Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita?

Kalau sebelum ni aku buat topik Kenapa Kita Tiru Luar Negara. Sekarang kita reverse topik. Negara luar pun ada yang tiru lagu kita.

Ingat lagi lagu Meniti Hari oleh Amy Mastura? Lagu tahun 1994 tu. Videoklip dia keluar tahun 1996.

Lagu dia kena tiru oleh Korea. Lagu OST untuk drama terkenal Full House lak tu. Tajuknya "Destiny" dinyanyikan oleh artis Korea bernama Why.



Lagu Meniti Hari pada minit 2.00 dan ke atas ditiru oleh lagu Destiny.



Lagu terkenal Amy Mastura pada tahun 1994 diciplak untuk drama Full House pada tahun 2004. Tiru tetap tiru walaupun tak tiru 100% dan takde saman-menyaman kecuali ada bukti menyatakan sebaliknya.

Kalau nak sangat tahu pasal saman, teruskan baca. Ada sorang artis tanah air yang berjaya menang saman sebab lagu dia kena ciplak. Siapakah dia?

Pernah dengar lagu Iwan berjudul "Yang Sedang Sedang Saja"? Jangan main-main lagu tu pernah kena ciplak jadi lagu hindustan. Lagu Yang Sedang Sedang Saja tu tahun 1997 tiba-tiba ada lagu yang sama tapi dalam bahasa hindustan muncul pada tahun 1999.



Lagu dangdut tempatan pun kena tiru. Nampak tak betapa berkualitinya lagu dangdut Malaysia tahun 90-an?



Iwan menang saman terhadap penerbit Bollywood, Sanjeev Darshan kerana membuat saduran lagu "Yang Sedang-sedang Saja" tanpa kebenaran untuk filem lakonan Aamir Khan berjudul Mann dimana lagu itu diberi judul "Tinak Tin Tana" dalam bahasa Hindi.

Mann 22 Jun 1999 (India)

Jumlah menang saman Iwan aku tak tahu. Kalau ada yang tahu boleh share melalui komen.

Kalau korang tahu ada lagi karya negara kita yang ditiru atau diciplak oleh negara luar tanpa izin, sila tinggalkan komen.

P/s : Aku tak suka tengok Amy Mastura melatah sebab nampak fake!

Source

Comments

  1. Ok... Lagu dato siti lagi lah bnyk kena ciplak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang ciplak lagu Tokti? Artis barat?

      Delete
  2. Lagu jalil Hamid ayam pun pernah kena ciplak dgn indon Farid Hardja & Jalil Hamid menang kes ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah tengok kat Youtube memang Farid Hardja ciplak lagu Jalil Hamid -Ayam.

      Delete
  3. Yang sedang-sedang saja lagu malay??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Songwriters: Wan Syahman Wan Yunus

      Sedang Sedang Saja lyrics © Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.

      Delete
  4. Power lagu iwan..bollywood ciplak..sama pulak tu..lirik je lain..kau bayang lah film mann tu punya besar pengaruh dia zaman tu

    ReplyDelete
  5. tp bukan nk bekap mana2 lah..kebiasaanya filem2 luar kalau nk smpai ke malaysia mmg makan tahun 2 3 thun..masa tu kan tkcnggih lg..walhal filem diorang dh lama kluar..contoh filem mann di tayangkan di malaysia 1999 kan..tp di India sana dh main dua tiga tahun sudah..wallahua'lam..ni pun tanya kat orang lama juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Buka wikipedia la wei.. Filem mann tu release tahun bila kat India? Kaji dulu sblum main taip

      Delete
  6. Iwan menang satu juta ringgit from Bollywood..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Siapakah Sarjan Hassan yang Sebenar?

Kalaulah Aku Owner TM Unifi..