Posts

Showing posts from November, 2019

RM500,000 Diperlukan Sebelum January 2020

Image
Kesian dekat kanak-kanak Syria yang dihantar ke Turki. Ada yang tak tahu baca atau menulis atau kedua-duanya sekali. Ada pula yang tak tahu nak baca Surah al-Fatihah sebab takde peluang nak belajar. Negara Syria teruk dibedil puak-puak kafir. Keadaan sana lebih teruk dari Palestin. Menurut Ustaz Nazmi Abdul Karim selaku Exco Pendidikan Muslim Care, hasil sumbangan orang ramai telah memudahkan pembukaan sekolah pada 1 September 2014 di Rayhanli, Turki. Menurutnya lagi setelah beberapa buah tempat pengajian untuk pelarian Syria didirikan, perbelanjaan sebulan menelan belanja USD8500 (RM35,223). Sekurang-kurangnya RK500,000 diperlukan sebelum January 2020. Orang ramai boleh menyumbang menerusi akaun Muslim Care di : Maybank 564490413882 Bank Islam 1401401014740 Bank Muamalat 14010007654717 Kalau aku jutawan, aku sendiri nak bagi setengah juta kat dorang sekarang jugak. Tak payah nak share perkara ni kat blog. Aku cuma mampu doakan semoga dipermudahkan us...

Kalaulah Aku Owner TM Unifi..

Image
Dah berapa ramai orang pengguna Streamyx? Ya aku tahu dah banyak pengguna Streamyx diupgrade ke Unifi Lite 8 Mbps tapi itu pun bukan semua tempat dapat speed 8 Mbps. Harga sebulan RM69 tapi kena paksa langgan Unifi TV Pack. Kesian pengguna Unifi Lite terpaksa call atau jumpa terus di TM branch yang berdekatan. Tak boleh ke pengguna Unifi Lite tak dipaksa langgan Unifi TV Pack? Bila pelanggan daftar Unifi Lite RM69 maknanya takde bayar lebih untuk Unifi TV Pack. Jangan paksa pelanggan bayar servis tambahan yang dorang tak nak guna. Walaupun boleh cancel langganan Unifi TV Pack pada bulan berikutnya tapi dah menyusahkan pelanggan tahu tak? Harga RM69 tu belum lagi termasuk SST 6%. Duit cukai SST untuk TM telah ditanggung oleh pelanggan so janganlah susahkan pelanggan. Buat apa iklan berdegar-degar Unifi Free internet dari bulan Oktober sampai Disember 2019? Bukan semua tempat dapat Unifi. Kalau kawasan di apartment atau kondominium, jangan haraplah orang nak lang...

3 Cara Paling Mudah Kurangkan Rasa Marah Yang Jahat

Image
Bukan semua jenis marah tu jahat. Ada juga marah yang baik. Contohnya marah bila agama Islam dihina. Kalau takde rasa marah bila Islam dihina maknanya orang jahatlah tu. Boleh juga rasa marah kalau ada orang yang menzalimi ahli keluarga sendiri. Marah untuk menegakkan kebenaran tu perkara yang baik tapi kalau boleh selesai masalah tanpa marah tu lebih baik. Marah jenis jahat yang perlu diatasi. Cuma guna 3 cara ni je, insha Allah kurang rasa marah. 1. Diam إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ Maksudnya : Apabila salah seorang daripada kamu berasa marah, hendaklah dia diam. Al-Adab al-Mufrad (245) Kalau tengah marah tu baik diam. Bercakap sewaktu tengah marah boleh menyebabkan masalah jadi lebih besar. Silap-silap masalah terus tak selesai lepas tu bermusuh pula. Lebih dahsyat bila melibatkan kerosakan harta benda, kecederaan atau kematian orang yang tak bersalah. Bila timbul rasa marah, ambil langkah berdiam diri. Itu lebih baik. 2. Duduk jika sedang berdiri,...