Kematian Remaja Berbasikal Sudah Ditakdirkan Jadi Masih Ada Yang Tak Puas Hati?
Ingat lagi insiden 8 orang budak mati dilanggar kereta pada tahun 2017? Dorang mati dilanggar masa tengah berbasikal kira-kira pukul 3 pagi. Orang yang melanggar pulak ialah seorang Salesgirl bernama Sam Ke Ting, 24.
Sam Ke Ting ditemani peguamnya. |
Remaja yang mati pada hari kemalangan tersebut ialah..
- Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14.
- Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14.
- Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16.
- Fauzan Halmijah, 13.
- Mohamad Azhar Amir, 16.
- Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14.
- Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14.
- Haizad Kasrin, 16.
Sam Ke Ting dibebaskan dari tuduhan memandu kereta secara melulu sehingga menyebabkan kematian 8 orang remaja tersebut. Mahkamah dah arahkan lesen kenderaan diberikan kembali kepada Sam Ke Ting dan duit jaminan RM10,000 pula dipulangkan semula kepada penjaminnya.
Ibu kepada Fauzan Halmijah sedih sangat sebab bukan setakat anaknya dah meninggal malah dikutuk pula di media sosial. Netizen ni pun satu, takde timbang rasa ke? Anaknya dah "dibalas" mati kemalangan jadi sudah-sudahlah.
Aku rasa baik kita jangan asyik nak salahkan keluarga kepada 8 orang anak yang mati kemalangan. Perkara dah lepas jadi kita tak boleh buat apa melainkan jadikannya sebagai pengajaran. Dah ditakdirkan anak-anak dorang mati dilanggar kereta jadi janganlah lebih-lebih kecam keluarga dorang.
Sebagai langkah berjaga-jaga, jangan bagi anak keluar lewat malam. Keluar pukul 3 pagi main basikal atas jalanraya lagilah tak boleh. Kena tegas dengan anak bila melibatkan soal keselamatan.
Dedahkan berita ini kepada anak-anak sebagai pengajaran. Jangan sia-siakan usia muda pergi main basikal atas jalanraya pagi-pagi buta. Kalau nak sangat main basikal, mainlah waktu pagi di tempat yang selamat, bukannya atas jalanraya atau lebuhraya.
Galakkan anak-anak yang minat kayuh basikal ni masuk sukan berbasikal. Sekurang-kurangnya bakat dorang dapat digilap dan diserlahkan.
Kan bagus kalau pukul 3 pagi anak-anak habiskan masa di rumah dengan beribadat. Solat Tahajud, Solat Hajat, Solat Taubat, baca Quran, berzikir dan perbanyakkan amalan-amalan sunat yang lain.
Pasal Sam Ke Ting yang dibebaskan tu kita serahkan je dia kepada Allah. Terbukti bersalah atau tidak tu biarlah Allah yang uruskan.
Orang yang beriman tak sepatutnya lupa bahawa Allah itu Maha Adil.
Ibu kepada Fauzan Halmijah sedih sangat sebab bukan setakat anaknya dah meninggal malah dikutuk pula di media sosial. Netizen ni pun satu, takde timbang rasa ke? Anaknya dah "dibalas" mati kemalangan jadi sudah-sudahlah.
Nur Cahaya Amrul, 39. |
Sebagai langkah berjaga-jaga, jangan bagi anak keluar lewat malam. Keluar pukul 3 pagi main basikal atas jalanraya lagilah tak boleh. Kena tegas dengan anak bila melibatkan soal keselamatan.
Dedahkan berita ini kepada anak-anak sebagai pengajaran. Jangan sia-siakan usia muda pergi main basikal atas jalanraya pagi-pagi buta. Kalau nak sangat main basikal, mainlah waktu pagi di tempat yang selamat, bukannya atas jalanraya atau lebuhraya.
Galakkan anak-anak yang minat kayuh basikal ni masuk sukan berbasikal. Sekurang-kurangnya bakat dorang dapat digilap dan diserlahkan.
Kan bagus kalau pukul 3 pagi anak-anak habiskan masa di rumah dengan beribadat. Solat Tahajud, Solat Hajat, Solat Taubat, baca Quran, berzikir dan perbanyakkan amalan-amalan sunat yang lain.
Pasal Sam Ke Ting yang dibebaskan tu kita serahkan je dia kepada Allah. Terbukti bersalah atau tidak tu biarlah Allah yang uruskan.
Orang yang beriman tak sepatutnya lupa bahawa Allah itu Maha Adil.
Source
Comments
Post a Comment