Posts

Showing posts from October, 2019

Kematian Remaja Berbasikal Sudah Ditakdirkan Jadi Masih Ada Yang Tak Puas Hati?

Image
Ingat lagi insiden 8 orang budak mati dilanggar kereta pada tahun 2017? Dorang mati dilanggar masa tengah berbasikal kira-kira pukul 3 pagi. Orang yang melanggar pulak ialah seorang Salesgirl bernama Sam Ke Ting, 24. Sam Ke Ting ditemani peguamnya. Remaja yang mati pada hari kemalangan tersebut ialah.. Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14. Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14. Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16. Fauzan Halmijah, 13. Mohamad Azhar Amir, 16. Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14. Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14. Haizad Kasrin, 16. Sam Ke Ting dibebaskan dari tuduhan memandu kereta secara melulu sehingga menyebabkan kematian 8 orang remaja tersebut. Mahkamah dah arahkan lesen kenderaan diberikan kembali kepada Sam Ke Ting dan duit jaminan RM10,000 pula dipulangkan semula kepada penjaminnya. Ibu kepada Fauzan Halmijah sedih sangat sebab bukan setakat anaknya dah meninggal malah dikutuk pula di media sosial. Netizen ni pun satu, takde timbang r...

Salah Ke Kalau Selalu Sangat Main Game?

Image
Kalau korang suka main game, korang memang satu kepala dengan akulah. Aku pun suka main game. Kalau dulu nak main game kena beli konsol. Game console yang aku pernah main Nintendo Snes, Sega Genesis, Super NES (Nintendo Entertainment System), Playstation, Playstation 2, Playstation 3, Xbox 360 dan Playstation 4. Bukan semua konsol yang aku pernah main tu aku punya. Konsol yang aku pernah ada sendiri, Nintendo snes, Playstation dengan Playstation 2 je. Konsol-konsol yang lain tu aku merasa main kat rumah sedara aku. Xbox 360 dengan PS4 je aku main biras aku punya. Game genre yang aku minat RPG (Role Playing Game), adventure dan action. Aku kurang minat game genre FPS (First Person Shooter) atau sebarang game yang first person view. Pening kepala aku main. Mana tak pening, karakter sendiri tak nampak. Cuma nampak pandangan je. Kalau musuh ada sebelah kiri dengan kanan, kelam-kabut serang belah kiri dengan kanan pastu cepat-cepat tengok belakang bimbang kalau ada musuh lagi...