Kalaulah Aku Owner TM Unifi..

Dah berapa ramai orang pengguna Streamyx? Ya aku tahu dah banyak pengguna Streamyx diupgrade ke Unifi Lite 8 Mbps tapi itu pun bukan semua tempat dapat speed 8 Mbps. Harga sebulan RM69 tapi kena paksa langgan Unifi TV Pack.


Kesian pengguna Unifi Lite terpaksa call atau jumpa terus di TM branch yang berdekatan. Tak boleh ke pengguna Unifi Lite tak dipaksa langgan Unifi TV Pack?

Bila pelanggan daftar Unifi Lite RM69 maknanya takde bayar lebih untuk Unifi TV Pack. Jangan paksa pelanggan bayar servis tambahan yang dorang tak nak guna. Walaupun boleh cancel langganan Unifi TV Pack pada bulan berikutnya tapi dah menyusahkan pelanggan tahu tak?

Harga RM69 tu belum lagi termasuk SST 6%. Duit cukai SST untuk TM telah ditanggung oleh pelanggan so janganlah susahkan pelanggan.

Buat apa iklan berdegar-degar Unifi Free internet dari bulan Oktober sampai Disember 2019?

Bukan semua tempat dapat Unifi. Kalau kawasan di apartment atau kondominium, jangan haraplah orang nak langgan Unifi. Dorang prefer Time sebab lagi murah dan berbaloi.

Unifi 100 Mbps sebulan RM129 sedangkan Time 100 Mbps sebulan RM99. Nampak tak penjimatan di situ kalau guna Time?

Unifi sebenarnya ada peluang besar untuk kalahkan Time. Buat masa ni, Time fokus kepada bangunan-bangunan tertentu je macam apartment atau kondominium. Unifi pulak lebih meluas skop dia tapi macam tak nak guna sepenuhnya pulak.

Daripada membazir buat iklan keluar TV, radio, leaflet dan lain-lain, lebih baik fokus untuk tambah lagi coverage untuk Unifi. Kalau tempat tu tak banyak pengguna Streamyx, tak payah tambah coverage Unifi kat situ. Cari tempat yang ada banyak pengguna Streamyx je.

Tempat atau kawasan banyak pengguna Streamyx lebih baik ditukar kepada Unifi. Tak perlu tunggu penduduk-penduduk di kawasan tu datang bagi tandatangan baru sibuk nak tukar copper cable kepada fibre. 

Kebanyakan pengguna Streamyx nak sangat guna Unifi. Kalau dorang dapat langgan pakej 30 Mbps sebulan RM89, dah seronok sangat dah dorang.

Jangan sampai Time luaskan skop target dorang lagi baru Unifi kelam-kabut nak tambah kawasan. Penduduk flat kos rendah pun nak jugak internet laju. Daripada bayar RM69 sebulan untuk pakej Unifi Lite speed 8 Mbps, baik dorang guna pakej Time 100 Mbps sebulan RM99.

Walaupun pakej Time tetap kena bayar lebih 6% SST, Voice Plan dan lain-lain jumlahnya tak cecah RM120. Silap-silap penduduk flat boleh berkongsi pulak dengan jiran-jiran untuk guna satu pakej.

Bayangkan dua atau tiga pemilik rumah berkongsi bayar pakej Time 100 Mbps sebab nak save bajet punya pasal? Memang kalah teruklah Unifi masa ni.. Jangan pandang rendah penghuni flat kos rendah.

Buat masa ni memang Time tak pandang rumah flat kos rendah. Mana tahu akan datang dorang tukar plan? Siapa tahu kan?

Boleh jadi City Broadband pulak yang ambil langkah awal pasang fibre cable di kebanyakan rumah flat? Makin kalah teruklah Unifi kalau macam ni. City Broadband ni under TNB tapi semakin banyak dapat permintaan sebab lagi murah dari Unifi.

Kalau aku pemilik TM Unifi, aku sanggup keluarkan modal lebih dan kerahkan tenaga kerja untuk cepat-cepat tukar copper cable kepada fibre cable. Aku tak nak pengguna Streamyx merungut tak dapat langgan Unifi sebab rumah dorang bukan under Unifi coverage. Kerja-kerja tambah coverage Unifi yang meluas secara tak langsung jadi buah mulut orang ramai sebab senang nak langgan.

Bagi kawasan terpencil yang kurang pengguna Streamyx, bolehlah upgrade ke Unifi Lite tanpa paksaan langgan Unifi TV Pack. Unifi Air pun boleh diteruskan untuk kawasan terpencil.

Bagi kawasan banyak pengguna Streamyx, aku nak tukar copper cable to fibre cable terus. Tak payah tunggu dorang kumpul tandatangan atau complaint. Terus buat..sebelum dorang terfikir nak minta selain Unifi buatkan.

Harga pakej Unifi tak jadi masalah asalkan orang ramai mudah nak langgan. Inilah peluang baik untuk naikkan nama Unifi sekaligus meningkatkan keuntungan berlipat kali ganda.

Unifi agent/reseller pun lebih senang dapatkan pelanggan baru sebab Unifi dah cover seluas-luasnya di Malaysia. Biar dorang yang buat iklan untuk mewar-warkan kebaikan guna Unifi. Boleh jimat duit iklan TM Unifi ni..

Pesaing dalam bidang fiber makin banyak dengan tawaran yang lebih menarik. Aku tak nak biarkan Unifi tenggelam dalam persaingan internet fibre.

Maintenance, service, upgrade dan sebarang jenis penyelenggaraan Unifi lebih aku utamakan daripada buat iklan di TV atau radio. Kalau pelanggan puas hati, TM Unifi pun makin untung dan senang hati.

Kalaulah aku pemilik TM Unifi..

Comments

  1. bab Unifi ni berapa kali un mengamuk. Ini maybe pasal unifi mobile, kami yg gunakan unifi biasa 500mbps pun dpt coverage tak serupa yang dijanjikan. namun, terpaksa. maka teruskan langganan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa teruskan sebab contract kan? Speed 500Mbps sepatutnya laju berdesup-desup tanpa sebarang masalah tu.

      Kalau saya owner TM Unifi, saya kerahkan orang untuk pergi setelkan masalah coverage 500Mbps seperti yang dijanjikan. Saya hargai setiap pelanggan Unifi. Malulah Unifi paling lama tapi kalah dengan syarikat-syarikat internet fibre baru.

      Kalaulah saya owner TM Unifi...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Siapakah Sarjan Hassan yang Sebenar?

Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita?