Cara-cara Menghadapi Orang yang Dengki

Apa itu dengki?

Dengki bermaksud rasa iri hati atau marah dengan kejayaan atau kelebihan orang lain.

Apa keburukan orang yang dengki?

Abu Hurairah RA menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda: “Takutlah kamu pada sifat dengki (hasad dan iri hati), sesungguhnya dengki itu dapat memakan kebaikan-kebaikanmu sebagaimana api memakan kayu bakar.” (HR Abu Daud).

Berdasarkan hadis tersebut, amal-amal kebaikan orang yang dengki jadi sia-sia. Habislah segala pahala yang dia dapat selama ni disebabkan dengki.

Cara-cara menghadapi orang yang dengki

Contoh seandainya korang pemilik warung yang sentiasa menerima banyak pelanggan. Tiba-tiba ada orang yang dengki datang singgah untuk perli atau sindir kejayaan korang.


Jangan balas kata-kata orang dengki tu. Dengki ni ibarat api, layan orang dengki ibarat tambah kayu, kertas dan segala bahan yang mudah terbakar.


Kalau korang tak layan orang yang dengki nanti dorang sendiri yang sakit. 


Cara melindungi diri dari orang dengki yang bertindak

1. Amalkan surah al-Falaq dan an-Nas.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas al-Juhni bahawa Rasulullah pernah bersabda "Wahai Ibnu Abbas, mahukah kamu aku beritahu bacaan paling afdhal bagi orang-orang yang meminta perlindungan?" Dia menjawab "Mahu wahai Rasulullah." Baginda bersabda "Qul A'udzubirabbil Falaq dan Qul A'udzubirabbinnas adalah dua surah itu." (Riwayat Nasai).

2. Minta tolong orang yang pandai

Maksudnya minta tolong orang yang tahu cara-cara buang "benda" yang menganggu pesakit akibat dengki. Sebaik-baiknya minta tolong ustaz, imam atau yang sewaktu dengannya.

Apa-apa hal mesti yakin Allah yang sembuhkan. Bukannya ustaz, imam, bilal, tok bomoh dan lain-lain.

Minta tolong orang ni sebagai ikhtiar sahaja.

3. Sabar

Boleh jadi ini adalah ujian. Mungkin juga sebagai penghapus dosa-dosa korang yang lampau.

Mana tahu masa senang tak jaga solat atau tinggalkan amalan-amalan wajib dalam Islam?

Mungkin ada guris perasaan sesiapa tanpa disedari masa sihat?

Mana tahu masa tengah banyak duit selalu buat maksiat atau dosa-dosa yang lain lagi?

Oleh itu banyak-banyak bersabar bila sakit akibat orang dengki. Sabar itu sebahagian daripada iman. Bersabarlah jangan balas perbuatan orang dengki sebab orang yang dengki tu bakal terima balasannya.

Watsilah bin al-Asqa' RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Janganlah engkau gembira lantaran bencana yang menimpa saudara Muslimmu, sebab jika engkau berkelakuan demikian, maka Allah akan memberikan kerahmatan kepada saudaramu itu sedangkan ke atas engkau sendiri ditimpakan bala olehNya.” (HR At-Tirmizi).


Source


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Siapakah Sarjan Hassan yang Sebenar?

Kalaulah Aku Owner TM Unifi..

Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita?