Boleh Percaya Ke Kawan Baik?
Kawan baik. |
Korang ada kawan baik?
Kawan baik lebih 10 tahun ada?
Aku bagi satu cerita sebagai contoh.
Mira dengan Shiela berkawan baik sejak sekolah rendah. Setiap kali Mira ada masalah, dia akan kongsikan masalahnya dengan Shiela.
Dari sekolah rendah sampailah habis sekolah menengah, Mira dan Sheila tetap berkawan baik.
Selepas tamat zaman persekolahan, Mira dan Shiela bekerja di sebuah restaurant yang sama.
Setelah 3 bulan bekerja, Shiela ajak Mira join TikTok.
Shiela : Mira, kau belum ada TikTok lagi ke?
Mira : Takde, kenapa?
Shiela : Kalau kau ada TikTok nanti kau follow aku, aku follow kau balik.
Mira : Best ke ada TikTok?
Shiela : Kau install je dulu nanti kau tahulah.
Mira pun download app TikTok dari Google Play Store.
Sejak Mira ada TikTok, followers dia semakin bertambah malah lebih banyak dari followers Shiela. Pada hal masing-masing upload video pasal produk kosmetik yang dorang sendiri beli. Sekali-sekala ada jugalah dorang upload video lawak atau menari sebab nak ikut trend di TikTok.
Tak sampai setahun, followers TikTok Mira cecah 5500 sedangkan followers Shiela baru 1100. Banyak followers puji kecantikan Mira dan selalu bagi gift setiap kali Mira buat 'Live' cara-cara nak kurangkan jerawat, cara nak kurangkan bintik-bintik hitam dan lain-lain yang berkaitan dengan kecantikan.
Sheila pun buat benda yang sama seperti Mira. Malah masa mula-mula Mira ada TikTok, Sheila yang ajar cara-cara nak guna TikTok tapi followers Mira pula lebih cepat bertambah.
Bila followers Mira dah cecah 6000, ada seorang founder tudung minta Mira tolong promote tudung-tudung keluarannya. Mira tanpa banyak bunyi pun bersetuju untuk buat 'live' pasal tudung founder tersebut.
Ada juga founder kosmetik baru nak up minta tolong Mira promote produk kosmetik. Seperti biasa tanpa banyak birokrasi, Mira tolong promote produk kosmetik dia di TikTok.
Selain itu ada juga ejen-ejen produk lain minta tolong Mira promote produk-produk yang dorang jual seperti jubah, telekung, beg tangan, hair serum dan macam-macam lagi.
Mira tak tetapkan bayaran bagi sesiapa yang minta dia tolong review dan promote. Ada yang bayar dengan duit dan ada juga yang bagi produk-produk dorang sebagai bayarannya.
Followers Mira pula semakin bertambah hingga mencecah 15,000 sejak banyak tolong founder dan ejen promote produk.
Shiela pula langsung tak dapat request dari mana-mana founder atau ejen untuk tolong promote produk. Followers Shiela tak cecah pun 2000 walaupun setiap hari buat 'live'.
Apabila Mira cuba nak kongsi kejayaannya di TikTok dengan Shiela, dia layan macam endah tak endah je. Mira dah mula rasa pelik dengan Shiela.
Seminggu kemudian di restoran, bos dan pekerja-pekerja pandang dia lain macam je.
Ada khabar angin mengatakan Mira sanggup buat perkara tak senonoh dengan founder atau ejen lelaki untuk tolong promote produk di TikTok.
Bertambah teruk bila Mira dipulaukan di tempat kerjanya. Sewaktu tengah sibuk buat kerja, Mira ternampak Shiela jeling dia dan tersenyum sinis.
Mira ambil keputusan untuk berhenti kerja di restoran tersebut sebab tak tahan dengan suasana kerja yang penuh dengan "toxic".
Di rumah, apabila Mira buat 'live' TikTok, ada banyak kecaman dan kata-kata lucah dari netizen. Sebelum ni memang ada orang komen negatif masa Mira buat 'live' tapi sikit je. Kali ini betul-betul banyak sampai Mira rasa tak tahan dan terus tutup phone.
Sebelum nak tidur, Mira ambil phone dan buka TikTok. Terdetik hatinya untuk melihat 'live' Shiela.
Dalam video live tersebut Shiela kata,
"Aku tak heranlah dengan perempuan murahan macam tu! Followers aku 1300 je tapi aku jaga maruah aku tak macam perempuan gatal tu. Followers belas-belas ribu tapi perangai macam sial"
Menitik air mata Mira setelah mendengar fitnah tersebut. Walaupun Shiela tak sebut namanya tapi Mira tahu Shiela maksudkan dirinya.
Tak sangka dah berkawan baik lebih 10 tahun pun jadi macam ni. Masa sebelum terkenal, Shiela adalah pendengar setia setiap kali Mira ada masalah.
Bila followers Mira lebih banyak dari Shiela, perangai dia terus berubah.
Inilah yang dikatakan orang lebih suka tengok kau susah berbanding senang. Kawan baik pun tak terkecuali.
Memanglah bukan semua orang macam tu.
Ada orang hatinya baik. Ikhlas berkawan.
Golongan yang ikhlas berkawan ni susah nak cari.
Comments
Post a Comment