Posts

Showing posts from August, 2019

Siapakah Sarjan Hassan yang Sebenar?

Image
Pernah tengok cerita Sarjan Hassan arahan P.Ramlee? Watak utama yang bernama Sarjan Hassan ni benar-benar wujud menurut anak lelakinya Mohammad Muhsin Hassan, 55. "Sarjan Hassan yang digambarkan dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee memang wujud, cuma dia wira tidak didendang,” kata Mohamad Muhsin Hassan, anak kepada arwah Sarjan Hassan Othman yang pernah menentang komunis dan memperjuangkan kemerdekaan negara. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, watak Sarjan Hassan dalam cerita tu tak diceritakan sepenuhnya. Perkara ini diakui sendiri oleh anak perempuannya Noor Mazni, 55. Noor Mazni berkata, bapanya terdorong untuk menyertai tentera kerana dendam terhadap pengganas komunis yang membunuh ahli keluarga termasuk isteri dan datuk di depan matanya. “Bapa sanggup mengayuh basikal berbatu-batu jauhnya untuk belajar ilmu silat sebelum menyer­tai askar. Dia belajar dengan beberapa orang guru sebagai bekalan untuk membalas dendam terhadap kematian keluargany...

10 buah-buahan jarang jumpa di Malaysia

Image
Buah-buahan yang aku nak kongsikan ni bukannya tak boleh dicari. Ada sebahagian buah ni senang dicari di tempat tertentu. Tak macam buah tembikai, pergi je bank ada je peniaga jual buah tembikai siap dah potong. Tanpa buang masa, jom kita tengok buah-buahan jarang jumpa atau rare di Malaysia! 1. Mentega Berasal dari Filipina, pokok mentega atau dikenali sebagai mabolo atau selarat - ia sangat jarang ditanam di Malaysia kecuali sebagai pokok penyangga. Terdapat dua jenis buah dihasilkan pokok ini; berwarna coklat dan merah yang mempunyai rasa manis, berbau harum dan boleh dimakan segar. 2. Melinjau Buah ini popular di negeri pantai timur Malaysia terutamanya Terengganu. Buah berbentuk bujur ini berwarna hijau sebelum bertukar kekuningan dan kemudian bertukar merah gelap yang menandakan ia sudah ranum. Menurut penulis buku Buah-Buahan Nadir Semenanjung Malaysia iaitu Ruqayah Aman, pokoknya mempunyai daun yang lebat selain buahnya dimakan selepas ia direbus ter...

Isteri Benci Suami Terlalu Baik?

Image
Kalau isteri minta cerai sebab tak tahan dengan suami yang terlalu jahat tu biasalah. Selalu kena pukul je mana boleh tahan kan? Persoalan sekarang, macam mana pulak boleh ada isteri yang minta cerai sebab suami terlalu baik? Terlalu baik macam mana tu sampai berlaku keretakan rumahtangga? Suami terlalu mesra alam sampai anak dara atau janda terpikat? Terlalu baik sampai orang ambil kesempatan ambil duit dan harta benda suami? Ini yang aku nak kongsikan satu berita dari luar negara. Beritanya bahasa orang putih tapi aku terjemah dan ceritakan semula dalam bahasa Melayu ikut style aku. Di UAE (United Arab Emirates), ada seorang isteri buat tuntutan cerai ke atas suaminya yang terlalu baik. Menurut isteri tersebut, kebaikan suaminya menyebabkan dia rasa seperti hidup di neraka. Suaminya selalu bagi hadiah dan tolong buat kerja rumah. Selain itu suaminya juga seorang pemaaf. Tiada kesalahan isterinya yang tidak dimaafkan. Sewaktu isterinya merungut pasal suami yan...

Bagaimana TV2 nak kalahkan siaran Astro, TV3 dan lain-lain?

Image
Ada ke cara TV2 nak kalahkan siaran Astro, TV3, NTV7, TV9 dan lain-lain? Sebelum aku bagitahu cara-caranya, mari kita ambil tahu dulu pasal TV2 masa dulu-dulu. Logo lama TV2. TV2 ialah siaran dari RTM (Radio Televisyen Malaysia). Dah 50 tahun TV2 ni wujud. TV2 dari dulu sampai sekarang ada perubahan tak? Dari segi cogankata ada perubahanlah. Contohnya masa hujung tahun 1980 ke awal tahun 1990 dulu cogankata TV2 ialah "Teman Setia Anda". Aku masih teringat lagi sebelum atau selepas habis cerita ada lagu pendek. Dulu aku suka tengok TV2 sebab selalu ada cerita best setiap minggu. Sabtu dan Ahad lak ada kartun. Running man walaupun episod lama pun buat aku terasa masih nak tengok TV2. OK, cara-cara TV2 nak naikkan rating penonton ini sekadar pendapat peribadi aku. Kalau TV2 buat apa yang aku cadangkan ini, insha Allah TV2 jadi siaran TV paling popular di Malaysia. Cara-caranya 1. Rombak balik TV2. TV2 cuma siarkan drama, movie dan kartun sahaja. Tak k...

Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita?

Image
Kalau sebelum ni aku buat topik Kenapa Kita Tiru Luar Negara . Sekarang kita reverse topik. Negara luar pun ada yang tiru lagu kita. Ingat lagi lagu Meniti Hari oleh Amy Mastura? Lagu tahun 1994 tu. Videoklip dia keluar tahun 1996. Lagu dia kena tiru oleh Korea. Lagu OST untuk drama terkenal Full House lak tu. Tajuknya "Destiny" dinyanyikan oleh artis Korea bernama Why. Lagu Meniti Hari pada minit 2.00 dan ke atas ditiru oleh lagu Destiny. Lagu terkenal Amy Mastura pada tahun 1994 diciplak untuk drama Full House pada tahun 2004. Tiru tetap tiru walaupun tak tiru 100% dan takde saman-menyaman kecuali ada bukti menyatakan sebaliknya. Kalau nak sangat tahu pasal saman, teruskan baca. Ada sorang artis tanah air yang berjaya menang saman sebab lagu dia kena ciplak. Siapakah dia? Pernah dengar lagu Iwan berjudul "Yang Sedang Sedang Saja"? Jangan main-main lagu tu pernah kena ciplak jadi lagu hindustan. Lagu Yang Sedang Sedang Saja tu tahun 19...

Kenapa Kita Suka Tiru Luar Negara?

Image
Dari penulis novel sampailah pengarah di Malaysia memang suka meniru. Memang bukan semua tapi susah nak cari orang yang boleh hasilkan lagu atau cerita yang bukan ciplak dari luar negara. Kita ambil contoh drama Malaysia "Sweet Dreams" tiru drama Korea "While you were sleeping". Dah tengok video atas? Try tengok video bawah lak. Memang tak 100% tiru tapi tiru tetap tiru. Sudahlah tiru, diambilnya ustaz Wahabi dalam drama Sweet Dreams. Bertambah benci aku nak tengok drama ciplak yang diolah semula ni. Dulu aku excited nak tengok Jozan Show sekali diambilnya jugak PU Azman. Buat apa panggil ustaz Wahabi masuk dalam Jozan Show? Astro dah jadi penyokong kuat Wahabi ke? Jangankan drama, variety show pun nak tiru luar negara jugak. Aku suka tengok Running Man sejak tahun 2011 lagi. Memanglah Running Man disiarkan pada tahun 2010 tapi aku tahu dari awek aku masa tahun 2011 so tahun 2011 baru aku layan Running Man. Hunter menang dalam Lari episod ...

Jangan Masak Beef Wellington Kalau Tak Tahu

Image
Daging wellington ni tebal. Kena ada cara dia kalau nak masak. Cuba tengok video Tya Ariffin masak daging Wellington ni. Tak boleh comment kat video dia di Youtube. Ini menunjukkan dia tahu cara masak daging wellington salah tapi tak nak terima orang tegur. Habis tu buat apa upload video kat Youtube? Jangan jadi macam Alif Syukri tak pandai menyanyi tapi nak menyanyi jugak. Bila orang tegur suara tak sedap terus kata orang cemburu dengan bakat dia. Siapa pulak yang bodoh sangat nak cemburu suara orang tak pandai menyanyi? Kalau nak pandai menyanyi masuklah kelas vokal. Siti Nurhaliza yang suara merdu pun masih lagi masuk kelas vokal untuk mantapkan lagi suara dia. Alif Syukri lagilah nak kena masuk kelas vokal kalau nak menyanyi barulah boleh improve. Sama jugak kalau nak pandai masak beef wellington. Kena belajar dulu cara-cara dia. Barulah boleh boleh improve cara masak daging wellington. Sedangkan kalau salah cara goreng ayam pun boleh berdarah ini kan pula dag...

Makan Sosej Meningkatkan Risiko Kanser

Image
Sosej memanglah murah tapi bahaya. Kalau sayang anak, jangan bagi dorang makan sosej. Jangan tunggu anak dah kena kanser baru nak pantau pemakanan anak. Bahan utama dalam sosej? Pengilang atau pengusaha sosej mencampurkan 20% isi ayam atau daging bersama-sama dengan 80% bahan lain seperti kulit, tulang, tongkeng dan lemak serta tambahan tepung dan bahan perasa untuk pembuatan sosej. Ia sama seperti pembuatan nuget, dan daging burger. Campuran bahan-bahan tersebut boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan. Kandungan tambahan dalam setiap isi kandungan sosej ialah *Nitrite, Heterocyclic Amines (HCAs), Kandungan garam yang tinggi, Gula, High MSG, Pewarna, Pengawet. Kenapa Sosej Bahaya Untuk Dimakan? 1) Banyak kajian saintifik membuktikan ia mengandungi bahan-bahan yang boleh membawa risiko kepada kanser usus dan pancreas. 2) Bagi kanak-kanak yang sering makan sosej melebihi 12 batang setiap hari selama sebulan boleh meningkatkan risiko untuk mendapat kanser l...