Kalau Aku Owner Astro
Apa pendapat korang tentang langganan Astro? Korang rasa harganya murah atau mahal? Korang rasa makin ramai orang langgan atau makin ramai yang hentikan langganan?
Logo Astro credit to Astro. |
Persoalan-persoalan tu korang boleh jawab sendiri dengan jujur.
Dalam topik kali ni aku nak share dengan korang seandainya aku pemilik Astro. Aku terfikir masa beberapa hari sebelum nak update blog ni. Jadi inilah hasilnya.
Kalau aku owner Astro, aku ada beberapa idea untuk tarik lebih ramai orang langgan Astro. Paling tidak pun, mengurangkan jumlah orang hentikan langganan Astro.
Segala rewards Astro contohnya bagi voucher untuk online shopping atau offline shopping tu boleh diteruskan macam biasa.
Dah berkoyan-koyan dapat duit iklan so apa nak risau? Pelanggan Astro bayar setiap bulan dan pengguna Njoi sekali bayar sama-sama kena tengok iklan so?

Ada 6 idea aku nak kongsi ni..
1. Bagi 1 free channel
Sesiapa yang dah langgan Astro sekurang-kurangnya 5 tahun atau lebih sahaja dapat free 1 channel. Ini adalah satu daripada cara aku berterima kasih kepada orang yang sudi keluar duit setiap bulan untuk langgan Astro.
Kalau pelanggan Astro ambil pakej paling murah selama 5 tahun lepas tu nak pilih HBO? Apa susah? Bagi je la sebab yang penting dia terus melanggan Astro.
Kalau pelanggan Astro semua channel? Tak dapatlah free channel sebab semua channel dah ada. Kalau nak tahu, teruskan baca.
2. Bagi diskaun
Sesiapa yang dah langgan Astro 10 tahun atau lebih dapat diskaun 10%. Contoh kalau dah langgan pakej Astro RM60 sebulan selama 10 tahun, bil seterusnya ialah RM54 sebulan.
Kalau pelanggan tukar pakej pun dapat diskaun 10% tak kira pakej murah atau mahal. Asalkan dah langgan Astro 10 tahun atau lebih, boleh dapat diskaun 10%.
Diskaun 10% berterusan sampai pelanggan Astro tu sendiri yang nak hentikan langganan. Selagi tak hentikan langganan, selagi itulah diskaun 10% diteruskan.
Untuk pelanggan Astro paling mahal sebab langgan semua channel, dapat diskaun 10% selepas 5 tahun. Tak payah tunggu 10 tahun.
3. Hadiah harijadi
Kalau pelanggan Astro lahir 20 May, dia dapat free semua channel selama 3 hari. Maknanya 20,21,22 May dia dapat tengok semua channel Astro.
Tak payah tunggu kesetiaan selama 5 tahun atau 10 tahun. Tiba je tarikh hari jadi, terus dapat.
Hadiah hari jadi untuk pelanggan semua channel pula dapat diskaun 50% untuk satu bulan. Contoh pelanggan yang dilahirkan pada 15 Ogos 1975 so diskaun 50% ikut bil bulan Ogos.
Hadiah harijadi Astro ni berterusan setiap tahun.
4. Buat Pertandingan Setiap Tahun
Ini pun satu cara yang menarik untuk tarik perhatian orang ramai. Buat pertandingan setiap tahun di negeri yang berlainan. Khas untuk pelanggan Astro sahaja dan penyertaan adalah percuma.
Kalau pelanggan Astro tu sendiri tak dapat join pertandingan, boleh diwakilkan kepada adik, abang/kakak, suami/isteri atau anak kandung sahaja. Anak sedara, anak buah, adik-beradik ipar, kawan-kawan dan lain-lain tak boleh ye.
Sambil buat pertandingan sambil promote Astro dekat orang yang masih belum langgan Astro. Baru daftar sehari pun dah boleh join pertandingan. Biar makin ramai orang teruja nak langgan Astro.
Makan dan minum free disediakan khas untuk pelanggan-pelanggan Astro dan family atau kawan-kawan yang ikut sekali.
Kalau orang terlalu ramai, buat cabutan bertuah. Dapatkan 10 orang je untuk bertanding. Buatlah permainan yang boleh dimainkan atas pentas contohnya kuiz, sukaneka dan seumpamanya.
Hadiah pertama 6 bulan free langgan Astro. Hadiah kedua free 5 bulan dan hadiah ketiga free 4 bulan. Hadiah saguhati untuk 7 orang lagi free sebulan langgan Astro.
Pelanggan-pelanggan Astro yang tak dapat join boleh makan dan minum sepuas-puasnya. Di penghujung pertandingan cabut undi lagi 10 orang untuk diberikan langganan percuma satu bulan. Dah dapat makan minum puas-puas dapat lagi peluang free sebulan langgan Astro tapi untuk 10 orang yang terpilih je.
Setuap tahun ada 20 orang pelanggan Astro dapat hadiah langganan secara percuma. Buat kat negeri berlainan setiap tahun supaya orang negeri lain dapat peluang yang sama juga.
Kalau untung makin lebat, tambah lagi pelanggan Astro dapat langganan percuma. Mungkin dari 20 orang kepada 30 orang atau lebih lagi. Tak perlu hadiah duit pun tapi insha Allah berebut orang nak langgan Astro dan join pertandingan ni nanti.

5. Jangan Susahkan Orang yang Hentikan Langganan
Image credit to lancareno |
Kalau orang tu nak hentikan langganan, permudahkan. Biasanya orang call Astro service untuk hentikan langganan menghadapi kesukaran.
Image credit to Hafiz |
Ditawarkan pakej itulah, inilah dan macam-macamlah. Ada yang dapat terminate Astro tapi bil tertunggak pula yang sampai.
Aku tak nak operator atau mana-mana staff Astro menyusahkan orang yang nak hentikan langganan. Perkara macam ni boleh merosakkan nama baik Astro.
Orang hentikan langganan Astro sebab dah tak nak lagi faham? Pelanggan halalkan ke duit yang dorang terpaksa bayar untuk sesuatu yang dorang tak nak lagi?
Aku tak sanggup ambil walau satu sen pun duit pelanggan yang memang tak nak produk atau perkhidmatan aku lagi. Orang yang dizalimi doanya dimakbulkan. Risau aku dibuatnya sebab sebesar mana pun atau sekukuh mana pun Astro tetap tak boleh lawan Allah.
Sebaik-baiknya biar mudah orang nak hentikan langganan Astro.
Sebaik-baiknya minta maaf dengan pelanggan Astro seandainya ada salah silap dalam perkhidmatan.
Sebaik-baiknya jangan buat pelanggan rasa benci melanggan tapi gembira hentikan langganan.
6. Turunkan Harga Njoi
Harga untuk orang yang nak guna Njoi jangan lebih RM300. Sebab utamanya dorang ni bakal tengok segala iklan-iklan yang ada di semua siaran Njoi.
View iklan lebih tinggi boleh tarik minat pengiklan pula. Lagi banyak pengiklan lagi banyak duit. Boleh demand harga iklan lebih tinggi kalau dah terlalu banyak pengiklan.
Penamat
Aku terfikir nak buat blog ni sebab dalam family aku dah ramai yang berhenti langgan Astro. Ada yang berhenti sebab terasa mahal. Ada juga yang hentikan langganan Astro sebab tiba-tuba naik harga dalam bil berikutnya.
Ada juga yang beralih ke Myfreeview. Ada juga yang dah beralih ke Unifi siap pakej TV sekali.
Itu yang aku dapat idea nak buat topik merapu "Kalau Aku Owner Astro".

Comments
Post a Comment