Rakyat Malaysia Tolong Jangan Degil Masa PKP
PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia mula dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Mula-mula kerah polis untuk jaga orang awam dari melepak dan bersepah sana sini. Sejak 22 Mac, tentera pulak dikerahkan untuk memastikan orang awam tak degil lagi. Jangan disebabkan golongan-golongan degil ni, covid-19 makin berleluasa. Kalau boleh sampai 31 mac ni, dah takde lagi PKP. Susahlah nak keluar rumah pun ada time dari 8 pagi sampai 6 petang. Paling menyusahkan bila tak boleh nak solat Jumaat. Nak solat Hajat berjemaah pun tak boleh sebab PKP punya pasal. Kepada rakyat yang baik, banyak-banyaklah bersabar dan muhasabah diri sepanjang PKP ni. Kepada rakyat yang degil, boleh pergi mampus! Menyusahkan orang ramai je! Aku tak sanggup kalau PKP diteruskan lepas 31/3/2020.. Update 6 Jun 2020 Sekarang dah PKPB dan dah ada kelonggaran boleh berjogging tanpa pakai mask.