Raya Aidilfitri Tahun 2022 bukannya tiba-tiba seperti yang digembar-gemburkan netizen
Adakah korang termasuk golongan yang terkejut sebab Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah tak ikut kalendar? Seandainya korang rasa terkejut, rasa macam tiba-tiba atau macam kena kejutan budaya atau culture shock maknanya korang tak pernah tengok anak bulan sebelum ni. Aku pun macam tu juga masa dulu. Raya ikut kalendar, tak tengok anak bulan pun. Anak bulan. Tahun 2010 kalau tak silap, barulah aku cuba berpuasa dan beraya ikut anak bulan. Family aku pun ikut juga tengok anak bulan. Tempat tengok anak bulan di Sabah antaranya di Kampung Kuala, Papar. Keluar rumah dongak je sikit kepala dah boleh nampak anak bulan. Kalau tak nampak maknanya esok belum masuk bulan Ramadhan atau Syawal. Tengok anak bulan untuk nak tahu dah masuk bulan Ramadhan atau Syawal ni ikut cara Rasulullah. Kalau tak percaya, cuba baca maksud hadis ini : "Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan dan berbukalah (berhari raya) sekiranya melihat anak bulan. Sekiranya mendung, maka sempurnakanlah 30 hari Syaaban,” (h...