi millionaire beli tau. Kalau nak servis tukar parts kereta ni entah berapa puluh ribu habis. Orang kerja makan gaji ribu-riban tak terbeli kereta harga RM6 juta.

Pegawai gred 19 atau kerani imigresen dapat banyak habuan dari agen-agen pekerja warga asing China. Dia dapat rasuah sebab buat setting counter di pintu utama negara.

Apa itu counter setting?

Counter-setting

Two common ways was initiated (there are others ways)

  1. At a specific time of outbound flight, the illegal is to approach a specific counter to exit, the corrupted officer will ignore the red flag on the screen and let the illegal to exit as normal outbound flight.
  2. This is done by the IT people working inside. They would erase /edit (temporary) the last time the illegal enter. Now with an amended recent date of entry, the illegal is free to leave Malaysia.

Secara ringkasnya counter setting ni untuk permudahkan orang keluar negara secara haram.

Mungkin kita fikir biarlah orang-orang asing keluar negara. Buat apa nak sekat dorang kan?

Mana tahu sebahagian orang yang nak keluar negara secara haram ni penjenayah. Boleh jadi penjenayah yang cuba larikan diri lepas buat jenayah di Malaysia. Mana kita tahu kan?

Tidaklah semua yang nak keluar negara secara haram tu penjenayah tapi mana tahu 1 dalam 10 tu penjenayah wanted?

Kena hati-hati jugalah pegawai-pegawai Imigresen dan pihak yang terlibat dalam pemeriksaan keluar masuk warga asing ni.

Kepada pegawai imigresen yang amanah, aku ucapkan tahniah. Kepada kerani imigresen yang mampu memiliki Rolls Royce Phantom dan semua pihak yang terlibat dengan rasuah, korang patut ditangkap dan dihukum.

Rasuah tu haram tapi orang tetap beri/terima rasuah. Tak senang hidup makan, pakai, guna benda haram ni.

Biar hasil sikit asalkan berkat. Insha Allah hidup aman sentosa bahagia.

Sekian.

P/s : Aku suka tengok PATI beramai-ramai keluar dari Malaysia.

Sumber

Kerani imigresen dapat habuan Rolls Royce

Gaji pegawai imigresen Gred KP19

Rolls Royce the expensive car

What is the so called counter setting in Malaysian immigration

Comments

  1. Eleh, roll Royce phantom Nak hairan, aku gred 19 jugak, pakai ysuku, tak de pulak org kecoh pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli motor Ysuku tak pakai duit haram OKlah tu. Buat apa Rolls Royce Phantom hasil sumber haram kan?

      Delete
  2. Biar hasil sikit asalkan berkat. Insha Allah hidup aman sentosa bahagia. betul tu, un suka amalkan hidup dgn gaya sederhana mcm ni.. hidup dengan gaji yg ada.. apapun atau siapapun mereka, diharap ada cahaya ilahi dan mereka kembali ke jln benar. sama2 kita doakan. Doakan un JUGA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup bersederhana kan bagus. Semoga sama-samalah terhindar dari rasuah dan perkara-perkara haram.

      Delete
  3. mkn duit haram,hidup xkn berkat..hmm,patut la hari tu sblm covid ada isu warga negara china masuk malaysia berduyun2 dan xkuar2 dr malaysia sampai skrg..mmg keje org 'dalam' jga ni..😏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye memang takkan berkat orang makan hasil duit haram.

      Delete
  4. tak dapat bayang berapa banyak dia dah ngap hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti banyak sebab dapat Rolls Royce Phantom tu.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Siapakah Sarjan Hassan yang Sebenar?

Kalaulah Aku Owner TM Unifi..

Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita?