Boleh Percaya Ke Kawan Baik?
Kawan baik. Korang ada kawan baik? Kawan baik lebih 10 tahun ada? Aku bagi satu cerita sebagai contoh. Mira dengan Shiela berkawan baik sejak sekolah rendah. Setiap kali Mira ada masalah, dia akan kongsikan masalahnya dengan Shiela. Dari sekolah rendah sampailah habis sekolah menengah, Mira dan Sheila tetap berkawan baik. Selepas tamat zaman persekolahan, Mira dan Shiela bekerja di sebuah restaurant yang sama. Setelah 3 bulan bekerja, Shiela ajak Mira join TikTok. Shiela : Mira, kau belum ada TikTok lagi ke? Mira : Takde, kenapa? Shiela : Kalau kau ada TikTok nanti kau follow aku, aku follow kau balik. Mira : Best ke ada TikTok? Shiela : Kau install je dulu nanti kau tahulah. Mira pun download app TikTok dari Google Play Store. Sejak Mira ada TikTok, followers dia semakin bertambah malah lebih banyak dari followers Shiela. Pada hal masing-masing upload video pasal produk kosmetik yang dorang sendiri beli. Sekali-sekala ada jugalah dorang upload video lawak atau menari sebab nak ikut tr...