10 buah-buahan jarang jumpa di Malaysia
Buah-buahan yang aku nak kongsikan ni bukannya tak boleh dicari. Ada sebahagian buah ni senang dicari di tempat tertentu. Tak macam buah tembikai, pergi je bank ada je peniaga jual buah tembikai siap dah potong.
Tanpa buang masa, jom kita tengok buah-buahan jarang jumpa atau rare di Malaysia!
1. Mentega
Berasal dari Filipina, pokok mentega atau dikenali sebagai mabolo atau selarat - ia sangat jarang ditanam di Malaysia kecuali sebagai pokok penyangga.
Terdapat dua jenis buah dihasilkan pokok ini; berwarna coklat dan merah yang mempunyai rasa manis, berbau harum dan boleh dimakan segar.
2. Melinjau
Buah ini popular di negeri pantai timur Malaysia terutamanya Terengganu. Buah berbentuk bujur ini berwarna hijau sebelum bertukar kekuningan dan kemudian bertukar merah gelap yang menandakan ia sudah ranum.
Menurut penulis buku Buah-Buahan Nadir Semenanjung Malaysia iaitu Ruqayah Aman, pokoknya mempunyai daun yang lebat selain buahnya dimakan selepas ia direbus terlebih dahulu.
Biji dan buahnya juga sering dijadikan kerepek yang sangat popular di Indonesia.
3. Telur Kuning
Juga dikenali sebagai kanistel, buah telur kuning berasal dari Amerika Tengah namun jarang ditanam di Semenanjung Malaysia. Buahnya mempunyai tekstur berserat selain mempunyai rasa yang manis.
4. Bacang
Bak kata pepatah melayu "bau-bau bacang". Maknanya hubungan keluarga yang jauh. Contohnya hubungan lebih jauh dari sepupu atau 2 pupu iaitu 4 pupu atau 5 pupu atau lebih lagi.
Bacang adalah adik-beradik buah mangga dan banyak ditanam di selatan tanah air. Apabila masak, Bacang mempunyai bau yang kuat dan biasanya ia dijadikan sebagai jeruk atau dicampur dalam sambal.
5. Nam nam
Pokok ini pada awalnya ditanam di Borneo sebelum dibawa ke Indonesia dan menjelajah ke Melaka dan Pulau Pinang. Ia boleh tumbuh meliar namun agak sukar dicari. Di pantai timur, ia dipanggil buah katak puru kerana luarannya yang menyerupai haiwan itu.
Rasanya yang masam sesuai dijadikan hidangan sampingan bersama kuah rojak.
6. Sentul
Sentul banyak ditanam di kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand. Menurut Pensyarah Universiti Putra Malaysia, Dr Abdul Aziz Zakaria, Pasar Sentul di Kuala Lumpur dinamakan sempena buah tersebut kerana terdapat sebatang pokok sentul tumbuh di kawasan itu.
Di Kelantan, buah sentul ini biasanya digunakan sebagai ulam atau pun membuat acar.
7. Salak
Ada juga yang memanggil ia sebagai buah kulit ular dan menariknya Salak Selatan di Kuala Lumpur juga dinamakan sempena buah ini. Ia biasanya tumbuh liar dalam hutan dan menjadi makanan oleh masyarakat Orang Asli terutamanya di Terengganu.
Rasanya yang kelat dan manis sesuai dijadikan sebagai jeruk.
8. Mundu
Buahnya sangat masam seperti asam jawa dan perlu menambah perasa seperti garam dan gula untuk memakannya.
9. Ceri Terengganu
Rasanya manis namun tidak seperti ceri biasa. Paling menarik ia berbuah sepanjang tahun dan menjadi kegemaran burung.
10. Rokam Manis
Juga dikenali sebagai kerkup, rokam manis bukan sahaja boleh didapati di Malaysia tetapi banyak juga negara lain. Burung-burung gemar makan buah ini dan menyebarkan benihnya. Ia boleh tumbuh segar di dalam hutan serta halaman rumah selain ia mempunyai rasa yang manis.
Semuanya Buah Rare?
First time aku ternampak ceri tomato aku dah "wow, rare fruit!". Sekali ada ceri Terengganu daaa.. Hahaha!
First time jugak aku tengok buah bacang. Kalau buah salak tu takdelah rare sangat. Aku macam pernah ternampak kat pasar mana ye..ada jual tu buah salak.
Ok, cukup setakat ni. Kalau korang tahu ada buah lebih rare dari yang tersenarai ni, jangan malu-malu nak komen ye?
Source
Buah Rare

Comments
Post a Comment