Isu Rogol Dari Pandangan Fynn Jamal, Caprice dan Wardina

Heboh seluruh Malaysia pasal perkara ni. Isu ni jadi semakin viral bila Caprice dan Fynn Jamal bervideo call.

Caprice VS Fynn Jamal part 1


Caprice VS Fynn Jamal part 2


Apa bendalah aku tengok video dorang ni. Fynn Jamal punyalah emosi nak menang cakap punya pasal. Masalah kes rogol tu salah perogollah.

Apa yang susah sangat nak faham?

Tak kiralah perogol tu rogol perempuan sexy atau perempuan tutup aurat. Perogol tu yang bersalah.

Tak cukup video call Fynn Jamal dengan Caprice, ada lagi video call dia dengan Wardina pulak.

Wardina VS Fynn Jamal


Wardina dah sekolahkan Fynn Jamal dalam isu kes rogol dengan baik. Jangan salahkan perempuan yang jadi mangsa rogol. Perogol tu yang bersalah.

Betullah kata Wardina, Fynn Jamal kena keluar statement minta maaf secara terbuka dalam isu ni. Mana tau ada mangsa rogol atau keluarga mangsa rogol yang terasa hati? Dahlah jadi mangsa rogol malah disalahkan pula sebab kena rogol.

Jawapan Fynn Jamal bila ditanya pasal isu rogol
Kalau bapa rogol anak tu salah anak?

Kalau baby dirogol tu salah baby?

Fikirlah betul-betul sebelum keluar jawapan mengarut.

Kalau Fynn Jamal susah nak terima pendapat orang lain, orang lain pun susah nak terima pendapat dia. Kalau dia tolak pendapat orang lain, orang lain pun boleh tolak pendapat dia. Orang bukan tolak Quran dan Hadis tapi orang tolak pendapat Fynn Jamal yang bermasalah tetapi rasa dirinya sentiasa betul.

Lepas ni sebaik-baiknya Fynn Jamal jangan keluarkan statement yang mengarut lagi terutama yang melibatkan agama. Mufti yang berpuluh tahun mengaji agama pun cukup berhati-hati nak keluarkan statement atau fatwa.

Contohilah Imam Malik, katanya,
"Tidak semua orang yang ingin mengajar mengenai hadis dan fatwa di masjid boleh berbuat demikian sebaliknya perlu meminta pandangan faripada orang yang soleh dan orang-orang yang yang pakar mengenainya terlebih dahulu."

"Jika mereka semua berpendapat yang terbabit itu layak berbuat demikian, bolehlah mengajar di masjid itu."

"Aku sendiri tidak berani mengajar di masjid melainkan selepas 70 orang guru pakar memperakuinya, barulah aku berbuat demikian."

Imam Malik sebagai pelopor mazhab Maliki pun cukup bethati-hati sebelum nak mengajar. Adakah beliau tak yakin dengan Quran dan Hadis sampai nak minta pendapat orang lain?

Bukan masalah tak yakin pada kebenaran Quran dan Hadis tapi Imam Malik mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mengajar agama. Kita mesti ambil contoh beliau kalau betul-betul berminat nak mengajar agama juga.

Bukan setakat dengar ceramah kat Youtube lepas tu terus rasa layak nak mengajar orang lain pulak.

Kalau nak mengajar orang ramai tak salah tapi mesti diakui oleh orang-orang yang pakar dalam bidangnya terlebih dahulu.

Kalau main hentam nak mengajar tu yang sibuk menyalahkan orang lain sujud tak betul sebab macam unta atau macam anjing. Kalau mengaji agama tak mendalam jangan sibuk nak mengajar orang lain.

Nak keluar statement pasal isu rogol? Tanyalah orang saleh atau pakar-pakar dalam jenayah kes rogol.

Wallahua'lam.

Source

Comments

Popular posts from this blog

Siapakah Sarjan Hassan yang Sebenar?

Kalaulah Aku Owner TM Unifi..

Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita?