Posts

Maula pandai 3 Bahasa

Image
Masa Maula Muhammad Amin al-Idrisi al-Hasani datang ke Malaysia, ada je puak-puak yang menghina dan melontarkan fitnah terhadap beliau. Maula Muhammad kata golongan yang tak percaya dia keturunan Rasulullah tu sayangkan agama. Tinggi akhlak Maula. Semoga tiada lagi fitnah terhadap Maula Muhammad Amin. Dalam topik kali ni aku nak share video Maula Muhammad pandai dalam tiga bahasa. Bahasa Arab, English dan France. Tak salah kalau kita nak berselawat beramai-ramai. Tak salah kalau kita nak menziarahi kubur. Boleh ingatkan kita pada kematian. Semoga aku dan pembaca-pembaca blog aku diberikan hidayah.

Merdeka?

Image
Secara ringkasnya maksud merdeka ialah bebas. Kalau sebut Malaysia sudah merdeka maknanya Malaysia sudah bebas. Merdeka! Bebas dari apa? Bebas dari penjajahlah. Dulu orang dari luar negara contohnya British dan Jepun datang ke Tanah Melayu sebagai penjajah. Sekarang dorang datang sebagai pelancong. Ada juga yang datang atas urusan kerja dan lain-lain asalkan bukan untuk menjajah lagi.  Kalau nak cerita pasal bebas ni adakah bermakna bebas melakukan apa sahaja tak kira buat baik atau buat jahat? Kalau orang tu bebas buat apa sahaja termasuk perkara-perkara jahat seperti mencuri, merompak, membunuh dan lain-lain jenayah tu bukan bebas namanya. Itu namanya masih di"jajah" nafsu. Mungkin ada orang rasa kalau tak dapat buat dosa dengan sewenang-wenangnya itu belum bebas. Golongan orang macam ni rasa terkongkong bila asyik nak kena buat perkara baik je. Terus-teranglah golongan yang suka menganiaya orang lain ni suka tak kalau diri dorang sendiri dianiaya juga? Seronok tak kalau do

Boleh Percaya Ke Kawan Baik?

Image
Kawan baik. Korang ada kawan baik? Kawan baik lebih 10 tahun ada? Aku bagi satu cerita sebagai contoh. Mira dengan Shiela berkawan baik sejak sekolah rendah. Setiap kali Mira ada masalah, dia akan kongsikan masalahnya dengan Shiela. Dari sekolah rendah sampailah habis sekolah menengah, Mira dan Sheila tetap berkawan baik. Selepas tamat zaman persekolahan, Mira dan Shiela bekerja di sebuah restaurant yang sama. Setelah 3 bulan bekerja, Shiela ajak Mira join TikTok. Shiela : Mira, kau belum ada TikTok lagi ke? Mira : Takde, kenapa? Shiela : Kalau kau ada TikTok nanti kau follow aku, aku follow kau balik. Mira : Best ke ada TikTok? Shiela : Kau install je dulu nanti kau tahulah. Mira pun download app TikTok dari Google Play Store. Sejak Mira ada TikTok, followers dia semakin bertambah malah lebih banyak dari followers Shiela. Pada hal masing-masing upload video pasal produk kosmetik yang dorang sendiri beli. Sekali-sekala ada jugalah dorang upload video lawak atau menari sebab nak ikut tr

Raya Aidilfitri Tahun 2022 bukannya tiba-tiba seperti yang digembar-gemburkan netizen

Image
Adakah korang termasuk golongan yang terkejut sebab Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah tak ikut kalendar? Seandainya korang rasa terkejut, rasa macam tiba-tiba atau macam kena kejutan budaya atau culture shock maknanya korang tak pernah tengok anak bulan sebelum ni. Aku pun macam tu juga masa dulu. Raya ikut kalendar, tak tengok anak bulan pun. Anak bulan. Tahun 2010 kalau tak silap, barulah aku cuba berpuasa dan beraya ikut anak bulan. Family aku pun ikut juga tengok anak bulan. Tempat tengok anak bulan di Sabah antaranya di Kampung Kuala, Papar. Keluar rumah dongak je sikit kepala dah boleh nampak anak bulan. Kalau tak nampak maknanya esok belum masuk bulan Ramadhan atau Syawal. Tengok anak bulan untuk nak tahu dah masuk bulan Ramadhan atau Syawal ni ikut cara Rasulullah. Kalau tak percaya, cuba baca maksud hadis ini : "Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan dan berbukalah (berhari raya) sekiranya melihat anak bulan. Sekiranya mendung, maka sempurnakanlah 30 hari Syaaban,” (h

Siapa Nostradamus?

Image
Siapa tak kenal Nostradamus si tukang tilik atau peramal masa depan? Siapakah Nostradamus? Dalam topik kali ini aku nak share info pasal Nostradamus. Kehidupan Awal Michel de Nostradame dilahirkan pada 14 Disember 1503. Ada yang berpendapat dia dilahirkan pada 21 Disember 1503. Tempat kelahirannya di Saint-Remy-de-Provence, France. Buku Biography Nostradamus yang ditulis oleh Edgar Leoni. Ibunya bernama Reyniere de St-Remy dan ayahnya pula bernama Jaume de Nostradame. Ayahnya merupakan seorang peniaga bijirin dan bekerja sambilan sebagai notary keturunan Yahudi. Tugas notary ialah menjadi saksi untuk perjanjian dalam hak milik hartanah dan memeriksa kesahihan surat perjanjian atau dokumen-dokumen tertentu. Adik-beradik Michel de Nostradame ada 9 orang. Kisah hidup bersama adik-beradiknya sewaktu kecil tidak banyak dikongsikan. Datuk Nostradame iaitu Guy Gassonet telah menganut agama Kristian Catholic kira-kira 50 tahun lebih awal sebelum kelahiran Michel de Notradame. Tujuan datuk dia

Scammer Guna Nama Celcom

Image
Hari tu aku terima whatsapp kononnya dari Celcom. Aku sempat screenshot sebelum report kat Whatsapp. Scammer guna nama Celcom. Kalau korang perasan nombor sender bermula dengan +62. Nombor dari mana tu? Aku tak pernah main loteri tiba-tiba menang loteri RM5700? Terus aku tahu ini memang scam. Silah layari webs resmi? Tengok url guna bit.ly terus aku tak nak click. Nombor sender whatsapp aku tak sempat save sebelum report tapi kat screenshot tu ada nombor 01125316742. Kalau korang ada terima whatsapp macam tu, baik korang report atau block je.

Mamat Khalid Meninggal Dunia

Image
Penerbit dan Pengarah, Mamat Khalid meninggal dunia di Hospital Slim River pada pukul 12.30 pagi, tarikh 24 Oktober 2021. Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan, Hafiz Nafiah. Arwah Mamat Khalid. Hafiz mengatakan bahawa Arwah Mamat Khalid jatuh pengsan di restorannya Sarang Art Hub sebelum dibawa ke hospital. Menurut Hafiz lagi, Arwah bakal dikebumikan di Ipoh pada hari Ahad, 24 Oktober 2021. Arwah Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad bin Mohamad Khalid dilahirkan pada 6 April 1963. Arwah telah menghembuskan nyawa pada usia 58 tahun dan meninggalkan isterinya Hasmah Hassan serta lima orang anak. Sebelum ini, arwah pernah dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas pada bulan Oktober 2019. Arwah Mamat Khalid cukup terkenal dengan filem-filem komedi seperti Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, 16 Puasa dan Hantu Kak Limah. Arwah Mamat Khalid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh, Ipoh, Perak pada pukul 2.20 petang hari Ahad 24 Okt