Bagaimana TV2 nak kalahkan siaran Astro, TV3 dan lain-lain?

Ada ke cara TV2 nak kalahkan siaran Astro, TV3, NTV7, TV9 dan lain-lain? Sebelum aku bagitahu cara-caranya, mari kita ambil tahu dulu pasal TV2 masa dulu-dulu.

Logo lama TV2.

TV2 ialah siaran dari RTM (Radio Televisyen Malaysia). Dah 50 tahun TV2 ni wujud. TV2 dari dulu sampai sekarang ada perubahan tak?

Dari segi cogankata ada perubahanlah. Contohnya masa hujung tahun 1980 ke awal tahun 1990 dulu cogankata TV2 ialah "Teman Setia Anda". Aku masih teringat lagi sebelum atau selepas habis cerita ada lagu pendek.


Dulu aku suka tengok TV2 sebab selalu ada cerita best setiap minggu. Sabtu dan Ahad lak ada kartun. Running man walaupun episod lama pun buat aku terasa masih nak tengok TV2.

OK, cara-cara TV2 nak naikkan rating penonton ini sekadar pendapat peribadi aku. Kalau TV2 buat apa yang aku cadangkan ini, insha Allah TV2 jadi siaran TV paling popular di Malaysia.

Cara-caranya

1. Rombak balik TV2.
TV2 cuma siarkan drama, movie dan kartun sahaja. Tak kira drama/movie bahasa apa sekali pun. Aku bagi contoh ikut hari :

Isnin = Cina
Selasa = English
Rabu = Hindustan
Khamis = Melayu
Jumaat = Indonesia
Sabtu = Kartun 2D/3D any language
Ahad = Korea

Tak kiralah cerita lama atau cerita baru, masukkan je ke TV2. Jangan tapis bahagian aksi walaupun ada babak putus kepala. The Avengers End Game ada babak ganas macam tu tapi lepas jugak masuk Malaysia.

Babak seks memang kena tapislah. TV2 bukan siaran untuk orang mata keranjang.

Kalau babak gaduh yang ganas tu dipotong, orang jadi tak seronok nak tengok. Bayangkan babak orang baru ambil batu nak hempuk kepala orang jahat, tiba-tiba orang jahat tu jatuh dalam keadaan tak nampak pun batu tu kena kepala dia. Potong stim betullah tengok movie macam tu.

Letak amaran keras sebelum movie ada aksi ganas disiarkan. Contohnya "Jangan tiru aksi ganas dalam cerita ini atau bersedia untuk dikenakan tindakan undang-undang!"

Bagi orang sedar akan risiko tiru aksi ganas dalam movie. Aksi bahaya dalam movie untuk tontonan sahaja bukan untuk ditiru.

Running Man? Pindah je la ke TV1. Cerita bahasa Tamil mungkin boleh diselitkan pada hari Rabu.

2. Ada waktu azan.
Inilah usaha murni yang TV2 perlu kekalkan. Penonton TV2 perlu diingatkan untuk pergi tunaikan solat setiap kali masuk waktu azan.

Bagi sedikit info dalam 10 ke 20 saat akan kepentingan dan kelebihan menjaga solat. Cukup sekadar share info dalam bentuk text. Seronok macam mana pun tengok TV, solat tetap tak boleh ditinggalkan.

3. Tiada siaran langsung.
Siaran langsung seperti perlawanan MMA (Mixed Martial Arts), bola sepak, badminton dan sebagainya tiada lagi di TV2. Kalau ada siaran langsung istiadat diraja atau lain-lain pun, jangan buat di TV2. Pindahkan semua siran langsung ke TV1.

4. Tiada berita.
Berita semua di TV1. Kalau Astro ada siaran atau rangkaian tanpa berita, RTM pun kena ada jugak. Pembaca-pembaca berita bahasa English, Cina dan Tamil boleh pindah ke TV1.

Kalau langsung takde berita bahasa Cina dan Tamil pun tak jadi masalah bagi RTM. Biarlah pembaca berita bangsa selain Melayu baca berita dalam Bahasa Melayu di TV1. Kalau timbul masalah dorang tak nak baca berita guna bahasa Melayu, dorang ada hak untuk jadi pemberita di Syarikat siaran selain RTM.

Bagi pilihan kepada pembaca-pembaca berita tu sama ada setia bersama RTM atau tidak. Kalau setia, dapat imbuhan seperti naik gaji, dapat elaun lebih dan sebagainya.

5. Ada iklan.
Memandangkan RTM siaran percuma, iklan kena adalah. Insha Allah lebih banyak pengusaha-pengusaha produk atau perkhidmatan nak beriklan di TV2. Barulah boleh naikkan lagi gaji pekerja-pekerja di RTM.

Kalau boleh letak iklan tu jangan terlalu banyak untuk satu cerita. Contohnya movie 2 jam, cukuplah iklan pada minit ke 20, 60 dan 100. Keuntungan dari iklan bergantung pada jumlah penonton so utamakan keseronokan penonton layan movie di TV2.

Boleh berjaya ke?
Berjaya atau tak itu tengoklah daya usaha pihak RTM. Langkah-langkah yang aku sediakan ni insha Allah berjaya untuk TV2 naikkan rating penonton. Daripada RTM nak tambah siaran, baik rombak je TV2.

Semoga TV2 sukses!

P/s : Siapa cepat dia dapat.

Source

Comments

Popular posts from this blog

Siapakah Sarjan Hassan yang Sebenar?

Kalaulah Aku Owner TM Unifi..

Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita?