Posts

RM500,000 Diperlukan Sebelum January 2020

Image
Kesian dekat kanak-kanak Syria yang dihantar ke Turki. Ada yang tak tahu baca atau menulis atau kedua-duanya sekali. Ada pula yang tak tahu nak baca Surah al-Fatihah sebab takde peluang nak belajar. Negara Syria teruk dibedil puak-puak kafir. Keadaan sana lebih teruk dari Palestin. Menurut Ustaz Nazmi Abdul Karim selaku Exco Pendidikan Muslim Care, hasil sumbangan orang ramai telah memudahkan pembukaan sekolah pada 1 September 2014 di Rayhanli, Turki. Menurutnya lagi setelah beberapa buah tempat pengajian untuk pelarian Syria didirikan, perbelanjaan sebulan menelan belanja USD8500 (RM35,223). Sekurang-kurangnya RK500,000 diperlukan sebelum January 2020. Orang ramai boleh menyumbang menerusi akaun Muslim Care di : Maybank 564490413882 Bank Islam 1401401014740 Bank Muamalat 14010007654717 Kalau aku jutawan, aku sendiri nak bagi setengah juta kat dorang sekarang jugak. Tak payah nak share perkara ni kat blog. Aku cuma mampu doakan semoga dipermudahkan us...

Kalaulah Aku Owner TM Unifi..

Image
Dah berapa ramai orang pengguna Streamyx? Ya aku tahu dah banyak pengguna Streamyx diupgrade ke Unifi Lite 8 Mbps tapi itu pun bukan semua tempat dapat speed 8 Mbps. Harga sebulan RM69 tapi kena paksa langgan Unifi TV Pack. Kesian pengguna Unifi Lite terpaksa call atau jumpa terus di TM branch yang berdekatan. Tak boleh ke pengguna Unifi Lite tak dipaksa langgan Unifi TV Pack? Bila pelanggan daftar Unifi Lite RM69 maknanya takde bayar lebih untuk Unifi TV Pack. Jangan paksa pelanggan bayar servis tambahan yang dorang tak nak guna. Walaupun boleh cancel langganan Unifi TV Pack pada bulan berikutnya tapi dah menyusahkan pelanggan tahu tak? Harga RM69 tu belum lagi termasuk SST 6%. Duit cukai SST untuk TM telah ditanggung oleh pelanggan so janganlah susahkan pelanggan. Buat apa iklan berdegar-degar Unifi Free internet dari bulan Oktober sampai Disember 2019? Bukan semua tempat dapat Unifi. Kalau kawasan di apartment atau kondominium, jangan haraplah orang nak lang...

3 Cara Paling Mudah Kurangkan Rasa Marah Yang Jahat

Image
Bukan semua jenis marah tu jahat. Ada juga marah yang baik. Contohnya marah bila agama Islam dihina. Kalau takde rasa marah bila Islam dihina maknanya orang jahatlah tu. Boleh juga rasa marah kalau ada orang yang menzalimi ahli keluarga sendiri. Marah untuk menegakkan kebenaran tu perkara yang baik tapi kalau boleh selesai masalah tanpa marah tu lebih baik. Marah jenis jahat yang perlu diatasi. Cuma guna 3 cara ni je, insha Allah kurang rasa marah. 1. Diam إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ Maksudnya : Apabila salah seorang daripada kamu berasa marah, hendaklah dia diam. Al-Adab al-Mufrad (245) Kalau tengah marah tu baik diam. Bercakap sewaktu tengah marah boleh menyebabkan masalah jadi lebih besar. Silap-silap masalah terus tak selesai lepas tu bermusuh pula. Lebih dahsyat bila melibatkan kerosakan harta benda, kecederaan atau kematian orang yang tak bersalah. Bila timbul rasa marah, ambil langkah berdiam diri. Itu lebih baik. 2. Duduk jika sedang berdiri,...

Kematian Remaja Berbasikal Sudah Ditakdirkan Jadi Masih Ada Yang Tak Puas Hati?

Image
Ingat lagi insiden 8 orang budak mati dilanggar kereta pada tahun 2017? Dorang mati dilanggar masa tengah berbasikal kira-kira pukul 3 pagi. Orang yang melanggar pulak ialah seorang Salesgirl bernama Sam Ke Ting, 24. Sam Ke Ting ditemani peguamnya. Remaja yang mati pada hari kemalangan tersebut ialah.. Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14. Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14. Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16. Fauzan Halmijah, 13. Mohamad Azhar Amir, 16. Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14. Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14. Haizad Kasrin, 16. Sam Ke Ting dibebaskan dari tuduhan memandu kereta secara melulu sehingga menyebabkan kematian 8 orang remaja tersebut. Mahkamah dah arahkan lesen kenderaan diberikan kembali kepada Sam Ke Ting dan duit jaminan RM10,000 pula dipulangkan semula kepada penjaminnya. Ibu kepada Fauzan Halmijah sedih sangat sebab bukan setakat anaknya dah meninggal malah dikutuk pula di media sosial. Netizen ni pun satu, takde timbang r...

Salah Ke Kalau Selalu Sangat Main Game?

Image
Kalau korang suka main game, korang memang satu kepala dengan akulah. Aku pun suka main game. Kalau dulu nak main game kena beli konsol. Game console yang aku pernah main Nintendo Snes, Sega Genesis, Super NES (Nintendo Entertainment System), Playstation, Playstation 2, Playstation 3, Xbox 360 dan Playstation 4. Bukan semua konsol yang aku pernah main tu aku punya. Konsol yang aku pernah ada sendiri, Nintendo snes, Playstation dengan Playstation 2 je. Konsol-konsol yang lain tu aku merasa main kat rumah sedara aku. Xbox 360 dengan PS4 je aku main biras aku punya. Game genre yang aku minat RPG (Role Playing Game), adventure dan action. Aku kurang minat game genre FPS (First Person Shooter) atau sebarang game yang first person view. Pening kepala aku main. Mana tak pening, karakter sendiri tak nampak. Cuma nampak pandangan je. Kalau musuh ada sebelah kiri dengan kanan, kelam-kabut serang belah kiri dengan kanan pastu cepat-cepat tengok belakang bimbang kalau ada musuh lagi...

Harimau Malaya Mengaum atau Mengiau?

Image
Bila Malaysia menang lawan bola dengan Indonesia, memang wow gitu. Sekali bila lawan dengan UAE (United Arab Emirates), kalah pulak. Bila Harimau Malaya nak mengaum semula ni? Buat masa ni.. Malaysia 3 - Indonesia 2 Malaysia 1 - UAE 2 Kita tunggu Malaysia lawan Vietnam 10 Oktober ni..

Siapakah Sarjan Hassan yang Sebenar?

Image
Pernah tengok cerita Sarjan Hassan arahan P.Ramlee? Watak utama yang bernama Sarjan Hassan ni benar-benar wujud menurut anak lelakinya Mohammad Muhsin Hassan, 55. "Sarjan Hassan yang digambarkan dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee memang wujud, cuma dia wira tidak didendang,” kata Mohamad Muhsin Hassan, anak kepada arwah Sarjan Hassan Othman yang pernah menentang komunis dan memperjuangkan kemerdekaan negara. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, watak Sarjan Hassan dalam cerita tu tak diceritakan sepenuhnya. Perkara ini diakui sendiri oleh anak perempuannya Noor Mazni, 55. Noor Mazni berkata, bapanya terdorong untuk menyertai tentera kerana dendam terhadap pengganas komunis yang membunuh ahli keluarga termasuk isteri dan datuk di depan matanya. “Bapa sanggup mengayuh basikal berbatu-batu jauhnya untuk belajar ilmu silat sebelum menyer­tai askar. Dia belajar dengan beberapa orang guru sebagai bekalan untuk membalas dendam terhadap kematian keluargany...